Ibu bapa mana yang tidak terharu bila dapat melihat wajah anak yang sudah lama tidak ditatap. Menerusi Twitter Fathur, dia yang tidak pulang ke tanah air selama 8 bulan kerana belajar di luar negara akhirnya diberi peluang untuk bertemu keluarga tercinta di penghujung bulan Syawal lalu.
Reaksi ibu bapanya yang menitiskan air mata saat melihat wajah anak kesayangan mereka nyata cukup menyentuh hati dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Baca perkongsiannya yang membuat kejutan buat ibu bapa hasil bantuan adik-beradik yang lain.
8 bulan tidak pulang ke rumah
Ads
Oleh kerana rindu yang teramat akan keluarga, dia sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kembali pulang ke tanah air semata-mata untuk bertemu kedua orang tuanya.
Sanggup berhabis ribuan ringgit
Dia tidak dapat menyambut syawal bersama keluarga kerana dia perlu menduduki peperiksaan sewaktu itu.
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Dayana Roza yang telah pun selamat melahirkan bayi lelakinya pada Sabtu lagi.
Anak kedua Dayana seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan tepat jam 1.56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Melalui perkongsiannya, kata Dayana, dia yang sepatutnya melahirkan bayinya itu pada 17 Januari ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kontraksi lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari ini tetapi saya dah mula rasa sakit sejak Jumaat dan terus masuk hospital.
“Saya juga perlu jalani pembedahan kecemasan sebab bukaan tak luas dan doktor periksa keadaan jantung bayi lemah.
“Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa sakit selepas pembedahan,” katanya berkongsi.
Pun begitu kata Dayana lagi, dia bersyukur kerana segala persiapan untuk ke hospital telah dilakukan lebih awal.
“Mujur persiapan semua sudah dilakukan. Jadi kalau bersalin awalpun semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tak sabar nak keluar awal,” katanya lagi.
Terdahulu, Dayana mendirikan rumahtangga bersama Adale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahata mata perempuan, Astrid Raheeya yang kini berusia dua tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Semenjak dua menjak ini cuaca cukup panas kita rasakan, bukan sahaja terasa bila berada di luar rumah bahkan di dalam rumah juga terasa bahangnya. Anak-anak tidak selesa dan menyebabkan kita seisi keluarga akan lebih kerap menggunakan penghawa dingin. Bahkan tidak dinafikan, bila cuaca panas kita juga menyebabkan kita mahu sentiasa minum air yang sejuk untuk menghilangkan dahaga. Jika ada penapis air tersedia, cukup memudahkan untuk dinikmati kesegarannya.
Pun begitu, tahukah anda dengan perubahan penggunaan alatan elektrik di rumah sepanjang tempuh cuaca panas ini secara tidak langsung akan memberi kesan pada peningkatan bil elektrik. Begitu juga dengan penggunaan mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.
Ini dijelaskan lagi oleh Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.
“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.
“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kompresor Lebih Kerap Berfungsi
Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.
Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Langkah Penjimatan
“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.
Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.
“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.
Tak mudah menerima takdir, anak yang ditatang bagai minyak penuh kini berdepan dengan penyakit yang cukup digeruni. Namun, siapa kita mampu menolak ketentuan takdir, berat mata memandang berat lagi bahu keluarga ini memikulnya. Lebih memeritkan lagi, keadaan kewangan keluarga ini terbatas untuk menampung perbelanjaan rawatan hospital yang tinggi.
Seperti nasib seorang ibu muda, Zairazma Zairazma memiliki seorang anak penghidap Tumor Wilms yang juga dikenali sebagai nephroblastoma sejenis ketumbuhan di buah pinggang. Tumor ini menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut. Ia juga disertai gejala seperti demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.
Pada tanggal 29 Februari 2018 Adik Mohd Alif Nasrulhuq bin Rosmadi disahkan menghidap kanser buah pinggang sebelah kiri tahap 3. Luluh hati kami sekeluarga mendengar perkhabaran seperti itu. Kemudian pada 11 Mac 2018, adik Aliff dikehendaki untuk melalui proses pembedahan pembuangan buah pinggang sebelah kiri kerana kanser sudah pun merebak dan meroskkan buah pinggang sebelah kiri adik Alif. Kami dengan berat hati dan redha hanya berserah kepada Allah. Selepas pembedahan buah pinggang sebelah kiri, doktor memaklumkan bahawa limpa adik Alif juga terpaksa dibuang kerana sel kanser nya sudah merebak dan limpa terpaksa dipotong keluar bersama buah pinggang sebelah kiri. Ketumbuhan bersalut buah pinggang dan limpa.
Adik Alif merupakan penghidap kanser Wilms Tumour iaitu kanser buah pinggang kronik stage4. Adik Alif sekarang ini sekarang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Subang Kerian untuk sesi kimoterapi. Anak saya telah membuat pembedahan yang besar iaitu membuang buah pinggang belah kiri dan limpa.
Menurut Zairazma lagi, dia juga tidak mampu lagi menampung kos-kos ulang alik kerap ke hospital.
"Saya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja hanya melakukan dropship sahaja. Suami berkerja tetapi pendapatan banya sekadar RM1k denga menyara 2 lagi anak yang bersekolah. Bantuan dari segi PeKa sekadar RM100 dan JKM RM150 sahaja itu pun tidak mencukupi dari segi kewangan. "Disebabkan ada kitaran kimoterapi yang banyak menyebabkan perlu berulang alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan bil hospital pun banyak yang tertunggak.
Dengan ini saya merayu agar warga Facebook atau mana-mana badan yang dapat membantu sedikit sebanyak kos rawatan Alif selama sesi kimoterapi. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan bantu dengan share post ini sudah memandai bagi saya.
Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini dan diharapkan kesembuhan buat adik Alif. Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada: 7620871090 (CIMB) – Zairazma Bte Ghani.