
Pelakon, Nur Elisya Sandha selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya beberapa jam yang lepas di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
Berita gembira ini dikongsi oleh ibu mentuanya, pengarah dan pelakon iaitu Sheila Rusly menerusi laman instagram.
Video yang dimuat naik itu memaparkan jari comel dan sipi wajah cucu sulungnya yang mesra dipanggil Sis Sheila.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram mengucapkan tahniah buat kelahiran si kecil ini. Paling menjadi tumpuan di situ komen dari kakak Elisya, Fasha Sandha yang memanggil si kecil dengan panggilan ‘Bunga’ di mana sebelum ini Elisya hanya memberi hint sahaja yang digelar, Baby B.
Sumber : Instagram Sheila Rusly
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
“Jangan Sesekali Ukur Kehidupan Orang Guna Pembaris Kita.” Wanita Ini Kongsikan Kisah Perkahwinan Jarak Jauhnya.

Setiap orang tak sama perjalanan hidupnya, ada yang tinggal bersama, tak kurang ada yang terpaksa berjauhan dengan pasangan. Dengan kata lain, PJJ yakni perkahwinan jarak jauh.
Dan tidak semua orang mampu melalui perjalanan hidup berjauhan dengan pasangan lebih-lebih lagi jika ada anak. Bukan satu tugas yang mudah, kena bijak membahagikan masa.
Begitu pun, orang sekeliling terutama keluarga dan rakan-rakan perlu memberi sokongan dan tidak lokek menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
Namun tidak semua orang faham akan situasi PJJ. Demikian secebis kisah yang dikongsikan oleh Najibah Mustaffa menerusi laman facebooknya.
JANGAN SESEKALI UKUR KEHIDUPAN ORANG GUNA PEMBARIS KITA
Dulu masa saya PJJ dengan suami, tak jauh pun Kuantan – Temerloh. Sekitar 2 jam perjalanan. Bila saya bercerita perihal sukarnya saya PJJ, urus dua anak sendiri. Ada lah rakan sekerja yang memandang remeh keluhan saya. Padanya tiada apa sangatlah setakat PJJ begitu. Ada orang lagi lama, lagi jauh.
Perasaan saya masa tu terhenyak. Rasa jatuh berkeping keping. Oh gajah pada mata saya, hanya kuman pada mata orang yang memandang.
Lalu saya belajar. Jangan mengatakan perkara yang sama kepada orang yang sedang dalam kasut ujian. Jangan diremehkan, sebaliknya bantulah menguatkan sebuah perasaan. Hulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kita kuat hadapi sesebuah situasi, belum tentu orang lain sama.
Sebab, pembaris kita tak pernah sama. Dan tak akan pernah.
Syukurnya Maghrib ini bila baca berita Ustazah yang hilang itu sudah ditemui selamat. Ustazah ini juga teruji dengan jarak jauh antara rumah dengan sekolah. Setiap hari bangun seawal pagi, membelah malam yang masih pekat dan memandu ratusan kilometer untuk ke sekolah.
Yang buat rasa sebal di dalam hati bila ada komen komen tak fikir sensitiviti lebih kurang begini.
“Alah, setakat ulang alik kerja macam itu, isteri kawan aku relaks je. Bahagia je. Anak pun ramai. ”
“Ala. Acah acah depression je ustazah ni. ”
” Ustazah tak kuat iman.”
” Kalau dah tak boleh nak mengajar. Lepas je jawatan tu bagi orang lain. ”
Allahu. Kita akhir zaman ni begini lah. Laju sangat menaip sampai lupa nak tapis kata kata ikut batasan adab, akhlak dan perikemanusiaan. Seolah olah kalis benar dari ujian.
Semua nak ulas ikut pembaris sendiri. Walhal kita tak tahu pun cerita sebenar.
Kita sedar atau pun tidak. Simpati atau empati ke tidak. Kenyataannya wanita hari ini ramai yang terpaksa jadi kuat. Lebih daripada kemampuan dirinya. Urus rumahtangga, bekerja, sampaikan tiada masa untuk diri sendiri.
Sakit, tahan.
Sedih, pendam.
Penat, biarkan.
Dan sudah lama tak mampu ukir senyuman.
Sedar tak sedar ramai wanita kemurungan dan ada penyakit mental. Antara punca kerana gaya hidup yang menekan hari ini. Tambah lagi tiada sistem sokongan sekeliling terutama suami. Banyak kes pengabaian rumahtangga.
Kes kelar anak. Nak terjun jambatan. Lemas kat laut.
Antara secebis kisah berkaitan isteri, ibu, wanita yang kita pernah dengar. Kita tak tahu berapa ramai lagi jiwa jiwa ini yang sedang berduka. Belum sembuh.
Keadaan jadi lagi buruk bila ada jenis lelaki yang nak samakan kudrat wanita dengan dirinya lelaki bab bekerja etc. Walhal jika diri mereka diminta mengurus rumahtangga sebagaimana wanita. Belum tentu bagaimana.
Kita mungkin lupa satu perkara. Wanita dan lelaki ini Allah jadikan berbeza design dan software nya. Fizikal pun tak sama. Apatah lagi emosi, kemampuan diri.
Kalau pun tak boleh empati. Simpati sahaja sudah cukup.
Najibah Mustaffa
Berkata lah yang baik. Atau pun diam sahaja. Ikut pesan Rasulullah.
“Tolonglah Jaga Anak-Anak” Pakar Veterinar Tegur Video Kanak-Kanak Hampir Digigit Monyet Bukan Perkara Kelakar

Isi Kandungan
ToggleKanak-kanak sememangnya sangat suka dengan haiwan. Namun begitu ibu bapa tidak boleh membiarkan anak mereka yang masih kecil bersendirian bermain dengan haiwan liar yang berkeliaran.
Baru-baru ini tular satu video seorang kanak-kanak hampir digigit oleh seekor monyet sambil diperhatikan ibu bapanya sehingga seorang pakar veterinar drima_vet terpanggil untuk memberi respon terhadap video tersebut.
Pantau Anak-Anak Kecil
Menerusi video yang dimuat naik oleh drima_vet di TikTok, dia meluahkan rasa kesal akan situasi yang berlaku kepada kanak-kanak yang hampir menjadi mangsa serangan seekor monyet sebelum diselamatkan oleh ayahnya.
Tolonglah jaga anak-anak. Benda ni tak kelakar.
Menurut Dr Ima lagi, ibu bapa perlu memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak apabila berada di kawasan haiwan liar untuk mengelakkan daripada perkara buruk berlaku dan boleh mencederakan anak mereka.
Menerusi video tersebut, dapat didengar suara gelak ketawa daripada individu yang merakam kejadian tersebut dan seakan terhibur dengan kejadian cemas yang sedang berlaku.
Watch on TikTok
Pakar Veterinar yang aktif berkongsi info berkenaan haiwan di TikTok ini berpesan supaya orang ramai tidak mengganggu habitat liar kerana berkemungkinan haiwan tersebut akan menyerang apabila mereka rasa terancam.
Haiwan Liar Akan Dibunuh
Nanti monyet tu juga yang akan ditangkap dan dibunuh disebabkan menyerang kanak-kanak.
So basically you have to really understand, dekat situ pun dah ada tulis kawasan monyet liar jadi jangan kacau dan ganggu dia.
Beliau turut mengingatkan bahawa gigitan haiwan liar bukan sahaja akan menyakitkan tetapi manusia berisiko terkena penyakit berbahaya.
Katanya kanak-kanak tersebut bertuah kerana monyet itu tidak menggigitnya.
Menurutnya lagi, dia sebagai doktor veterinar pun sangat berhati-hati kalau berhadapan dengan haiwan liar demi keselamatan diri sendiri.
Lagi satu bahayanya monyet juga boleh bawa penyakit Zoonotik penyakit yang boleh berjangkit ke manusia.
Sumber: @drima_vet
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI
Inspirasi Sungguh Ucapan Penghargaan Zahirah Macwilson Kepada Ayah Sehari Sebelum Sambut Hari Jadinya. Nyata Kasih Ayah Sepanjang Masa!

Sering kita dengar ungkapan ini, kasih ibu sampai ke syurga kasih ayah sepanjang masa. Bagi seorang anak, ayah adalah segalanya buat dirinya. Ayah juga merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup dan adalah hero di hati anak.
Itulah gambaran kasih sayang anak kepada ayahnya, Zahirah Macwilson yang memberikan kata-kata kasih sayang kepda ayahnya.
Melalui coretannya itu menjelaskan keakraban seorang anak dengan bapanya.
Pelakon yang dikenali ramai melalui drama Duda Pujaan Dara, Tak Ada Cinta Sepertimu dan Jangan Benci Cintaku ini telah memuat turun kata-kata kasih sayang kepada bapanya baru-baru ini. Malah turut mendapat komen positive daripada netizen.
“Kami bergurau seperti kawan dan kami berhujah seperti adik-beradik; tetapi kasih sayang kami seperti bapa dan anak perempuan. Yang paling pelindung, bimbang, rajin, bicara, tak duduk diam, mengingatkan sepuluh ribu kali dan orang paling mesra yang saya kenal. Love you Pa”
Malah ayahnya turut membalas coretan anaknya.
“As the saying goes: “Blood Is Thicker Than Water”
I have 4 “precious gifts” from Allah swt & u r one of them! And I can’t thank him enough apart from saying: ya Allah, sesungguh nya, aku bershukur pd mu di atas segala rahmat & kurniaan dari mu, shukur al’hamdullilah.”
Lebih manis ucapan ini dibuat sehari sebelum hari jadi Zahirah pada 1 Feb lalu. Sweetnya anak beranak ini. Nyata memang benar, dalam ilmu keibubapaan menjelaskan bahawa anak perempuan akan rapat dengan ayahnya.
Jom semak 4 alasan kenapa anak perempuan rapat dengan ayah
1. Ayah protektif pada anak perempuan
Ayah merupakan seseorang yang protektif pada anak perempuan. Sebab itu, tak ada siapapun yang berani berbuat jahat atau mengusik anak perempuannya.
2.Sayang ayah pada anak perempuan melebihi orang lain.
Anak perempuan adalah istimewa di hati ayah bahkan melebihi isteri. Jika anak sakit seperti demam atau batuk-batuk. Ayahlah insan yang paling risau.
3.Anak perempuan melontarkan semua kasih sayang pada ayah
Anak perempuan berusaha buat ayah berasa bangga terhadap dirinya seperti menunjukkan kertas ujian sekolah dengan markah tinggi, mengajak ayah ke taman permainan atau berbuat sesuatu perkara dengan baik.
4.Ayah mengajar anak perempuan menjadi kuat dan tak lemah.
Bila dilahirkan sebagai perempuan, biasanya ia sering dikaitkan dengan kelemahan. Jadi, ayahlah insan yang sering membuat kita kuat dan tidak lemah untuk berhadapan dengan dunia luar.
Sumber: Instagram @zahirahmacwilson