“Emak Tulang Belakang Terkuat..”- Ustazah Asma’ Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Aishah!

Share

Ustazah Asma’ Harun, siapa sahaja yang tidak mengenali penceramah bebas ini. Meskipun lembut tutur bicaranya namun tegas dalam menyebarkan dakwah. Malah kini dilihat begitu aktif di media sosial berkongsi ilmu untuk masyarakat meskipun terpaksa menempuh pelbagai ujian dan dugaan. Baginya itu semua asam garam orang yang berjuang di jalan Allah.  Maka tidak hairanlah dirinya sentiasa menjadi idola, inspirasi dan rujukan buat orang ramai.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Baru-baru ini anak kelahiran Terengganu yang juga merupakan ibu kepada 7 orang anak ini telah mendapat pengiktirafan Tokoh Sayyidatina Aishah di dalam Program Hari Sayyidatina Aishah Kali Ke-2 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2022 yang bertemakan ‘Wanita Inspirasi’.

Merakam rasa syukur dan terima kasih di atas penganugerahan tersebut, ustazah Asma’ turut menzahirkan dengan nukilan kata-kata yang indah dikongsikan di akaun facebooknya.

“Kalung Emas Anugerah Tokoh Sayyidatina Aishah yang dianugerahkan kepada saya ini saya sarungkan ke sosok tubuh seorang wanita yang telah melahirkan, membesarkan serta mendidik saya dan 9 adik beradik yang lainnya sedari kami kecil. Sungguh, tiada balasan setimpal yang boleh dihadiahkan buat Mak dan arwah Ayah di atas segala pengorbanan selama ini,” ujarnya.

Menambah lagi bahawa perjalanan dalam medan dakwah ini tiada penghujungnya, selagi masih bernyawa maka kaki ini akan terus melangkah dan bukanlah anugerah sebagai ukuran kejayaannya.

“Anugerah ini tidak sesekali dipinta dan ia bukanlah sebagai ukuran kejayaan bagi sesiapa, sama ada berjaya atau sebaliknya dan ini termasuk juga saya, kerana makna berjaya yang sebenar adalah kejayaan di sisi Allah iaitu mencapai redhaNya. Masih banyak yang perlu dipelajari, demi menyampaikan walau satu ayat dalam dakwah.

“Sungguh, amanah yang dipikul begitu berat kerana semua kurniaan Allah ini pasti disoal di akhirat kelak. Sebenarnya anugerah ini bukan semata-mata untuk saya tapi juga buat keluarga tercinta, sahabat-sahabat, tim dan semua yang tetap bersama dan menerima saya seadanya.

“Jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu Darul Ihsan di atas pemberian yang amat bermakna ini serta ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan buat YB Dato’ Hjh Siti Zailah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat kerana menyampaikan anugerah tersebut. Allahu Akbar,” ujarnya menzahirkan rasa syukur.

Emak Tulang Belakang Terkuat

Sudah semestinya, tidak dilupakan insan terdekat yang menguatkan diri ini serta merupakan tulang belakang terkuat adalah mak yang melahirkan diri ini, Hajah Fikriah binti Awang dan arwah ayah yang membentuk diri saya yang sekarang, Haji Harun Bin Ismail. Tanpa keberkatan doa serta didikan mereka, tiadalah saya seperti hari ini.

Menggalas tugas sebagai ibu, isteri dan dalam masa yang sama bergelar pendakwah tentunya bukan mudah. Justeru, wanita hebat itu turut menitip penghargaan buat suami dan tujuh orang anak yang banyak berkorban.

“Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan buat suami tercinta, Encik Tengku Fazli bin Tengku Yahya serta anak-anak yang dikasihi Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah yang sentiasa menyokong, membantu dan banyak berkorban dalam jatuh bangun di sepanjang jalan dakwah ini. Allahu Akbar, semoga Syurga tertinggi sebagai sebaik-baik balasan buat mereka.

 

Alhamdulillah ingin saya berkongsi kesyukuran ini bersama sahabat semua dan jujurnya terasa kerdil diri ini dengan anugerah yang diberi, namun insyaAllah saya akan sentiasa perbaiki dari hari ke hari untuk mencontohi Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.A.

Kalian semua tetap ada bahagian tersendiri dalam perjuangan ini. Mudah-mudahan kita sama-sama menjadi wanita yang berilmu, dipenuhi dengan jiwa yang tenang dan terus kuat dengan menjadikan Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah R.A. sebagai contoh tauladan. Menjadi wanita dambaan Syurga juga perlukan usaha dan mujahadah.

Di sini kita bertemu, di Syurga kitakan bersatu. Sayang semua kerana Allah kerana Rasulullah SAW.

Sumber : Fb Ustazah Asma’ Harun 

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club