Elak Salinan Kad Pengenalan Salah Guna, JPN Beri Nasihat, Take Note Semua!

Share

Pernah tak ada yang minta salinan kad pengenalan atau IC untuk kegunaan urusan tertentu.

Ia merupakan dokumen penting perlu dijaga untuk disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dalam aktiviti jenayah.

Selalunya kita akan memberi salinan IC tanpa tanda pada salinan berkenaan.

Hakikatnya cara ini salah dan bahaya jika ada penipuan.

IC  kad yang telah di fotostat perlu dijaga atas faktor keselamatan serta disalahguna.

Sehubungan itu, baru-baru ini menerusi Jabatan Pendaftaran Negara telah memberi nasihat kepada orang awam agar berhati-hati mengenai tindakan berkenaan.

Dalam pada itu, turut memberi panduan cara yang betul apabila ada pihak yang meminta salinan IC.

Jadi caranya adalah dengan  membuat palang dua garisan lurus pada dokumen tersebut dan tulis tujuan atau urusan apa pada dokumen berkenaan.

 

 

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara