Sungguh benarlah rezeki Allah tidak pernah salah alamat, jika sudah itu janjinya maka kenikmatan dan rahmat Allah pasti sampai tepat pada masanya. Inilah yang dapat digambarkan dengan anugerah Allah berikan kepada 4 adik beradik ini iaitu Muhammad Hasif, 26, Imran Harith, 25, Nur Hanisah, 23, dan Ahmad Hazim, 19 apabila mereka berempat menjadi antara jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Simpan Duit Sejak Kecil
Menurut Dr Noor Hassan Yahaya, 53, keempat-empat anaknya mula menabung sejak kecil lagi. Dan setiap kali dapat duit raya akan masukkan ke dalam akaun TH selain duit yang diperuntukkan olehnya untuk anak-anaknya menabung di TH.
“Sejak mereka berusia setahun, saya dan isteri Norlida Hassanal Bashry, 54, sudah membuka akaun simpanan TH masing-masing sebagai persediaan awal ke Tanah Suci.
Ads
“Duit raya yang mereka dapat sejak zaman kanak-kanak akan kami simpan dalam TH selain duit yang saya simpan untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Kompleks TH di Sepang, hari ini.
Keluarga berkenaan dari Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru, pertama kali mengerjakan ibadah haji manakala ibu bapanya sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 2009.
Dr Noor Hassan yang juga pakar bius di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, berkata hati mereka amat berat melepaskan keempat-empat anaknya, namun tuntutan agama sangat penting sebagai Muslim.
Ads
Amanah Digalas Abang Sulung
Sementara itu, Muhammad Hasif berkata, sebagai abang sulung, dia akan menjaga adik beradik seperti diamanahkan mak dan ayah.
Ads
“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya sebagai abang sulung. Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan amanah diberikan.
“Kami sudah membuat persediaan awal termasuk mengikuti kursus haji sejak beberapa bulan lalu termasuk Kursus Perdana Haji di Johor Bahru.
“Alhamdulillah, semoga urusan kami dipermudahkan untuk menjalani ibadah dan membantu jemaah lain terutama warga emas yang uzur,” katanya.
Perkahwinan selebriti ini dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sudah memasuki tahun ke 7. Namun mereka belum lagi ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Begitu pun Mizz Nina, tidak menganggap ia sebagai satu kekurangan bahkan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah.
“Bagi saya, kalau nak bercakap mengenai sukses dalam hidup, tidak hanya dikaitkan dengan mempunyai anak mahupun ada suami atau isteri.
“Sukses dalam hidup bagi saya adalah akhirat. Apa yang dikira untuk ke syurga adalah perbuatan baik kita. Tiada gerenti apabila saya mempunyai suami atau anak, saya akan ke syurga.
Beliau sebelum ini pernah menjalani rawatan IVF namun belum ada rezek.
Pada awal perkahwinan, memang ada rasa sedih bila ditanya soal anak tetapi apabila semakin mendalami Islam, perkara ini membuka mata kepada pelbagai hikmah Allah.
“Kalau kita tidak punya anak, tidak berkahwin dan sebagainya tidak bermakna kita tidak bahagia. Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan boleh mencari bahagia dengan cara lain yang memfokus kepada akhirat.
“Apabila masih tidak ada anak, saya dapat memfokus kepada kerja-kerja kemanusian dan majlis-majlis keilmuan yang saya anjurkan bersama syarikat saya, DOPS TV.
Dalam perkembangan lain, Nina dan Noh akan berangkat ke Turki pada 26 Ogos bagi menyertai misi kemanusiaan sempena Aidiladha.
“Insya-Allah saya bersama Noh akan meluangkan seminggu di Turki. Teruja melihat bagaimana budaya mereka menyambut Aidiladha dan doakanlah misi kami ini selamat.
Belajar kelas online
Beliau yang mengakui tidak lagi berminat untuk menyanyi kini sibuk mendalami ilmu agama melalui kelas online dalam Diploma Pengajian Islam.
Mizz Nina mengambil pengkhususan Taklim al-Quran di Alhuda International dan berhasrat menghabiskan pengajiannya itu dalam tempoh 2 tahun.
“Banyak subjek sebenarnya yang ada seperti tafsiran, hadis, sirah dan ada juga peperiksaan. Belajar secara ‘online’ adalah suatu yang menyeronokkan.
Jelasnya, dia yang banyak melancong dan melakukan penggambaran di luar negara tetap mudah untuk belajar menerusi komputer riba yang disambung menerusi WiFi.
“Saya boleh belajar secara ‘live’ di dalam kelas dan jika terlepas kelas, saya boleh mendengar rakaman semula.
“Ada kelas menerusi aplikasi Skype bersama pensyarah dari Kanada dan Amerika Syarikat.
“Kelas diadakan sebanyak 3 kali seminggu untuk sesi selama 4 jam setiap kelas.
Sumber: Berita harian & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Untuk itu, sudah tentu memerlukan sikap yang saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.
Dengan ini sudah tentu hubungan makin sweet dalam mewujudkan keharmonian yang berterusan.
Pelbagai petua untuk kekal bahagia. Barangkali petua ini boleh dijadikan panduan untuk kita muhasabah diri untuk menjadikan diri dan pasangan kita terus sweet.
1.Utamakan Agama
Setiap perkara yang dilakukan haruskan bertunjangkan kepada Islam. Dalam perkahwinan setiap pasangan mesti mencintai pasangan kerana Allah dan menjadikan akhirat sebagai matlamat, bukan kerana rupa dan harta semata-mata.
Kita juga boleh mengajak pasangan mendirikan solat secara berjemaah dan sama-sama berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis. Selain itu, dianjurkan juga untuk sentiasa berdoa dan memohon agar hubungan perkahwinan kita berbahagia selalu.
2.Restu Ibu Bapa Dan Keluarga
Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.
Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.
3. Menerima Pasangan Seadanya
Terimalah pasangan seadaanya dan bersyukurlah bahawa pasangan kita itu sebagai jodoh kita. Jangan sesekali memaksa pasangan untuk berubah dan mengikuti cara kita sendiri. Bahkan jangan sesekali mengharapkan pasangan terlalu terlalu sempurna dan menyamakan pasangan kita dengan orang lain.
Seharusnya, kita sendiri cuba memahami sikap pasangan dengan menerima setiap kekurangannya. Carilah keistimewaan dan kebaikannya, bukan hanya melihat pada keburukannya sahaja. Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan sifat yang berbeza?
Jika pasangan mempunyai tabiat yang buruk sekalipun seperti merokok Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
4.Menghargai Pasangan
Hargailah pasangan dengan selalu mengucapkan ‘terima kasih’ kepadanya walau perkara yang dilakukannya adalah hal yang kecil sahaja.
Hulurkanlah pertolongan walaupun pasangan kita mampu melakukannya sendirian. Berilah nasihat, pendapat atau kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda bahawa kita selalu berada di sampingnya dan dia begitu berharga kepada kita.
Selain itu, berilah sedikit hadiah sebagai penghargaan pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan walaupun hadiah tersebut murah dan kecil. Ataupun masaklah makanan kesukaannya ketika dia meraih kejayaan demi mengembirakannya. Bahkan senyum dan memegang tangannya setiap kali bertemu juga merupakan penghargaan buat pasangan kita.
5.Sentiasa Bersama-sama
Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau kita sendiri tidak meminatinya.
6.Bertolak Ansur
Sikap ini sangat penting dalam hubungan suami isteri. Jika berlaku perselisihan, perlu ada sikap mengalah dan jangan mudah marah. Jangan mementingkan diri dan asyik menegakkan pendapat sendiri sehingga perselisihan tersebut berpanjangan, lebih penting utamakan hati pasangan dan tamatkan perselisihan dengan segera. Jangan sesekali kecewakan pasangan dalam apa-apa jua situasi.
7.Hormat Antara Satu Sama Lain
Menghormati pasangan sangat penting terutamanya apabila berada di hadapan orang lain, iaitu tidak menjatuhkan maruah mereka dengan tidak menyindir dan memerli pasangan, jauh sekali membuka kisah silam yang mengaibkan.
Hal ini termasuklah mengusiknya dengan alasan bergurau. Kadang-kdangn tanpa kita sedari kita telah melukakan hati pasangan dan membuatnya kecewa dan terasa hati dengan kita.
8. Sentiasa Memaafkan
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas.
Contohnya menceritakan kepada pasangan tentang percintaan kita dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu. Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.
9.Jujur Dan Tidak Berahsia
Bercakap benar dan tidak berbohong akan menjadikan pasangan yang sangat dipercayai. Dengan bersikap jujur juga akan menimbulkan rasa selesa.
Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan memendam perasaan tidak puas yang sedia ada.
Tunjukkan perasaan sebenar dan berterus terang untuk kebahagiaan bersama, selain menjadikan pasangan tersebut lebih terbuka dan bersefahaman, serta saling mempercayai.
10.Jauhi Perbuatan Yang Menyakiti Pasangan
Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasannya. Jika pasangan kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.
Sumber: tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penampilan pelakon Anzalna Nasir sering menarik perhatian ramai. Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 34 tahun itu memuat naik gambar memaparkan dia sedang berjalan bersama anak sulungnya.
Kelihatan langsing setelah melahirkan anak kedua baru-baru ini, Anzalna meluahkan rasa syukur beradan badannya kembali normal.
“Selepas 44 hari berpatang Alhamdulillah dah turun berat badan back to normal tetapi, selepas Aidiladha rasanya naik balik berat badan!”
“Pi utagha mana boleh diet semua kasi hentam makan sampai pengsan!”
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.