Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman Facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu
Cara menyediakan:
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove