Elak Sentiasa Lihat Angka Di Bank, Simpan Emas Lebih Berbaloi Dari Wang. Ini 10 Keistimewaannya!

Share

Lain orang lain caranya menyimpan duit. Ada yang jenis pelaburan, ada yang simpan dalam bank sahaja dan ada yang ubah kepada emas.

Tetapi, antara banyak-banyak jenis simpanan, yang mana yang paling berkesan? Nak tahu, jom ikuti perkongsian dari superdad, Khairul Abdullah ni!

Kenapa perlu simpan emas dan bukannya wang?

Nah, 10 keistimewaan emas berbanding duit kertas ialah:

1. Nilai emas untuk jangka panjang terjamin berbanding nilai duit kertas yang saban tahun semakin jatuh nilainya. Nilai duit kertas RM1000 hari ini tak akan mampu membeli barangan yang sama pada 10 tahun akan datang. Sementara emas pula terbukti dapat mengekalkan nilainya semenjak lebih 1400 tahun dahulu.

2. Emas sebagai “forgotten saving”. Simpanan untuk dilupakan. Emosi kita pada duit ialah selagi kita nampak nombor-nombor di akaun bank, selagi itulah kita akan teringat-ingat untuk berbelanja kepada perkara yang bukan keperluan. Tetapi ini tidak berlaku apabila kita menyimpan emas.

3. Emas sebagai dana kecemasan. 75% rakyat Malaysia pada tahun 2020 tidak mampu menyimpan walau RM1000 pun. Dengan simpanan emas kita lebih mudah menyimpan nilai emas sebanyak sekurang-kurngnya 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.

4. Emas sebagai pelaburan jangka panjang. Menurut Tuan Azizi Ali iaitu mentor kewangan Malaysia, sepanjang 20 tahun yang lepas emas telah memberikan pulangan keuntungan sebanyak 600%. Lebih lama kita simpan lebih banyak keuntungan yang boleh diperolehi.

5. Emas sebagai ‘back up’ belanja hangus. Sebagai contoh, smart phone tiba² rosak dan kita perlukan yang baru, kita boleh pajakkan emas untuk mengambil tunai dan beli yang baru dan kemudiannya tebus semula emas tersebut bila tiba masanya. Smart phone baru dapat, emas pun masih ada.

6. Emas sebagai modal pusingan bisnes. Tidak perlu untuk membuat pinjaman bank sebaliknya boleh dapatkan pinjaman di ArRahnu dengan mudah dan menebusnya semula secepat mungkin setelah mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut.

7. Emas senang ditukar kepada tunai. Emas mudah dijual dimana-mana bahkan diluar negara sekali pun.

8. Kekayaan di tangan kita. Selagi emas berada ditangan kita, apa-apa yang berlaku sebagai contoh pergolakan politik atau peperangan, emas boleh menjadi penyelamat. Sejarah pelarian Vietnam semasa peperangan dulu yang sehelai sepinggang tetapi mempunyai emas, dapat memulakan kehidupan baru dinegara lain.

9. Emas aset mudah alih. 1 kilo emas yang berharga lebih kurang RM262,000 pada hari ini mampu kita simpan dan bawa dengan mudah di dalam bag galas sahaja. Rumah, tanah? Bahkan jika nak jual sekalipun, ianya sangat mudah berbanding rumah yang perlukan masa yang lebih lama. Itupun jika dah ada pembeli.

10. Emas aset fizikal mampu milik. Pada hari ini, dengan hanya RM100 kita dah boleh memiliki emas. Sebaliknya aset tanah atau rumah perlukan modal yang besar kerana tak boleh dibeli mengikut kaki persegi.

Begitulah antara keistimewaan emas yang patut kita pertimbangkan sebagai simpanan kekayaan pada masa hadapan. Ramai orang yang gagal menyimpan wang tetapi berjaya dengan simpanan emas.

Menyimpan di dalam bentuk duit kertas samada di Bank, Tabung Haji, ASB ataupun lain lain memang mudah bocor. Maklumlah boleh pergi korek selalu kan.

Cuba semak semula berapa lama duit simpanan kita boleh bertahan sehingga akhirnya dikeluarkan semula? Jika kita tidak mampu mengekalkan simpanan dimasa sekarang, bersedialah untuk menghadapi kepayahan dimasa akan datang.

Daripada menyimpan dalam bentuk duit yang selalunya berakhir dengan simpan sikit sikit lama lama masih sikit, kenapa tidak ubah cara kita kepada simpanan emas fizikal?

Menyimpan dan mengekalkan simpanan bukan persoalan pendapatan besar atau kecil tetapi persoalan membentuk tabiat dan disiplin.

Emas mempunyai auranya yang tersendiri yang akan membuatkan kita sentiasa ingin menambah simpanan emas. Bermula serendah RM100, kini semua orang mampu menyimpan dalam bentuk emas tanpa rasa emosi untuk berbelanja boros lagi. Duit selamat emas pun dapat.

Bagaimanapun harus diingat, untuk memaksimakan keuntungan, emas yang patut disimpan ialah emas 999.9 dan bukannya emas perhiasan atau barang kemas 916.

Masa terbaik menyimpan emas ialah 10 tahun dahulu atau sekarang okeh. Yer sekarang. Jom alihkan sebahagian pendapatan bulanan anda kedalam bentuk aset emas hari ini.

Sumber : Khairul Abdullah