Empat Orang Anak Berkongsi Tarikh Lahir, Keluarga Ni Cukup Luar Biasa!
Sesuatu yang menakjubkan! Mungkin itu yang dapat digambarkan bagi keluarga yang berasal daripada negara Singapura ini apabila dianugerahkan empat orang cahaya mata berkongsi tarikh lahir yang sama.
Pasangan suami isteri Salihin Ahmad Perbah, 49 tahun dan Khairunnisa Abdul Karim, 39 tahun ini tidak sama sekali menyangka setiap kelahiran adalah adalah pada tarikh 6 September. Malah apa yang lebih istimewa, anak pasangan ini bukannya kembar dan dilahirkan secara normal.
Ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan oleh mediacorp.sg. Difahamkan empat orang anaknya itu adalah Shahin Khalish 12 tahun (2011), Sairish Khaila 10 tahun (2013), Shaila Kheisha lapan tahun (2015) dan yang terbaru Shaira Khaira.
“Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan, Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.
“Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama,” cerita Encik Salihin mengenai anak keempat dengan berat 2.91 kilogram yang dilahirkan pada pukul 12.18 tengah hari.
Ads
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph, merupakan doktor yang menyambut kelahiran semua empat anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa di Hospital Raffles.
Bagi tiga anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa, kelahiran adik bongsu mereka ibarat hadiah hari jadi yang tiada tolok bandingnya.
Manakan tidak, mereka “memang selalu minta nak adik” dan dapat adik pula pada tarikh yang sama dengan hari lahir mereka.
Ads
“Mereka kata semua hadiah yang mereka dapat nak beri ‘baby’ baru sebab mereka sudah puas dengan semua hadiah,” kongsi Encik Salihin mengenai telatah anak-anaknya itu.
Menceritakan tentang sambutan hari jadi mereka, Encik Salihin menyifatkannya sebagai “memang meriah”.
“Setiap kali kami menyambut hari lahir memang meriah, terutama sekali (selepas anak) yang ketiga. Hadiah yang kami dapat hampir-hampir setengah bilik mereka,” cerita Encik Salihin lagi.
Ads
Dengan kehadiran anak keempat, yang sama tarikh lahir, Encik Salihin merancang untuk pergi bercuti sekeluarga pada hari lahir mereka.
“Insya-Allah (dengan anak) yang keempat ini mungkin kami nak pergi bercuti sahaja. Memang saya rancang nak bercuti untuk hari jadi anak-anak tahun ini. Tapi bila dapat tahu isteri mengandung, saya tunda tahun depan,” cerita Encik Salihin.
Pelakon Fasha Sandha dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah drama, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan babak yang dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.
Lebih mengejutkan, kecederaan yang dialami Fasha yang kini dirawat di hospital pakar Johor Bahru boleh dikatakan serius kerana melibatkan bahagian kepala dan mata.
“Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Disini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya.
“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ni atau esok pagi,” kongsi Fasha di Instagram.
Dalam pada itu, Fasha memaklumkan pihak produksi telah memohon maaf kepadanya dan keluarga atas kejadian yang berlaku.
“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.
“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.
“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarga nya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan in terjadi di luar jangkaan kita,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, kelihatan suami kepada Fasha, Aidil Aziz turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan isterinya itu. Malah, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya tampil beri semangat dan mendoakan kesembuhan pelakon itu.
Sumber : Instagram Fasha Sandha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“OKU bukanlah penghalang bagiku untuk bangun berusaha seawal 4 pagi demi mencari sesuap nasi dibantu isteri tersayang seperti biasa menu jualan kecilanku pagi ni mee kari, lontong dan cucur badak. Berhenti dari terus mengharap ehsan orang sekeliling, aku kena teruskan berjuang dengan semangat yang tinggi…”
Begitulah caption yang dikongsikan oleh Rozaini Kornin di page MAHN. Apabila turut berkongsi beberapa gambar menu jualannya setiap hari.
Berbekalkan pengalaman pernah jadi tukang masak di kantin sekolah pricent 18 Putrajaya selama 3 tahun dan sebelum itu bekerja sebagai penguatkuasa di MPSJ, pengelaman yang berharga buat dirinya digunakan sebaiknya untuk terus menjalani kehidupan setelah disahkan mengidap penyakit gout tahap kronik.
Menurutnya, “Saya sudah 5 tahun kronik gout hingga dapat kad OKU dari JKM. Buat kerja berat tak boleh, pergerakan terbatas. Alhamdulillah, isteri memahami dan dialah juga kini yang banyak membantu dan dia sekarang masih berkerja untuk menampung hidup kami anak beranak.”
“Bila ada tumujanji dengan doktor, setiap bulan saya kena datang Hospital Serdang bertemu pakar ditemani anak kami dan dia juga perlu mengambil cuti untuk itu. Saya dapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM250, Zakat Selangor bagi bantuan kecemasan RM 100 setahun hanya sekali. Atas desakan hidup, saya kuatkan semangat untuk buat perniagaan kecil-kecilan dengan memasak dan jual di kedai-kedai orang lain.
“Kerja-kerja memasak banyak dibantu isteri kerana tangan saya hanya sebelah kanan mampu berfungsi 80%..dengan hanya sebelah tangan saya mampu untuk buat kerja-kerja di dapur walau ada yang terbatas pergerakannya. Tu sebab terpaksa minta bantuan isteri atau anak. Antara menu yang disediakan setiap hari adalah antaranya mee kari, laksa, lontong dan cucur badak.
Berkat usaha dan tidak pernah putus asa dapat juga menampung duit poket keluarganya. Mmenurutnya, “Bersih sehari tolak modal, bolehlah beli barang untuk esoknya dan tinggal lah dalam RM30 pada wife. Saya tak pegang duit, semua wife yang pegang. Kalau nak guna beli topup ke baru saya minta nak guna sikit dengan dia. Kedang-kadang sementara nak tunggu duit JKM masuk hujung bulan, bila buat niaga kecil-kecilan ni ada gak duit poket sikit.
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi kempen RasuahBuster ini, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.