Minggu ketiga The Chosen One 2024 penuh dengan kejutan dan bakat luar biasa! Dalam persaingan yang sengit, tujuh peserta berjaya melangkah ke minggu seterusnya, tetapi ada juga yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Mari kita lihat momen-momen menarik yang berlaku minggu ini!
Kiki Fateeha Menggondol Tempat Pertama
Kiki Fateeha memang tidak boleh dipandang sebelah mata! Dengan penampilan menawan menyanyikan lagu “Masing-Masing” dari Ernie Zakri dan Ade Govinda, dia berjaya meraih kedudukan pertama. Menurut juri Jaclyn Victor, persembahan Kiki adalah satu yang unik.
“Suara awak memang terlalu sedap! Saya suka cara awak membawakan lagu ini dengan gaya sendiri. Namun, ingat ya, ada lagu yang boleh diubah dan ada yang tidak. Tapi, apa yang awak lakukan, semuanya okay!” puji Jaclyn dengan semangat.
Azry Sabri Menonjol di Tempat Kedua
Ads
Di tempat kedua, Azry Sabri menunjukkan bakatnya dengan menyanyikan lagu dari coachnya, Fahimi Rahmat. Juri jemputan, Misha Omar, menganggap Azry sebagai pelapis hebat dalam dunia nyanyian.
“Awak mengingatkan saya pada Hafiz Suip! Suara awak jernih dan cara menyanyi itu membuat saya teruja. Cuma perlu sedikit usaha lagi, dan saya yakin awak akan menjadi bintang!” kata Misha sambil memberikan dorongan.
Qal Daienesh: Menyanyi Dalam Bahasa Tamil
Ads
Tidak ketinggalan, Qal Daienesh yang merupakan mentee kepada Wany Hasrita, memukau semua dengan persembahan lagu “Oh My Kadhale” dalam bahasa Tamil. Usahanya selama ini membuahkan hasil, dan dia mendapat pujian dari juri Misha Omar.
Coach Wany juga berbangga dengan pencapaian Qal, “Kami telah bersiap sedia untuk persembahan ini. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh mentee saya!”
Elofa Reza: Perpisahan yang Menyentuh Hati
Ads
Namun, tidak semua berita gembira. Elofa Reza terpaksa mengucapkan selamat tinggal setelah persembahannya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Dia berada di kedudukan terbawah, dan Baiq Balqis terselamat.
Meskipun terpaksa meninggalkan pertandingan, Suki Low memberikan semangat kepada Elofa. “Kita telah melakukan yang terbaik! Ini baru permulaan dalam karier nyanyian awak. Teruskan berjuang, dan kita mungkin akan berjumpa lagi!” ucap Suki dengan penuh kasih.
Minggu ketiga The Chosen One 2024 memang mendebarkan! Dari Kiki Fateeha yang memikat hingga Qal Daienesh yang berani menyanyi dalam bahasa Tamil, setiap persembahan membawa warna tersendiri.
Sementara itu, Elofa Reza meninggalkan pentas dengan harapan baru. Siapa yang akan muncul sebagai bintang seterusnya? Nantikan minggu hadapan untuk lebih kejutan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ruangan dapur memang tidak pernah lari dari kotoran. Setiap hari apabila memasak, banyak minyak-minyak akan terpercik dan kotoran makanan lain yang jatuh.
Menjadi impian setiap wanita, inginkan dapur yang selesa dan bersih. Dapur yang cantik, kemasm selesa dan bersih ini akan membangkitkan mood memasak terutamanya suri rumah.
Malah di zaman sekarang, ramai yang menjadikan ruangan dapur untuk dijadikan lokasi ‘content’ mereka.
Namun bila sudah selalu sibuk dengan kerja dan anak-anak, impian untuk memiliki ruang rumah khususnya dapur yang bersih dan berkilat itu agak sukar untuk dicapai. Tetapi jangan risau, apa kata kita cuba cara dari perkongsian wanita ini dimana beliau berkongsi cara deep cleaning dapur dalam masa 30 minit sahaja!
Rutin setiap hari Khamis , Hani peruntukkan masa 30 minit untuk buat “deep cleaning” bahagian dapur. Hani pernah kongsi tutorial untuk buat deep cleaning dapur sebelum ini. So Hani hanya follow je senarai semak pembersihan dapur tu.
Selalunya memang Hani fokus kemas kat bahagian dapur gas memasak tu lagi-lagi kat bahagian tungku tu. Kena guna berus besi untuk buang grease atau kesan terbakar kat kawasan sekitar tu.
Lagi satu Hani fokus kan bersihkan dalaman dan luaran peti ais dan microwave juga. Ni barang ke-14! Wajib beli kat eco hahaha produk baru rasanya.
Memang berkilat dapur gas memasak tu. Hani gunakan utk bahagian luar microwave dan peti ais juga. Tapi paling penting dia senang kan untuk tanggalkan kesan minyak kat kawasan dapur gas masak terutamanya.
Hubungan erat antara cucu dan datuk atau nenek memang tidak dapat dinafikan keakrabannya. Malah pasti ramai yang pelik, jika dulu ibu bapa kita yang paling garang tapi apabila dengan cucu, lembut bukan main.
Itulah kasih sayang yang sukar ditafsirkan. Malah ramai cucu lebih memilih nenek atau datuk berbanding dengan ibu bapa sendiri.
Perkongsian video oleh @hyburgs di TikTok baru-baru ini mengundang sebak apabila seorang kanak-kanak dilihat berlari sambil meraung di sebuah hospital apabila melihat datuknya.
Dalam rakaman tersebut, si kecil berlari sambil menangis teresak-esak menuju ke arah datuknya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda di luar wad.
Menurut kapsyen yang ditulis pada video, kanak-kanak lelaki itu sudah tiga hari tidak bertemu datuknya dan terlalu merindui warga emas itu yang sakit dan ditahan untuk menerima rawatan.
“Tiga hari tak jumpa. Turun kereta terus berlari ke arah datuknya,” tulis pelayar yang merupakan bapa kepada kanak-kanak tersebut.
Jika diteliti rakaman tersebut, budak lelaki itu sempat diangkat oleh seorang pemuda yang berada di sebelah datuknya sebelum dia diletakkan di atas ribaan warga emas itu.
Dalam pada itu, pelayar turut mendoakan agar bapanya diberi kesembuhan segera dan boleh cepat keluar dari hospital.
Apatah lagi Hari Raya bakal tiba sudah pasti mereka mahu menyambut hari istimewa tersebut bersama-sama.
“Raya dah nak dekat jadi ayah balik kita (sambut) raya sama-sama dekat rumah ya,” katanya lagi.
Rata-ratanya mengaku turut menangis apabila melihat ‘drama air mata’ antara seorang cucu dengan seorang datuk.
Malah, masing-masing bagai dapat menyelami kasih sayang yang wujud antara mereka berdua.
“Mesti datuk selalu bawa dia ronda waktu petang naik motosikal kan.
Semoga datuk kepada kanak-kanak ini diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Julia Farhana telah mendirikan rumahtangga dengan Dr. Che Hafiz pada 14 Disember 2022 lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Sedikit kontroversi mengenai namanya apabila terpalit dengan kontroversi melibatkan bekas isteri kepada Dr Che Hafiz iaitu Lufya Omar namun Julia Farhana dilihat bijak dalam mengendalikan situasi itu.
Menurut Julia, urusan jodoh adalah rezeki dan telah ditentukan oleh Allah SWT malah menegaskan bahawa dia tidak mengambil hak orang.
“Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya dalam sebuah hantaran TikTok.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.