Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman Facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
Ads
1 gelas susu
Cara menyediakan:
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Ads
Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun sudah mengamalkan diet yang sihat, kurang mengambil makanan manis, melakukan senaman setiap hari tetapi berat badan tetap tidak turun. Bahkan semakin bertambah. Pasti ini menambahkan lagi stres anda kan?
Penyebabnya mungkin kerana rutin pagi yang sering anda dilakukan. Ramai yang tidak tahu bahawa apa yang kita lakukan pagi hari memberi kesan besar untuk mendapat bentuk badan impian.
Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.
1. Tidur Terlalu Banyak
Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari
2. Sering Bersiap Dalam Gelap
Gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka sahaja mata terus buka langsir ok?
3. Tidak Mengemas Katil
Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.
4. Tidak Menimbang Berat Badan
Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badan setiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.
5. Makan Sarapan Terlalu Sikit
Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk memastikan rumah sentiasa bersih serba serbi, memanglah tak mudah untuk dilakukan. penat juga kadang-kadang tapi akan jadi aktiviti yang menyeronokkan apabila melihat hasilnya.
Untuk ibu-ibu yang tak suka guna bahan kimia untuk mencuci kediaman, apa kata kita bertukar kepada menggunakan bahan alami yang lebih selamat. Jom semak tip yang dikongsikan oleh saudari Fyza Shah ini.
10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon Sebelum Raya
Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.
1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk
2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat
3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.
4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang
5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.
6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.
7-Buang bau hapak
Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.
8- Buang bau hanyir
Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.
9- Cuci papan pemotong
Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging
10- Hilangkan kesan kopi
Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.
Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon mudahkan kerja kita kat dapur.
Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka
2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita
3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik merupakan pencerah semulajadi .
4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)
Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.
Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.
Fyza Shah
Suka tips DIY.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Boleh dikatakan setiap rumah tentu ada menggunakan bateri untuk alatan elektronik berfungsi dengan baik. Sama ada gunakan bateri untuk jam dinding, alat kawalan jauh, kereta mainan anak-anak dan sebagainya.
Pun begitu, menjadi kebiasaan bateri yang difikirkan sudah ‘lemau’ kurang ‘power’ tidak dibuang begitu sahaja, bahkan masih tetap disimpan dengan harapan boleh digunakan kembali. Bahkan sering juga terjadi tercampur antara bateri lama dan baru, maklumlah diletakkan di dalam satu tempat yang sama.
Bila alatan tidak dapat berfungsi atau contohnya tiba-tiba jam dinding ‘mati’ mula lah mencari bateri yang ada dan dicuba satu persatu bateri yang ada untuk lihat bateri mana yang masih elok.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara paling mudah untuk anda pastikan bateri mana satu yang ada ‘power’ antara banyak-banyak bateri yang telah disimpan itu. Caranya mudah sebagaimana perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @jason_jezi.
Hanya dengan melihat lantunan bateri yang dijatuhkan ke atas permukaan rata sudah dapat ditentukan mana satu yang ada ‘power’ atau sebaliknya. Sekelip mata sahaja usaha ini, kita sudah tahu keputusan bateri mana yang masih boleh digunakan berbanding check satu persatu yang tentunya mengambi masa yang panjang. Ikut nasib, kadang-kadang cepat ada masa lambat.
Terangnya di dalam perkongsian video tersebut, bateri yang mempunyai kuasa akan kekal pada kedudukan menegak manakala yang tidak ada power akan melantun tinggi dan kedudukannya tidak stabil.
Untuk lebih mudah faham bagi membezakan bateri yang ‘power’ atau ‘kosong’ boleh lihat video ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.