Pelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak meskipun mereka sudah berpisah. Emma berkongsi gambar bersama bekas suami dan anak-anaknya, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.
Menerusi hantaran itu juga, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.
Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.
“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.
Perkongsian Emma telah mendapat perhatian warga maya di media sosial. Ramai yang gembira melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai. Mereka masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.
Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.
Sumber: Instagram Shariq Gabriel
Baca artikel lain juga: Emma Maembong Dedah Berpisah, Tetap Jaga Hubungan Baik Bekas Suami
Baca Zikir Sambil Tepuk Adik, Pandai Betul Anak Sulung Emma Maembong Tidurkan Adik!
Asyik Kena Tegur Soal Pantang, Akhirnya Emma Maembong Buka Mulut!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my