Elisya Sandha Tak Titik Serai & Buang Kulit Luar, Cara Shiela Rusly Puji Sebelum Tegur Raih Pujian!

Share

Bagi yang mengikuti pelakon dan penerbit terkenal, Shiela Rusly di laman sosial mesti pernah lihat menantu sulungnya, Elisya Sandha datang ke rumah menuntut ilmu memasak sejak dari sebelum kahwin hingga kini. Malah, Elisya juga pernah memasak untuk keluarga ketika duduk sebumbung dengan ibu mentuanya sebelum pindah ke rumah sendiri bersama suami dan anaknya.

‘Skill’ memasak Elisya tidak kurang hebatnya apabila sering memuat naik video masakannya di sosial media sehingga menarik perhatian pengikutnya untuk tiru resepi yang dikongsinya.

Namun, dalam perkongsiannya itu, ada beberapa momen kesalahan yang dibuat menjadi perhatian dan teguran orang ramai iaitu kalau sebelum ini, dia ditegur dek kerana cara memotong limau nipis yang salah, dan kali ini serai tidak tidak diketuk dan dibuang kulit luar dengan sempurna ketika menyediakan juadah berbuka untuk suaminya, Uzair Haqimy.

Meninjau di ruangan komen, ada dalam kalangan mengikutnya menegur tentang potongan serai tersebut diikuti dengan tip untuk merasa masakan ketika bulan puasa seperti yang diajukan oleh Elisya di ruangan kapsyen.

Malah, lebih menarik perhatian adalah komen ibu mentuanya yang memuji anak menantunya itu dalam menyediakan juadah berbuka, namun turut menegur Elisya agar serai yang digunakan perlu diketuk terlebih dahulu dan dibuang kulit luar sebelum memasak.

Sumber : Instagram Elisyasandhaofficial