Bahaya datang tanpa kita jangka. Adakalanya walaupun di dalam kawalan kita sendiri, anak-anak mudah terdedah kepada bahaya. Jadi mak ayah kenalah sentiasa awas dengan mana-mana perkara yang boleh mendatangkan bahaya pada anak.
Suis utama rumah walaupun kedudukannya tinggi dan jauh daripada anak-anak, ada perkara yang harus anda periksa dan perhatikan demi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.
Suis utama ini jika rosak boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas dan seterusnya risiko kepada kebakaran dalam rumah ini. Suami kenalah periksa selalu ya.
Ini cara yang boleh dilakukan di rumah. Tip yang dikongsikan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit ini kita kena ikuti supaya tak menyesal di kemudian hari. Suami wajib buat ya!
Periksa ELCB
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas, ELCB yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula ke atas tu), benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada di rumah memeriksa sebulan
sekali.
Caranya ialah dengan menekan butang ‘push to trip’ di sebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dalam keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, maka
cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
Rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan. Jangan bimbang, just tolak semula ke ke atas dan bekalan elektrik anda akan
kembali kepada sediakala.
3 Langkah Mudah
1. Tekan butang ‘push to trip’.
2. Jika butang ‘push to trip’ jatuh semasa ditekan, bermakna ELCB dalam keadaan baik.
3. Jika tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh, cepatlah tukar pada baru.
ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker
Sumber : FAFIQ Electrical Service & Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit