
Sudah tentu ramai menyukai kereta automatik berbanding manual. Betul tak? Nampak senang mengedalikan kereta jenis ini, namun jika salah penggunannya akan menimbulkan masalah pada kenderaan anda.
Salah satunya adalah berkaitan dengan gear. Ini kerana ramai menganggap hanya dengan masuk gear, tekan minyak terus jalan tanpa memikirkan apa fungsi setiap gear yang ada.
Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box. Begitu juga ketika hendak parking kereta. Tentu ada antara kita terus masuk gear ‘P’ lepas tu tarik hand brake. Cara ini salah dan boleh memberi kesan kepada masalah gear box.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian video yang oleh pengguna TikTok @ciktiva.
Beliau memberi tunjuk ajar cara yang betul ketika parking kereta untuk mengelak gear box rosak.
Cara salah: Dari ‘D’, terus tekan ke ‘P’ cara ini boleh rosakan gear box.
Cara yang betul: Mula-mula tekan ‘N’, tarik hand brek, lepaskan break dan akhir baru tekan ‘P’.
Video ini mendapat 885 ribu tontonan dan 72.2 ribu sukaan sehingga ini.
Jadi berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda nanti!
Sumber: TikTok @ciktiva
Tawaran belian menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mudahnya Buat Tauhu Homemade, Guna Cuka Dan Kacang Soya Sahaja. Wow, Cukup Berbaloi!

Biasanya bila teringin makan tauhu, kita akan membelinya tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah
Malah, jika ibu-ibu buat sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, banyak yang anda boleh dapat tauhu.
Bulan ramadan ini, tak salah jika berkongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
1. Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Kredit resipi & gambar:Mimi Ly
“Awak Mungkin Bukan Isteri Yang Terbaik Di Dunia. Namun Awak Adalah Isteri Terbaik Buat Saya.” Tersentuh Hati Baca Luahan Lelaki Ini!

Di dalam sesebuah rumah tangga, suami dan isteri memainkan peranan masing-masing. Memang tidak dinafikan, tanggungjawab suami lebih berat daripada isteri. Keluar mencari nafkah di luar, manakala isteri duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga.
Tapi, jangan sesekali kita ingat tugas seorang suri rumah tangga ini senang. Apabila anda bergelar suri rumah, baru anda tahu bagaimana hidup ini boleh berubah 360 darjah! Itu belum bab isteri bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga.
Dalam memahami dan prihatin terhadap pasangan, saudara Mohd Fadli Salleh berkongsi pengorbanan isterinya.
Ramai orang puji aku kuat, tabah, kental dan sebagainya. Sebenarnya kalian silap.
Yang paling kuat, tabah dan kental itu sebenarnya puan isteri aku. Sangat penyabar, tersenyum dan menenangkan bila aku pandang wajahnya.
Segala kekusutan hilang, segala penat lelah terbang begitu sahaja saat menatap matanya. Begitu tabah dan sabar dia menemani saat susah dan getir bersama aku.
Betapa dia sungguh kuat untuk terus tersenyum dan melayan segala macam karenah aku. Betapa kental dan tenangnya dia mengurus anak-anak saat aku berjuang diluar sana.
Ke mana aku pergi, dengan siapa aku keluar tidak penah dia bertanya. Dia menaruh 100% kepercayaan pada aku tanpa sedikit ragu.
Telefon aku tidak pernah dia buka untuk check mesej, wasap dan sebagainya. Tidak pernah dia meragui walau sekali.
Aku ini banyak yang cacat dan cela. Tanpa mengeluh dia terima semuanya.
Perkahwinan kami adalah aturan keluarga. Tidak pernah keluar dating, tidak pernah bercinta sebelum akad yang sah dilafazkan.
Jumpa hanya dua kali. Pertama saat dia dan keluarga bertamu ke rumah aku untuk melawat kakak aku. Puan isteri dan kakak aku dulu mengajar sekolah yang sama.
Dari situ kami diperkenalkan oleh keluarga. Ma dan abah setuju, aku menurut sahaja.
Kali kedua bertemu ditemani kakaknya dan abang ipar aku. Ke Nilai mencari barang perkahwinan.
Dan pertemuan ketiga hanya untuk melafazkan akad yang menghalal dia untuk aku.
Dari saat itu, dia menjadi isteri yang setia. Dari situ, kami mulakan kisah cinta kami. Dari situ kasih dan sayang sentiasa bertambah dari hari ke hari.
Dan dari situ aku akui, dia jauh lebih kuat, tabah, tenang, kental dan sabar melebihi aku.
Besar pengorbanannya mempunyai suami seperti aku. Yang mana kehidupan aku sibuk sentiasa.
Yang kadangkala hanya pulang saat dia sudah memejamkan mata dalam lena.
Terima kasih puan Azura Abdullah Sabawi.
Awak mungkin bukan isteri yang terbaik di dunia. Namun awak adalah isteri terbaik buat saya.
#MFS
– Hargai pengorbanan isteri –
Step By Step Cuci Lantai Kotor Hingga Bersih Berkilau. Guna Dua Bahan Je, Mudah & Menjimatkan!

Sakit mata lihat lantai dapur kotor , walaupun puas mencuci tapi tak hilang . Apa kata cuba petua yang dikongsikan ini. Dengan menggunakan dua bahan je cukup mudah dan menjimatkan.
Jom lihat perkongsian dari Naquia Esir. Selamat mencuba!
Quia share sikit pasal cara nak memurnikan kembali lantai yang dah tercemar ye. Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.
Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem orait Ikut kekuatan kewangan masing-masing.
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.
Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai.
Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.
Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles
1ST STEP : Basahkan lantai
2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti.
3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti.
4RD STEP : Bilas dengan air
5TH STEP : Sental dengan sabun pula
Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP!
Kebaikan yang u dapat, pengeluaran peluh yang banyak ye. Ikutlah keluasan rumah masing-masing mana
Kerja ni sepenuhnya dibuat oleh Quia ye. Ditemani oleh Wafiq, 2y10m. Sebab nak tunggu suami sokmo kerja je dia. So, ianya boleh sangat dilakukan oleh seorang ibu + ada anak. Anak tu pancinglah buat aktiviti ke, tengok kartun ke ok Jangan bagi duduk dekat dengan ibu yang tengah mengerah keringat.
Sharelah andai post ini dapat memberi ilmu dan manfaat pada orang ramai
Instagram : www.instagram.com/terangi.casa