Semua ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk menjaga anak. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, 44, memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak-anaknya di media sosial dengan menggunakan emoji pada setiap gambar yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Elly, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, keputusan ini diambil kerana dia merasakan ia membawa lebih banyak kebaikan jika gambar anak-anaknya tidak dikongsikan secara terbuka di platform tersebut.

Elly Mazlein Pilih Tidak Dedahkan Wajah Anak di Media Sosial

“Saya memang sengaja sembunyikan wajah mereka di media sosial, tapi hanya di IG saja. Kalau keluar jalan-jalan, saya okay saja, anak-anak pun tak pakai topeng ke apa. Ada juga yang tegur Sefhia dah besar bila nampak kami,” katanya kepada Harian Metro sewaktu ditemui di majlis pelancaran cawangan baharu Merchant9 di Wangsa Maju, semalam.

Ads

Elly Mazlein Pilih Tidak Dedahkan Wajah Anak di Media Sosial

Elly yang juga penyampai radio menekankan bahawa setiap ibu bapa mempunyai pilihan masing-masing dalam hal berkongsi foto anak-anak di media sosial. Namun, bagi dirinya, dia lebih selesa membiarkan anak-anak di belakang tabir.

Ads

“Saya nak anak saya membesar seperti anak-anak lain. Bebas, tak jadi perhatian ramai. Bila dah besar nanti, terpulanglah kepada Sefhia kalau dia nak ada akaun media sosial sendiri,” tambahnya.

Ads

Elly juga bersyukur kerana anak sulungnya, Sefhia, faham dengan keputusan tersebut hasil daripada didikan yang diterapkan, di mana Elly menerangkan secara matang tentang kebaikan dan keburukan yang ada dalam sesuatu perkara.

Untuk rekod, Elly berkahwin kali kedua dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 34, seorang guru, pada 18 Januari 2020, dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen, yang kini berusia tiga tahun. Elly juga mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8, hasil perkahwinan terdahulu dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Sumber: Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI