
Kekangan masa dengan pelbagai tugasan rumah dan anak-anak buat kita tidak sempat untuk melakukan pembersihan dalam peti ais. Terbiar lama tanpa di cuci
dengan kerap buat peti ais kita bertambah baunya.
Di tambah pula dengan menyimpan pelbagai jenis makanan dan bahan memasak yang meninggalkan bermacam-macam bau kurang enak. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Nak kurangkan bau yang tidak enak dalam peti ais? Lima bahan ini pasti membantu.
1. Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam
bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di
kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5. Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
“Anak Syurga Dunia Saya” Izara Aishah Perlahankan Lakonan Demi Anak Tersayang

Bertukar status menjadi ibu boleh mengubah seseorang wanita yang sebelum ini menjadikan kerjayanya sebagai keutamaan kini lebih memberi tumpuan utama kepada anak dan keluarga.
Sememangnya kehadiran seorang anak dalam kehidupan wanita boleh mengubah 360 darjah keutamaan dirinya walaupun sebelum ini dia pernah bergelar orang terkenal.
Begitulah yang dialami oleh pelakon jelita Izara Aishah sejak bergelar ibu dua tahun lalu. Melahirkan cahaya mata pertama, Irisa Alaia pada 15 April 2020 benar-benar telah mengubah keutamaan pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini.

Jika sebelum ini Izara yang sememangnya terkenal sebagai pelakon hebat dalam apa jua peranan yang dipegangnya dalam drama mahu pun filem, kini tumpuan utamanya beralih kepada buah hati tersayang.
Melahirkan anak sulung pada zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat pandemik Covid-19 membuatkan Izara puas menghabiskan masa mengurus dan membesarkan anaknya sendiri.

Bonding yang terikat antara kedua beranak ini membuatkan menantu tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza memperlahankan kerjaya seninya kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.
Keutamaannya sekarang adalah keluarga
Kehadiran Irisa benar-benar membuatkan Izara sukar untuk berpisah dengan cinta hatinya itu.
“She’s my heaven on earth”. Begitulah kapsyen Izara pada satu posting gambar dia dan anaknya dalam laman Instagramnya.
Itulah gambaran kasih sayang yang tiada tolok bandingannya dari seorang ibu kepada anak tersayang.
Bahkan menurut Izara kalau ada penggambaran pun paling lewat dia kena pulang sebelum pukul 12 tengah malam.

Izara bersykur kerana setakat ini pihak produksi sangat memahami permintaannya malah Izara sentiasa berusaha mengatur jadual agar karier, perniagaan dan keluarga seimbang.
Bagaimanapun buat masa ini Izara belum boleh memberi tumpuan penuh kepada perniagaan kerana sibuk menguruskan anak sendiri.
Pelakon yang kini tampil dengan imej berhijab banyak melunaskan komitmen sebagai jurucakap atau wajah untuk beberapa produk fesyen tempatan.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar
Hargai Insan Bernama Suami. Mereka Pelengkap Hidup Wanita. Siapa Pun Mereka Terima Seadanya, Ini Lubuk Pahala Kita Setiap Masa

Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.

Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..
Rupanya Ada 9 Cara Tanam Daun Sup Nak Jadi ‘Giant’ & Subur!

Siapa tidak suka jika sayur yang ditanam gemok merimbun kan? Nak hasilkan pokok sayur yang sebegini jika tahu teknik dan cara penjagaannya memang tidak mustahil.
Melalui perkongsian Cikgu Kebun yang viral ini, beliau berkongsi di facebook cara nak hasilkan pokok daun sup giant. Jom kita ikuti langkah demi langkah teknik Cikgu Kebun ini.
Ini antara tips dari CK yang hangpa boleh cuba semai daun sup dari biji benih supaya berjaya tanam.
Tips tanam pokok Daun Sup dari biji benih ni mudah sahaja.
Ramai orang gagal tanam pokok daun sup tapi pokok ni ramai orang suka sebenarnya.
CK juga ada kongsikan tips mudah secara LIVE bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last2 kita kecewa..
Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti ..hehe
Ada 9 teknik mudah yang hangpa boleh cuba dengan step yang CK nak ajar ini.
- Pemilihan jenama biji benih, selalunya CK akan guna brand yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
- Teknik Semaian biji benih, CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semai yang CK guna adalah Peatmoss
- Lokasi semai dan tanam, ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
- Kadar siraman air, semasa semai kita kena pastikan media semai sentiasa lembab dan bila tumbuh kekalkan sehari 2 kali siram
- Penjarangan anak pokok, cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi giant, hangpa pastikan sepasu hanya sepokok sahaja hangpa tanam.
- Pemilihan baja CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Hangpa tabur baja serbuk 2 minggu sekali seronok baja ni sebab dia bau wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
- Kawalan Serangga dan Kulat, selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok kita bagi menjaga pokok sup tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control dibuat seminggu sekali.
- Medium tanaman untuk pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran Tanah Merah, Sabut kelapa, Sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk di gaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
- Pencahayaan pokok jenis daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya hangpa letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau ditepi kawasan rumah hangpa yang cahaya cerah sahaja
Insya allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau hangpa nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak “give up”, Insya allah hangpa boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.
Moga perkongsian dari saudara Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun dapat membantu mereka yang berminat bercucuk tanam dan berkebun. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club