Pelakon Atikah Suhaime yang kini sedang sarat hamil mengakui emosi dirinya kini tidak stabil.
Menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok baru-baru ini, menurut Atikah, dia ketika ini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan keadaan badannya yang sudah mula rasa sakit di beberapa bahagian apabila kandungannya kini semakin membesar.
“Hari ini ingat nak masak, tapi tak larat. Bila rasa sayu, Tikah suka kunyah sayur.
“Rasa ‘extra’ penat dan sakit semua tempat dan bila sakit satu badan macam ini, ‘auto’ rasa macam tak disayangi.
Ads
“Air habis, rasa haus tapi suami tak tolong ambilkan air pun. Rasa macam suami tak sayang kita.
“Bila kena ambil air sendiri terus rasa ‘cramp’ di bahagian peha, jadi kita rasa sedih,” katanya berkongsi menerusi videonya.
Tambah Atikah lagi, dia juga berasa sedih kerana terlalu rindukan akan masakan ibunya yang menetap di Singapura.
Ads
“Bila rasa sedih, mulalah rindu nak makan masakan mama.
“Tapi Tikah tak reti nak masak sama macam masakan mama.
“Kalaulah mama boleh duduk Kuala Lumpur, boleh masak setiap hari,” tulisnya.
Ads
Perkongsian ibu hamil ini mendapat perhatian ramai yang ternyata simpati malah turut berkongsi pengalaman hamil mereka yang turun naik emosinya kerana perubahan hormon ketika hamil.
Terdahulu Atikah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Ungkapan jangan menilai daripada luaran sesuai untuk menggambarkan perkongsian lelaki ini.
Saudara Salahuddinmazelan menerusi laman TikTok berkongsi satu video ketika menjenguk sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki tua.
Pada awalnya, ramai mula simpati mengenangkan nasib warga emas tersebut selepas melihat keadaan kediaman yang seakan-akan sudah hampir reput.
Malah, lelaki berkenaan dipercayai hanya tinggal seorang diri serta pekerjaannya juga masih tidak diketahui.
Usai pintu dibuka, mata terpaku dek keindahan di dalam kediaman berkenaan. Tampak begitu mewah persis hotel 5 bintang. Bukan sahaja cantik, malah susun atur perabot tampak menarik dan kemas dengan pilihan rona gold sebagai tema.
Bukan sekadar itu, tatkala kaki melangkah ke ruang bilik air, kelihatan tab mandi yang cukup moden lengkap dengan sinki berteknologi sensor.
“Mula-mula nak kesian, bila masuk dalam terus kesian kat diri saya…kalau macam ini perompak pun confuse.
Itu antara kata-kata yang dikongsikan warganet tatkala melihat ruang di dalam kediaman tersebut yang cukup menarik.
Bukan tu je,ramai yang kagum dan teruja. Tak kurang yang memuji kediaman tersebut unik dan memiliki aura tersendiri.
Malah, perkongsian itu juga sempat memberikan inspirasi kepada orang ramai agar tidak menilai sesuatu hanya dengan luaran semata-mata.
@Sabir Sabang 🇲🇾☑️:mula2 ingatkan pakcik ni orang susah …sekali masuk dalam…saya lagi susah
@▪️AripAjax▪️:Aku bru nk tlg bg bantuan, skali dia masuk dalam, aku lak rasa nk mntk bantuan. hmmm
@♡︎シ︎:tu org kata jgn hina org miskin sbb kite tatau kehidupan sebenar die☺️
@siszai.com:Mcm masuk alam lain rasanya. Dahlah semua gold kaler. Lau sorang2 suh msk cfrm kuar semula sbb takut msk alam lain😂😂😂
@Azhar Osman:biar diluar tk Cantik tetapi didalam lebih indah yg Kita Lihat, Renung²lah.
@Amelianaz2:sama macam orang pakai smart tapi duit takdak orang pakai selekeh tapi duit berkepuk
@ayyan Rosse:tadi aku tgk kesiannya skli bukak pintu yaaa ampunnn nk nangis aku.punyala cantik.ni betol2 Lua setinggan dlm condo 😂
Sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad, beberapa individu telah menerima darjah kebesaran dari Baginda termasuklah selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah.
Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tahun itu meluah rasa syukur dan berkongsikan beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulis Qariah yang berusia 23 tahun ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu.
Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba.
Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan.
Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah.
Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah.
Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun.
Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana.
Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana.
Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa.
Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatnya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia.
Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak.
Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan.
Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia.
Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil.
Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini.
Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit.
SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia.
Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini.
Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di