Anak Menangis Bukan Mengada-Ngada, Tapi Emosi Anak Sedang ‘Sakit’, Ini 6 Cara Psikologi Ibu Bapa Kena Alert.

Share

Nyata apabila memilik anak ini tugas ibu bapa adalah amat mencabar. Pelbagai ilmu keibubapaan yang kena tahu. Salah didik akan menyebabkan tingkah laku anak bersikap ‘pelik’.

Sebenarnya untuk didik anak menjadi ‘orang’ ni perlu ada kekuatan daripada ibu bapa. Sebagaimana nasihat caoch parenting ini, Mohd Fhais Salim,  katanya apabila salah menegur sikap anak akan menjejaskan emosi anak.

Malah jika anak mula menangis bukan tandanya anak itu mengada-ngada tapi ’emosinya’ sakit.

Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini apa yang dikatakan ’emosi sakit’. Take note semua!

Bila emosi anak ‘sakit’.

“Diam, jangan mengada-ngada boleh?” Depan mata saya kejadian ni berlaku. Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.

Semua parent kena dengar ni betul-betul. Bahaya suruh anak berhenti menangis gitu!

Otak emosi dia boleh terbantut & berhenti berkembang. Ish, bahaya bahaya bahaya..
Anak menangis bukan sebab mengada-ngada, tapi itu tanda emosi dia sedang sakit.

Emosi sedang sakit, dia perlukan penawar bukan sindiran begitu.
Otak kita ni terbahagi kepada 3 layer.
1 – Otak cortex ( fikir )
2 – Otak limbic ( emosi )
3 – Otak reptilia ( survival )

Ketika anak menangis atau tantrum, otak limbic jadi berkuasa. Otak cortex dah hilang kuasa.

Sebab ini la tingkahlaku anak kita ketika menangis & tantrum boleh jadi sangat tak terkawal.

Anak bukan mengada-ngada, tapi memang dah lost control sungguh…
Masalah ni boleh jadi makin teruk!

Jika terlalu kerap anak di sindir begitu, lambat laun otak reptilia pula yang jadi masalah.
Masa tu anak kita boleh jadi super pasif & Fearloop tau. Terus jadi budak yang sentiasa di hurung ketakutan. Aduh..

6 tips kena buat

Sebab tu la tak boleh suruh anak diam bila dia sedang menangis, tantrum atau menjerit…


Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) :

1 – Kita datang dekat pada anak
2 – Pandang muka anak dengan tenang
3 – Pastikan jauh dari gangguan
4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala )
5 – Tunggu 1 – 2 minit ( emosi bertahan 90 saat je )
6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia

InsyaAllah. Cara ni lebih selamat & anak pun tak terasa tertekan..
Cuba la kalau sungguh sayang anak.
Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.

Sumber:  Mohd Fhais Salim

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

 

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara