
Sudah tentu ramai menyukai kereta automatik berbanding manual. Betul tak? Nampak senang mengedalikan kereta jenis ini, namun jika salah penggunannya akan menimbulkan masalah pada kenderaan anda.
Salah satunya adalah berkaitan dengan gear. Ini kerana ramai menganggap hanya dengan masuk gear, tekan minyak terus jalan tanpa memikirkan apa fungsi setiap gear yang ada.
Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box. Begitu juga ketika hendak parking kereta. Tentu ada antara kita terus masuk gear ‘P’ lepas tu tarik hand brake. Cara ini salah dan boleh memberi kesan kepada masalah gear box.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian video yang oleh pengguna TikTok @ciktiva.
Beliau memberi tunjuk ajar cara yang betul ketika parking kereta untuk mengelak gear box rosak.
Cara salah: Dari ‘D’, terus tekan ke ‘P’ cara ini boleh rosakan gear box.
Cara yang betul: Mula-mula tekan ‘N’, tarik hand brek, lepaskan break dan akhir baru tekan ‘P’.
Video ini mendapat 885 ribu tontonan dan 72.2 ribu sukaan sehingga ini.
Jadi berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda nanti!
@ciktivaJangan main krap krap handbrake je time parking, gear pon kena betul! #ativa #peroduaativa #tipskereta #fyp #foryoupage♬ HappyWeekend – Official Sound Studio
@ciktivaJangan main krap krap handbrake je time parking, gear pon kena betul! #ativa #peroduaativa #tipskereta #fyp #foryoupage♬ HappyWeekend – Official Sound Studio
Sumber: TikTok @ciktiva
Tawaran belian menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Ini Kongsi Rahsia Cantikkan 7 Bahagian Tubuh Guna Minyak Halba Homemade. Hanya Bermodalkan RM10 Jer. Wow Superb!

Nak cantik ada banyak cara, bukan hanya bergantung kepada penggunaan produk mahal semata-mata. Ada juga bahan di sekeliling anda yang boleh membantu untuk tujuan tersebut.
Tahu kan biji halba? Selalu ibu-ibu menggunakan bahan ini dalam masakan. Petua cantik kali ini dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II menerusi laman facebooknya.
Selalu orang buat minum. Bagus untuk masalah dalaman, NAMUN tahu tak halba yang di masak dengan minyak zaitun boleh cantikkan awak secara semulajadi?
Cara dia mudah saja:
1. 50G halba (di kisar lagi bagus)
2. 100ML minyak zaitun
Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit. Kacau lawan jam sambil niat baik baik. Biarkan sejuk . Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.
Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan.
Hampas tu jangan di buang. Boleh buat scrub muka atau badan. Campur dengan yogurt. Kan tak membazir namanya. Hihihi.
Okay, ada 7 kegunaan minyak ni. Kasi merecik dari atas sampai bawah.
1. Sapu di muka sambil urut muka untuk kulit lembap dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut parut pun pudar. Baik untuk kulit sensitif. Lepas urut tu tak perlu cuci. Urut muka sebelum tidur. Lepas urut terus tidur. Esok pagi jer bangun cuci muka tu.
2. Boleh campur dalam
sedikit yogurt untuk di jadikan masker muka. Biar la dalam 20 minit. Lepastu cuci dengan air biasa.
3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Awet muda gitew.
4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala mampu membantu rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang
Minyak halba penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal gatal. Paling best rambut kurang gugur.
5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut buah dada 10 minit. Bolattt elok nanti buah dada tu.
Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega3 tu) bukan minyak ikan goreng ya.
Ramuan ni boleh juga di sapu di punggong sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit kawasan punggong pun akan jadi warna sekata dan halus. In Sha Allah, akan dapat hasil yang menakjubkan jika di amalkan secara konsisten.
6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapat kan kulit lembap dan halus
7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan.
Apa apapun, penggunaan perlulah istiqamah baru dapat hasil yang best best.
Kos bahan pun murah jer
1. Halba 50 GRAM RM0.50
2. Minyak zaitun 100ML RM9.50 (ikut brand)
Modal RM10 tapi boleh pakai untuk pelbagai. Sangat sangat berbaloi lah. Tak rugi pun cuba.
Selamat mencuba semua❤️
Halba tu kalau nak buat serbuk, panggang halba sampai kering baru kisar.
“Akak Dah Tak Penting Lagi.” Isteri Redha Suami Balik Rumah Terus Gomol 3 Bulus

Bagi pencinta haiwan, tentu anda tahu bagaimana rasanya apabila membela haiwan peliharaan.
Perasaannya sama seperti menjaga anak. Malah kadang-kala perhatian untuk haiwan belaan lebih tinggi berbanding isteri kerana sifat mereka yang manja dan seperti memahami.
Bagi seorang wanita bernama Zafirah Zainoddin yang kerap memuat naik video mengenai haiwan peliharaannya bersama suami tercinta. Dia yang mempunyai 4 ekor kucing iaitu Army, Navy, Airforce dan Marine namun umur Navy tidak panjang apabila mati kerana virus Feline Infectious Peritonotis.
Kesemua nama kucingnya yang mempunyai kaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah disebabkan suaminya, Faizul Rashid bertugas sebagai seorang anggota tentera.
Menurut Zafirah, walaupun ramai yang menganggap suami yang bekerja sebagai tentera ini mestilah seorang yang garang, tegas dan serius namun tidak bagi suaminya. Suaminya seorang pencinta kucing. Malah sifat penyayangnya itu menjadikan kucing-kucing ini amat manja dengannya sehingga kini dia jatuh di ranking nombor 2.
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
“Kalau ‘abah’ (panggilan untuk suaminya) nak pergi kerja, kena cium, timang-timang dulu.”
Hubungan akrab Army dan suaminya juga membuatkan kucing kesayangan mereka itu sering mencari ‘abahnya’ setiap kali Faizal keluar bertugas.
“Malam-malam nak abah, tidur pun atas dada abah, lepas tu kuat mengadu.”
“Kalau abah dia duty dia cari, dia keluar masuk bilik.. Macam la saya sorok abah dia.”
Bagi Zafirah, kehadiran 3 bulus ini merupakan kurniaan paling istimewa buat dia dan suami memandangkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.
“Siang dia akan cari mama sebab nak suruh buang tahi, minta makan sebab memang saya la yang bersihkan tempat makan dan berak mereka,” seloroh Zafirah.
“Kalau akak sedih ke, abah dia marah akak ke, Army akan datang dekat akak teman akak seharian. Sama macam arwah Navy.”
“Dia adalah kurniaan yang teristimewa buat akak dan suami walaupun hanya stray cat. Ramai yang tak percaya masa akak jumpa dia dulu berkurap, kutu dan kurus kering.”
Bercerita mengenai 3 bulus ini lagi, tambah Zafirah..
“Sebelum pergi kerja memang semua akan tunggu depan pintu. Abah kena ambil seekor-seekor dan cium, timang-timang. Kalau abah balik memang tunggu depan pintu. Sampai abah masuk bilik pun, Army masing mengekor minta perhatian.”
Menurut Zafirah, sejak dia memuatnaik video anak-anak bulusnya secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang ingin berjumpa serta ada yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk membeli Army.
Namun jelas Zafirah, dia sama sekali tidak akan menjual kucing-kucingnya itu.
“Ada yang tawarkan RM3000 untuk membeli Army tapi memang tak la. Bagi berpuluh ribu pun saya tidak akan jual.”
“Berapa kali orang mesej akak nak jumpa Army sampai sanggup beli karpet-karpet yang saya jual semata nak jumpa Army.
@dcs451video lama army ..page berani bangk*t media share..kemain yg komen² pun..tp xpelah…army pun dg xde …biar la dorang gelak..sbb dorang x rasa kehilangan yg tersayang…anak mama ni baik² je skng ☺️
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cukup Hanya Redakan Kepenatan Dengan Air Mata, Fahami Hati Isteri, Catatan Ikhlas Dari Seorang Suami!

Hati seorang isteri dan suami sememangnya tidak sama. Kalau suami lebih cool, berbeza pula dengan isteri. Hati seorang isteri sememangnya perlukan sokongan kuat dibelakangnya.
Tak perlu suami untuk bertazkirah bagai setiap hari tetapi cukup hanya mendengar luahan atau memberi isteri ruang untuk melepaskan kepenatannya. Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.
Bukan isteri nak berlebih-lebih atau mengada-ngada, tetapi kalau suami fahami kepenatan isteri pun sudah cukup memadai. Tulisan ikhlas Dr Syahr Musafir ni suami-suami wajar baca.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.
Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?”
Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.
“Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.”
Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.
Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata. Itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
Kredit: Syahr Musafir