Masalah angin dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati atau hiatus hernia. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.
Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan semakin meningkat. Pun begitu janganlah terlalu risau kerana ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan.
5 Tip Elak Angin Dalam Perut
1. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba mengelakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
2. Elak ambil makanan terutamanya makanan yang digoreng atau yang mengandungi herba.
3. Elakkan ambil makanan pedas.
4. Elakkan sama sekali makanan yang diketahui tidak sesuai untuk tubuh anda terutama makanan yang bersifat angin seperti kangkung, kacang panjang, petai,
kacang hijau, pulut dan sebagainya. Hindarkan.
5. Selain itu, jangan pula membongkok atau terus sahaja baring selepas makan. Ruang perut yang sempit membuatkan semakin sukar dan lambat pergerakan
makanan. Jadi sebagai wanita hamil, janganlah terus berbaring. Duduk dan berehat secara santai adalah jalan terbaik untuk anda.
Sekiranya masalah ini berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Dinasihatkan sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal lain di bahagian belakang).
Langkah terakhir adalah dengan mengambil antasid yang boleh diperolehi dari farmasi. Ia selamat digunakan untuk wanita yang mengandung. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan anda. Jalani tempoh mengandung yang sihat, riang dan menyeronokkan.
Tip Cergas Ibu Hamil
Apabila mengandung memang badan akan merasa lesu dan kurang daya untuk melakukan banyak perkara seperti selalu. Namun ada cara yang boleh buat anda lebih rasa relaks dan seronok di rumah. Jom cuba tip sihat ini.
* Bangun pagi tarik nafas dalam-dalam sambil pejamkan mata.
* Selepas mandi persiapkan diri dengan pakaian yang cantik dan selesa. Pilih sahaja pakaian yang paling anda suka, asalkan ia buat anda gembira. Biar tubuh lesu asalkan penampilan tetap cantik dan kemas.
* Menonton televisyen dengan melakukan sedikit regangan tangan pasti buat anda teruja. Jika mampu, lakukan lebih dari itu.
* Jika anda berbaring sambil menonton, belajarlah untuk mengangkat kaki dan lakukan pergerakan ringan. Mudah dan ringkas.
* Aktiviti mengelap perabot atau benda hiasan kecil pasti buat anda berpeluh.
* Lebih kreatif, asah minda anda dengan melakukan pelbagai hiasan atau hasil seni kreatif bersifat diy. Relaks tapi lebih fokus.