Pelakon, Elfira Loy meraikan ulang tahun anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf yang kelima di Bali bersama keluarga.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada sepasang cahaya mata ini juga sempat berkongsi beberapa tip ketika travel malah turut berkongsi trip perjalanannya ke negara seberang yang penuh dengan keindahan alam itu.
Kongsi Elfira lagi, dia sengaja memilih penerbangan berdekatan waktu tidur kedua anaknya bagi membolehkan mereka tidur di dalam penerbangan namun jangkaannya tersasar sama sekali.
“Granting my son’s birthday wishes, Hello Bali. Alhamdulillah survived 3 jam flight with two toddlers. It was…….. loud.
“Ingatkan ammbik flight 10.30am near diorang punya nap time akan ok diorang nap rupanya tak nap ya.
“Makan main, makan main, makan main. Habis tu mommy bawak pillow neck untuk apa,” tulisnya berkongsi.
Selain berkongsi beberapa keping gambar kenangan di sana, ibu cantik manis ini juga turut berkongsi tip yang antaranya membawa makanan serta permainan anak. Paling utama kata Elfira lagi, perlu bawa stroller anak supaya lebih mudah bergerak.
Flight tips:
– Sentiasa ingat untuk minta anak telan air liur semasa berlepas & mendarat dengan minum susu ke minum air ke atau makan lollipop.
– Bawak favourite snacks: fruits for us 🍊🍊
– Aktiviti kegemaran mereka: mewarna dan mainan dinasour
– Bawak selimut, extra diapers, baju, plastik, susu dan air dalam botol
– Anak-anak suka berada dalam stroller, so layan sajalah
Tidak hanya berkongsi tip, Elfira juga turut mengabadikan beberapa kenangan manis ketika berada di sana termasuklah ke zoo bagi mendekatkan anak-anak kecilnya dengan dunia haiwan.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf, 5 dan Nur Aria Mikayla, 2 tahun.