Kekeluargaan

Elak Timbul Fitnah, Rakan Akui Irma Hasmie, Redza Sah Berpisah 6 Bulan Lepas

Share

Tanda tanya mengenai status perkahwinan pelakon Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab.

Pengacara Amin Idris berkongsi status terkini isu rumah tangga pasangan berkenaan menerusi IG miliknya.

Dia mengesahkan Irma Hasmie sudah bercerai sejak enam bulan lalu.

Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma dan Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Untuk pengetahuan. Mereka sudah sah bercerai 6 bulan lalu. Dengan persoalan sudah terjawab, saya mohon kepada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis individu dipercayai sahabat kepada Irma bernama Reen Emran.

Kenyataan itu juga menyebut, Irma dalam keadaan baik bersama anak-anaknya, selain bersyukur kehidupannya kini lebih indah dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, Irma dan anak-anak okay dan sihat sahaja. Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

“Insya-Allah, Irma akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa hari lalu Redza telah berkongsi beberapa foto perkahwinan baharunya sehingga menjadi tanda tanya ramai.

Redza juga menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita terbabit, selain mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.