Dari awal tahun sampai la sekarang dah bulan 11, pasang target nak kurus! Tapi….. Sampai sekarang tak nampak lagi gayanya.
Pantang nampak makanan sedap sikit, terus lupa niat asal nak kuruskan badan. Hmmmm
Yang mana simpan niat tu, jom laksanakan sekarang! Paling pun tak boleh nak mula secara drastik, ubah la ssedikit demi sedikit dengan ubah habit makan makanan sampingan yang menjadi punca berat naik ke puding chia seed yang sihat dan mudah sahaja cara penyediannya. Jom cuba!
Puding Chia seed ni saya mula belajar makan dalam 3 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh guru saya yang pakar tentang otak, DrRizal Abu Bakar.
Saya suka sebab ia alternatif kudapan sihat. Bolehlah merawat craving saya pada puding manis yang kaya gula putih dan tak berkhasiat huhu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
250 ml santan segar
1/4 cawan Chia seed
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar madu
Topping dan penyedap rasa:
Buah-buahan pilihan – mangga/ buah naga/ strawberi/ blueberry/ kiwi
Kekacang – walnut, badam (boleh letak jika suka)
1. Tuang santan di dalam bekas yang boleh ditutup.
Ads
2. Campurkan chia seed. Kacau rata. Jangan bagi berketul.
3. Masukkan esen vanilla
4. Perasakan dengan madu. Kacau bagi rata seketika selama 5-10 minit.. Lepas tu kacau semula pastikan chia seed tak berketul. Tekstur akan jadi pekat. Ok dah boleh masuk fridge. Minima sejukkan dalam 3 jam. Nak semalaman pun boleh. Tahan Insya-Allah 3-5 hari simpan dalam peti sejuk. Ini rupa selepas semalaman. Puding agak pekat lepas dikeluarkan.
Ads
5. Ambil beberapa sudu masukkan ke dalam cawan. Kalau terus senduk lepas keluar peti sejuk ginilah rupa. Hodoh sikit. Nanti dia cairlah kena air buah.
6. Selang selikan dengan buah-buahan. Buatlah berapa layer pun.
Ads
Beginilah rupa kejadian lepas dah penuhkan cawan. Meriah kan?
Hah boleh dah makan. Koreklah chia seed yang tersorok kat bawah tu. Kang buah habis chia seed tinggal
Nota newbie: Chia seed ni tak ada rasa, memang kena campur buah sebagai gandingan untuk rasa yang enak.
Kenapa kalian perlu cuba puding chia seed?
1. Tinggi fiber, protein dan kalsium. Juga tinggi zink, zat besi, fosforus dan magnesium. Tak padan dengan kecik saiznya kan?
2. Kaya lemak baik omega 3. Bayangkan hanya 2 sudu besar chia seed dapat khasiat omega 3 sama dengan 110 gram ikan salmon.
3. Bantu rasa kenyang. Chia seed apabila direndam akan mengembang 10 kali ganda saiz asal. Hah dia punya tahap serap air tu memang terbaik. Itu yang makan rasa kenyang. Bertahan lama.
4. Chia seed ejen semulajadi untuk pekatkan puding. Tak perlu dah nak guna tepung jagung ke telur ke.
5. Senang yakmat nak buat. 5 minit je nak sediakan.
6. Boleh jadikan santapan untuk sarapan atau dessert di waktu petang. Kalau untuk sarapan, buat sebelah malam, esok pagi potong buah dan hidang.
#izwahbraindiet
Kredit: Puan Izwah Saaiddutdin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meleleh air liur tengok gambar Donat Pandan Susu ni. Itu belum lagi rasa. Dengan hanya melihat gambar sahaja kita sudah membayangkan kelembutan dan kegebuan teksturnya. Rasanya pastilah lagi hebat.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Zaimah Zakaria ini memang buat kita semangat nak cuba. Malah dikongsikan ramai netizen, yang rata-rata mengagumi donatnya yang lembut dan gebu.
Tak hanya donat, rupanya wanita ini sentiasa berkongsi resipi menarik saban hari. Memang hebat.
Jom cuba resipi Donat Pandan Susu petang ni.
Donat Pandan Susu
Bahan-bahan:
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11 gm yis
10 gm bread improver
20 gm susu tepung
50 gm gula pasir
2 biji telur gred A
80 gm butter @ marjerin
160 gm air sejuk
2 sudu kecil pes pandan
Sedikit susu tepung untuk salut donat
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk mixer, kecuali air sejuk.
2. Kemudian barulah dimasukkan air sejuk, sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga jadi doh yang licin dan tak melekat di tangan.
4. Timbang setiap satu doh dengan berat 50gm.
5. Bulat-bulatkan doh dan canaikan doh.
6. Ambik penutup botol dan tekan di tengah-tengah adunan.
Boleh dikatakan sebilangan besar anak-anak kita tidak suka memilih menu berasaskan mi. Alasan mereka pastikan rasa kapur pada mi tersebut.
Rasa kapur yang ketara dalam bahan kandungan mi kuning ini memang buat terganggu suapan pertama kita. Kalau kita cari di internet, banyak perkongsian bagi menghilangkan rasa kapur ini. Namun dalam banyak-banyak petua, mana satu paling berkesan?
Petua yang kami berikan ini mudah sahaja. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN: Mi kuning Gula pasir
Caranya mudah sahaja.
1. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh bersih mi kuning dengan air mengalir.
2. Kemudian rendamkan di dalam bekas berisi air dan taburkan gula pasir di atasnya.
3. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 10 minit atau lebih.
4. Kemudian basuh bersih dan toskan airnya.
5. Masaklah seperti biasa dan hasilnya sangat membantu. Bau kapur insyaallah akan hilang.
2 Cara Lain
Rebus Mi
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Biarkan mendidih seketika dan toskan airnya.
Jangan Celur
Jangan hanya mencelurnya tetapi merebus seketika selepas di basuh bersih. Kalau hanya mencelur, bahan kapur tidak akan tertanggal dengan mudah.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah...