Masalah angin dalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Bila ini berlaku, anda akan merasa pedih ulu hati atau hiatus hernia. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaliran cecair berasid dari dalam perut ke bahagian esophagus.
Kejadian ini selalunya menjadi semakin teruk bila usia kandungan semakin meningkat. Pun begitu janganlah terlalu risau kerana ia tidaklah memberikan kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan.
5 Tip Elak Angin Dalam Perut
1. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cuba mengelakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
2. Elak ambil makanan terutamanya makanan yang digoreng atau yang mengandungi herba.
3. Elakkan ambil makanan pedas.
4. Elakkan sama sekali makanan yang diketahui tidak sesuai untuk tubuh anda terutama makanan yang bersifat angin seperti kangkung, kacang panjang, petai,
kacang hijau, pulut dan sebagainya. Hindarkan.
Ads
5. Selain itu, jangan pula membongkok atau terus sahaja baring selepas makan. Ruang perut yang sempit membuatkan semakin sukar dan lambat pergerakan
makanan. Jadi sebagai wanita hamil, janganlah terus berbaring. Duduk dan berehat secara santai adalah jalan terbaik untuk anda.
Sekiranya masalah ini berlaku pada waktu malam, ambil segelas air sebelum tidur. Dinasihatkan sebaik-baiknya tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda (contohnya dengan meletakkan bantal lain di bahagian belakang).
Langkah terakhir adalah dengan mengambil antasid yang boleh diperolehi dari farmasi. Ia selamat digunakan untuk wanita yang mengandung. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan kerana ia akan memberi kesan pada kehidupan anda. Jalani tempoh mengandung yang sihat, riang dan menyeronokkan.
Tip Cergas Ibu Hamil
Ads
Apabila mengandung memang badan akan merasa lesu dan kurang daya untuk melakukan banyak perkara seperti selalu. Namun ada cara yang boleh buat anda lebih rasa relaks dan seronok di rumah. Jom cuba tip sihat ini.
* Bangun pagi tarik nafas dalam-dalam sambil pejamkan mata.
* Selepas mandi persiapkan diri dengan pakaian yang cantik dan selesa. Pilih sahaja pakaian yang paling anda suka, asalkan ia buat anda gembira. Biar tubuh lesu asalkan penampilan tetap cantik dan kemas.
Ads
* Menonton televisyen dengan melakukan sedikit regangan tangan pasti buat anda teruja. Jika mampu, lakukan lebih dari itu.
* Jika anda berbaring sambil menonton, belajarlah untuk mengangkat kaki dan lakukan pergerakan ringan. Mudah dan ringkas.
* Aktiviti mengelap perabot atau benda hiasan kecil pasti buat anda berpeluh.
* Lebih kreatif, asah minda anda dengan melakukan pelbagai hiasan atau hasil seni kreatif bersifat diy. Relaks tapi lebih fokus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya, seorang wanita dengan sendirinya tahu betapa pentingnya menjaga kecantikan diri sama ada dalaman dan luaran untuk kebaikkan dirinya juga. Tidak kiralah sama ada selesa mengamalkan teknik moden mahu pun mewarisi cara tradisional daripada orang tua dulu-dulu.
Matlamatnya satu, untuk kelihatancantik, sihat dan bertenaga. Untuk itu dikongsikan petua atau resipi untuk menyediakan minuman herba yang jika diamalkan bagus untuk penjagaan sistem dalaman wanita.
Resipi ini dikongsi oleh Esah Lah Via MAHN.
“Nk cantik,nk sihat dalaman xperlu belanja mahal2x..yg penting kena ada rajin….ni la yg k.esah dok amal tiap kali lepas period utk pulihkan kembali sistem2 dalaman kita org pmpuan ni…xsusah pon guna ja apa yg ada kt dapuq tu…”
BAHAN-BAHAN:
Halia,kunyit,halba,asam keping n madu
CARA PENYEDIAAN :
Masuk air penuh periuk.
Masukkan semua bahan dan direbus sampai tinggal setengah.
Biarkan suam dan impan dalam peti ais, amal minum tiap2 malam sampai abis.
Selain itu, ada lagi perkongsian tentang penjagaan dalaman wanita yang telah kami kongsikan di sini. Apa yang pasti nak cantik kenalah ada usahanya dan jangan malas.
Pun begitu, jika mahukan 5 pilihan air rebusan yang terbaik untuk diamalkan seperti Air Asam Kunyit, Air Rebusan Serai dan yang lainnya berserta resipi, boleh dapatkan info penuh dengan KLIK di sini. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bersyukur rasanya apabila memiliki pasangan yang sehati sejiwa. Kebahagiaan semakin bertambah dengan kehadiran zuriat, pelengkap ikatan kasih sayang suami isteri.
Apatah lagi, apabila pasangan tidak pernah lupa akan hari-hari Istimewa baik hari jadi mahupun ulang tahun perkahwinan.
Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha memang cukup dikenali sebagai pasangan yang romantik dan bahagia.
Dalam perkongsian nya menerusi laman instagram, Hairul berkongsi ucapan sempena hari jadi isteri tersayang. Cukup sweet sambil mengimbau kenangan lalu.
Happy birthday to my wife, @haniszalikha Tak sangka inilah wajah isteri saya, dari zaman kawan,bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa , HAaaa ( Jibu ) 🤣 takpernah pun terfikir dapat isteri secantik ayg, tiap2 malam.
Kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dgn keluarga , salah silap kita dgn kawan2 , dgn kerjaya tak pernah jemu pandang & sembang dgn ayg , hehe.
I tau la i yg paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini n ayg setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat2 hehe
HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat utk berjaya 💪🙏🏻💪 ermmmm tak tau nak ckp apa lagi hehe rasa malu plak tulis mcm ni, tp terima kasih jadi mak kepada anak2 kita, semoga ayg panjang umur & InsyaAllah sama2 kita bawa Keluarga ke jannah dgn izin Allah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Viral muat naik video seorang doktor, Dr Hannani Murni Indah Kamarudin menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa kebimbangan apabila ramai kanak-kanak mengalami demam panas dengan suhu yang tinggi. Malah ada juga disahkan positif Influenza A.
“Sangat-sangat merisaukan keadaaan sekarang. Anak yang datang ke klinik mengalami demam suhu 39 celsius , 40 celsius dan positif Influenza A.”
Katanya lagi, situasi yang berlaku kemungkinan akibat sambutan hari raya Aidiladhan baru-baru ini.
Paling merisaukannya katanya, simpton yang dialami sekarang tidak seteruk simpton Covid-19.
“Influenza simptonya teruk betul. Demam yang tidak turun dan kering. Sangat-sangat berisiko,” jelasnya dengan penuh makna.
Katanya lagi paling menyediahkan bekalan ubat sangat gentir apabila bekalan ubat cecair sukar didapati.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.