Berita

Elemen TVET Akan Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Share

Elemen TVET akan diperkenal kepada murid tahun satu pada 2027. Kementerian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.

Elemen TVET Akan Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh, berkata elemen itu diperkenalkan menerusi Kurikulum Persekolahan 2027 di mana KPM akan memberikan penekanan kepada asas pendidikan TVET bagi memupuk minat murid dalam bidang berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya, pengenalan elemen TVET bermula dari tahun satu itu akan dibuat melalui pembelajaran bersepadu yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang Sains, Teknologi, Digital, Seni Visual, Muzik dan Pendidikan Kesihatan.

Kredit fot0: Bernama

“Seterusnya bagi, murid di tahun lima dan tahun enam akan mempelajari pembelajaran asas disiplin ilmu TVET seperti Teknologi, Sains Rumah Tangga, Kejuruteraan, Pengaturcaraan dan Pertanian.

“Pembelajaran dilaksanakan berasaskan projek yang membolehkan murid mengetahui, memahami dan meneroka aplikasi teknologi dan digital dalam pelbagai bidang.

“Kandungan, kemahiran dan nilai daripada pelbagai bidang teknologi dan digital akan dikembangkan lagi kepada murid di peringkat menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga bagi mereka mengenali potensi diri seterusnya mendorong minat mereka dalam bidang TVET,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) sama ada KPM berhasrat mempertimbang cadangan memperkenalkan laluan TVET seawal tingkatan satu bagi memberi peluang kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.

Pada masa sama, Kah Woh berkata KPM yakin inisiatif dilaksanakan ini mampu memberi pendedahan awal dan memberi peluang kepada murid memilih bidang TVET selepas tamat pendidikan menengah rendah iaitu tamat tingkatan tiga.

Beliau berkata, KPM komited menyediakan akses pendidikan TVET bermula dengan pendedahan kepada murid peringkat sekolah rendah bagi membolehkan mereka membuat pilihan aliran bidang itu yang bersesuaian apabila memasuki peringkat menengah iaitu selepas tingkatan tiga.

“Pendedahan awal asas pendidikan TVET diperkenalkan kepada semua murid seawal tahun empat di peringkat sekolah rendah melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bermula tahun 2014.

“Murid diperkenalkan dengan kemahiran berasaskan TVET yang menawarkan bidang utama dalam Teknologi, Sains Rumah Tangga, Kejuruteraan, Pengaturcaraan dan Pertanian.

“Bagi memastikan kesinambungan pendidikan TVET, mulai tahun 2017, mata pelajaran RBT diteruskan kepada murid peringkat menengah rendah tingkatan satu,” katanya.

Kah Woh berkata, usaha ini bagi memastikan murid diberi pendedahan awal kepada bidang utama TVET sebelum memasuki aliran itu selepas tingkatan tiga.

Sumber: Bernama

Baca artikel lain juga: Rindu Berjauhan Dengan Mak Ayah, Murid Tahun Satu Ni Menangis Mengadap Dinding!

Murid Tahun Empat Maut Keracunan Makanan, Disyaki Ada Sejarah Makan Tart Keju!

Remaja 17 Tahun Meninggal Dunia Makan Bihun Telur Mata, Bapa Tunggu Laporan Bedah Siasat

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my