Bila sudah ada tanda-tanda badan kurang sihat, biasanya mulalah hidung berair, tekak terasa perit dan kalau dibiarkan bimbang demam pula jadinya.
Tidak mahu menanggung sakit yang berlarutan, selain mendapatkan rawatan daripada doktor apa kata cuba amalkan apa yang dikongsikan oleh Azizah Che’ Meh ini.
Jom semak.
Rasanya hari terakhir saya makan ubat klinik sebab demam atau selsema tahun 2012.
Sejak amalkan berbekam dan mengikut petua ini, memang cepat hilang selsema saya. Selalunya sebelum demam, saya akan selsema dulu. Jika saya biarkan, saya akan bersin pula, sakit tekak, batuk dan demam akhirnya.
Sejak tahu petua ini, bila mula saja selsema, saya terus bancuh air azimat ini. Sebab ia seperti membantutkan penyakit yang baru nak jadi.
Bermula 9pm saya bersin dan selsema, 9.15pm saya bancuh dan minum. Dalam 10.30pm berhenti semua penyakit. Esoknya sihat seperti sediakala. Alhamdulillah
Bimbang dengan keadan berat badan yang bertambah dan sekali gus menyebabkan perut terlihat buncit, tentu ada juga antaranya meluahkan rasa kepada En suami. Tapi adalah lebih baik jika anda ambil langkah ini. Amalkan minuman herba dan dapat lihat kesannya.
Memandangkan ramai juga yang telah amalkan dan berjaya, dan resipinya telah dikongsikan oleh Fyra Tasya II di akaun Fbnya. Jom semak pekkongsian tersebut.
Ramai sangat mengadu macam mana nak kempiskan perut yang macam pregnant. Macam mana nak turunkan berat badan dah tak larat nak bawak lemak-lemak dalam badan ni.
Ni fyra share petua paling mudah. Guna bahan-bahan yang ada dekat dapur jerr. Yang penting tidak membahayakan kesihatan. Selamat sangat petua ni.
Hanya perlu minum 2 kali sehari. Pagi sekali dan malam sekali. Amalkan setiap hari tau. Jangan sekali minum jerr. Kalau sekali minum jer macam mana nak menjadi. Nak berat turun dengan pantas , perut kempis, dan kulit cantekk ?
DAN TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MUDAH
Bahan-bahan yang diperlukan
Serai Halia *Asam keping Kulit kayu manis Bunga cengkih Air
* tambahan sendiri. Ikut kita nak letak banyak mana. Nak lagi sedap boleh tambah madu dengan lemon.
sumber : Fyra Tasya II
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selama ini mungkin ada yang anggap mudah untuk membersihkan botol minuman kerana botol tersebut hanya diisi air mineral saja. Namun, kekerapan menggunakan botol minuman boleh menimbulkan bau busuk.
Malah, bahagian dalamnya terutama di celah-celah mula kelihatan berselaput dengan daki dan kotoran. Justeru, ia perlu dibersihkan setiap hari atau dua hari sekali dengan cara yang betul.
Berikut adalah cara membersihkan botol minuman yang disarankan:
1. Gunakan Air Suam dan Sabun
Keluarkan cairan dari dalam botol, kemudian masukkan air hangat yang sudah dicampur dengan beberapa titis sabun.
Tutup botol, lalu goncang selama beberapa minit. Gunakan juga berus botol untuk membersihkan bahagian dalam, terutama jika botol memiliki leher yang sempit.
Selanjutnya, bilas sampai bersih lalu biarkan semalam hingga benar-benar kering
2. Gunakan Cuka
Cuka adalah pembersih semula jadi yang baik untuk membunuh beberapa jenis kuman dan bakteria. Caranya adalah dengan membersihkan botol terlebih dahulu dengan air panas dan sabun seperti tip yang pertama.
Setelahnya, masukkan cairan cuka putih dalam botol, campurkan dengan air sejuk. Biarkan selama satu malam, lalu bersihkan keesokan harinya.
3. Gunakan Serbuk Penaik
Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.
Setelah itu, buang air di dalam bekas minuman dan isikan dengan 1/3 cawan beras dan 1/3 cawan baking soda.
Beras sangat efektif untuk menyingkirkan daki yang kering pada permukaan botol minuman manakala baking soda digunakan untuk membasmi bau botol yang kurang menyenangkan.
Kemudiannya isikan sedikit dengan pencuci pinggan mangkuk dan air panas separuh. Tutup botol minuman dengan penutupnya dan goncangkan.
Setelah menggoncang botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara kesan baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.
Bilas dengan air yang bersih. Keringkan sepenuhnya di atas rak pinggan secara terbalik. Akhir sekali, bilas sekali lagi sebelum ingin digunakan.
4. Gunakan Cairan Bleaching Yang Tidak Terlalu Pekat
Cairan bleaching juga boleh digunakan untuk membersihkan botol, namun sebaiknya gunakan cairan yang lemah dan tidak terlalu pekat. Cairan bleaching bahkan boleh digunakan untuk membersihkan mainan bayi dari kuman dan bakteria. Caranya, gunakan satu sendok makan bleaching kemudian campurkan dengan air. Masukkan cairan tersebut dalam botol, lalu biarkankan selama dua minit. Bersihkan dan biarkan hingga kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ada antara kita sudah pernah mendengar tentang petua mengawal dan merawat kencing manis boleh di atasi dengan mengamalkan makan bandi.
Pun begitu, bagaimana cara sebenar dan terbaik mengamalkan bandi ini untuk pasti semua khasiat bandi dapat diserap dan berkesan untuk mengawal kencing manis ini?
Ini dijelaskan oleh Saintis Dr Suri Roowi.
CARA MAKAN BENDI
Caranya ialah biji bendi dikeringkan dahulu, direndam air panas dan diminum.
Sebaiknya diambil bersama bendi yang distimkan. Ini kerana fiber akan bantu pecahkan khasiat procyanidin dalam biji.
Procyanidin adalah bahan antidiabetis
Jika tidak sesuai (kembung perut), asingkan bijinya setelah distimkan. Makan bendi tanpa makan bijinya.
Bendi juga tinggi oxalate, tetapi oxalate dalam bendi kurang diserap dalam darah.Walaubagaimana pun pesakit buah pinggang dan gout perlu berhati-hati, makan ikut kadarnya.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.