Pelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak meskipun mereka sudah berpisah. Emma berkongsi gambar bersama bekas suami dan anak-anaknya, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah di Instagram.
Emma Maembong & Bekas Suami Tetap ‘Berbaik’ Meskipun Sudah Berpisah
Dalam hantaran tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.
Menerusi hantaran itu juga, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.
Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.
“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.
Luang Masa Bersama Anak-anak
Perkongsian Emma telah mendapat perhatian warga maya di media sosial. Ramai yang gembira melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Ads
Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai. Mereka masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.
Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.
Setiap kali bila kita dengar sama ada sanak-saudara atau kawan-kawan yang berpeluang menunaikan ibada umrah, hati kita seakan turut meronta-ronta untuk ikut sama. Tapi apakan daya, belum sampai rezeki kita lagi. InsyaAllah suatu masa akan tiba juga.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi pengalaman manis ziarah di bumi barakah di media sosial, seakan kita juga dapat merasai keistimewaan dan keseronokan berada di sana. Ini seperti mana perkongsian dari Dr Ahmad Samhan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan dengan mendapat 5.5K tanda suka.
Menurutnya jika berpeluang datang ke Saudi, ada 3 perkara yang dia tidak akan lepaskan begitu sahaja.
1. Makan daging anak unta
2. Minum air buah
3. Tempah jubah Saudi
1. Kabsah Hasyi( كبسة حاشي)
Alang-alang datang buat umrah, saya takkan lepaskan peluang untuk makan daging anak unta di Mekah.
Daging unta memang susah nak jumpa di Malaysia. Kalau ada pun daging unta dewasa. Daging anak unta memang berbeza dengan daging unta dewasa.
Rasa dagingnya sangat lembut hingga boleh terbawa dalam mimpi!
Kalau datang Saudi memang saya tak beli jubah yang dah siap. Memang akan tempah. Jubah Saudi memang special. Pattern jubah yang lebih fit tapi selesa. Nampak lebih segak.
Nak custom kolar, butang, warna jubah, pattern jubah semua boleh. Lebih menarik, tempah jubah hari ini, esok dah siap!
Ada 2 tempat saya rekemen dan saya memang tempah disitu:
Di Madinah, ini kedainya. مشعل أنوار المدينة
Di Mekah, ini kedainya. الوليد الراقئ الخياطة
Saya tak pandai cakap arab, macam mana nak pergi tempat-tempat ni? Jangan risau.
Kalau di Malaysia kita ada Grabcar tapi di Saudi kita ada Careem. Download saja aplikasi ini dan taip tempat yang ingin dituju.
Kebanyakkan pemandu memang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak yakin, korang ajaklah mutawif teman. Lepas tu belanja la minum air buah. Takkan itu pun nak bagitau.
Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Kehadiran anai-anai di kediaman kita sememangnya satu ancaman besar. Mana taknya, bukan hanya perabot dan kayu-kayu habis di makan anai-anai ini bahkan baju-baju yang tersimpan kemas di dalam almari juga turut musnah.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di