Elak Membebel, Tapi Jaga Akhlak. Ini Cara Wanita Ini Jadikan Suaminya Kini Jauh Lebih Baik Dari Sebelumnya!

Share

Sebagai wanita yang telah berkahwin, kita sering meletakkan dan berharap suami dapat membahagiakan kita hingga ke hujung nyawa. Umumnya, kita mahu suami adalah insan terbaik untuk kita, namun jika ada kekurangannya sering juga menyebabkan rasa kecewa dan lebih teruk menjadi punca kemarahan dan sekali gus menghilangkan kemanisan dan kebahagiaan berumah tangga.

Untuk itu, apa yang harus kita lakukan sebagai isteri agar bahagia yang kita impikan dapat dirasai hingga hujung nyawa bersama pasangan. Untuk itu, ikuti perkongsian Ummu Izz yang diharapkan dapat membantu ramai isteri untuk menjadi terbaik dan sekali gus memiliki suami terbaik.


Dulu saya selalu berharap bahagia dari suami, bila harapan diletakkan pada makhluk, maka saya banyak kecewa, marah dan sedih bila suami tak capai standard/piawaian yang diharapkan.

Dalam banyak perkara, saya nak suami ubah jadi begitu begini, jangan buat begitu begini, jenuh hari-hari saya membebel, marah, sindir suami dan sebagainya, dengan harapan suami akan berubah.

Dalam masa yang sama, saya tak rasa saya salah, sebab semua saya ajar suami yang baik-baik, membebel suruh jadi baik, suruh jadi soleh, suruh pimpin anak isteri dan sebagainya perkara yang baik-baik.

Dimana salahnya saya?

Rupa-rupanya salah saya pada AKHLAK. Allah tidak pandang siapa betul siapa salah, tapi kita sering tertipu dengan “aku betul, kau salah”.

Jika “siapa betul siapa salah” jadi ukuran, sudah tentu Nabi saw tak pernah mengaku salah dengan isteri Baginda, yang ketika itu memang Baginda tidak bersalah, tapi tetap juga Baginda mengaku salah.

Itulah akhlak yang mulia.

Akhlak saya tidak baik, membebel sikap yang tidak baik, marah-marah adalah sifat syaitan, bagaimana saya ingin menyeru hati manusia menjadi baik, sedangkan akhlak saya sendiri tidak baik?

Saya menyuruh kebaikan, pada masa yang sama saya suburkan kebencian dalam hati suami dan anak. Sebab itulah bebelan, herdikan, tengkingan, tidak akan jadi “asbab hidayah” untuk orang sekeliling berubah.

Membebel, memarahi secara menengking, mengherdik, ia bukan kaedah mendidik, sebaliknya ekspresi kemarahan yang dilepaskan oleh nafsu mazmumah dalam diri.

Kaedah mendidik manusia, tidak dapat tidak adalah kaedah Nabi yang tersusun cantik dalam sunnah Baginda saw.

Akhlak must comes first.

Jika tiada akhlak, bahkan membebel meleteri 24 jam non-stop sekalipun, tiada hati yang terpikat untuk berubah menjadi lebih baik.

Perkara yang baik perlu diajak dengan kebaikan, bukan dipaksa dengan kebencian dan hati yang panas membara. Tiada jiwa manusia yang tenang saat sedang membebel.

Dimarahi, dileteri, ditengking, dihina, diherdik, tak ada jiwa manusia yang suka perkara begini, tapi semua membenci. Asbab itulah Baginda tidak mendidik dengan kaedah yang dibenci oleh fitrah manusia ini, kerana ia menjauhkan dan merosakkan hati-hati yang baik.

Di satu ketika apabila saya muhasabah diri, saya “pejam mata” akan kekurangan suami, saya mula bicara dengan Allah kembali, saya letakkan harapan pada Dia Yang Satu, saya ubah diri sendiri tanpa pedulikan ingin mengubah suami atau orang sekeliling.

Hebatnya Allah Ta’ala, bila saya fokus ubah diri sendiri, Allah tak semena-mena mengubah suami saya.

Dulu saya penat lidah, penat emosi, penat mental membebel setiap hari, tapi sebaliknya keburukan yang saya dapat, bergaduh siang malam, hati tak tenang, stress, jiwa kacau, tapi once saya ubah diri saya, baiki solat, jaga solat awal waktu, baiki akhlak sendiri, baiki hubungan dengan suami, fokus didik anak, tanpa sepatah kata, Allah telah ubah dia, malah jauh lebih baik dari apa yang saya mahukan selama ini.

Beliau jaga solat berjemaah 5 waktu di masjid, makin banyak luangkan masa dengan anak-isteri, berkasih-sayang, berlumba-lumba khidmat dalam rumahtangga, tiada lagi sikap berebut malas, bersama-sama berpimpin tangan berganding bahu, lead anak buat khidmat diluar rumah, jaga amal, ikram ahli keluarga, infaq sana sini, masya Allah…

Benarlah Allah kata, “jika kamu bersyukur, maka Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, namun jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih” (QS,14:7)

Teringat pada kata-kata Ustaz Ebit, “jangan ubah pasangan kita, tapi ubah diri kita”

Akhlak Ustaz Ebit saja telah dapat tarik arwah ibu beliau meninggal dunia dalam Islam, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik ayah beliau mengenal Allah, akhlak Ustaz Ebit saja dapat tarik isteri beliau terjun dalam kerja-kerja dakwah, akhlak para daie ini bahkan telah berjaya menarik golongan LGBT, mat rempit, drug addicts, dan sebagainya ummat yang jauh dari agama.

Yang mana mereka bukan telah confirm neraka, dan kita pula bukan telah confirm syurga.

Saya yakin, tiada kejayaan melainkan dengan cara Nabi saw dan para sahabat radhiaLlahu ‘anhum, yakni orang-orang yang telah berjaya, yang dijamin syurga oleh Allah ta’ala…

Disclaimer: Post ini berkisarkan tentang akhlak dalam mendidik jiwa manusia, bukan ingin merendahkan sesiapa atau ingin memuji sesiapa, tapi digarapkan dalam bentuk pengalaman dan kisah peribadi saya sendiri.

Moga Allah ampun, moga Allah redha, tempat tuju kita semua akhirnya kembali ke sana jua.

sumber : Ummu Izz