
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di facebooknya ini memang wajar kita contohi.
Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ini cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama sebab biasanya saya beli kotak kecil. Sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3 hari. Dah busuk kenalah buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim. Bajet untuk sekali pakai repack lepas tu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Kena ada tiga bahan ni. Plastik aiskrim paling penting.
Asingkan dalam plastik aiskrim kecil. Guna setiap satu plastik setiap kali nak guna.
Simpan Santan Lebih Lama
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.
2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.
3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.
Kredit: Nelisa Sofea
“Saya Bertuah, Miliki Awak Sebagai Isteri Satu Rahmat.” Sempena Anniversary Ke 18, Luahan Edika Yusof Buat Ramai Sebak!

Zaman muda, dia cukup digilai oleh anak gadis dek ketampanan wajahnya. Tidak hairanlah, kehadirannya sentiasa dinntikan peminat baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan.
Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Pelakon kacak, Edika Yusof pernah muncul di media sosial sebelum ini dan berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaru, Edika Yusof menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18 bersama isteri tercinta, Hidayah.
Meskipun terpaksa berkerusi roda setiap masa akibat komplikasi kesihatan, itu tidak memberi sebarang bebanan dan tekanan buat Edika sepanjang mereka melayari bahtera rumah tangga bersama-sama selama ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Edika memuat naik detik indah meraikan ulang tahun mereka dengan suasana romantis di samping turut menghadiahi Hidayah sebuah kek.
“Saya ialah suami yang paling bertuah sebab memiliki awak di sisi saya. Isteri seperti awak adalah rahmat. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu. Selamat hari ulang tahun isteriku sayang,” tulis Edika menerusi kapsyennya di instagram.
Hidayah dilaporkan lumpuh kerana mengalami meningtis hingga menyebabkan dirinya perlu bergantung dengan pelbagai alat rehabilitasi sebagai rawatan dan bantuan rutin seharian.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Hasil perkongsian hidup bersama, Edika dan Hidayah dikuraniakan tiga anak, iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq.
Sumber: edikayusofxx
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Teknik Kena Betul, Barulah Dapat Telur Mata Kerbau Cantik & Tak Mudah Pecah!

Nak goreng telur pun, macam-macam jenis ada. Telur dadar lah, telur mata kerbau lah, telur masak setengah lah dan macam-macam lagi. Kalau salah bagi atau tak menepati citarasa, boleh buat hilang mood tau.
Kebanyakan yang menjadi pilihan orang ramai untuk digandingkan dengan nasi lemak, makanan goreng atau makan saja dengan kicap, semestinya telur mata kerbau!
Kalau salah teknik, hasil telur kuning boleh pecah dan tidak menjadi. Malahan, terdapat pelbagai cara dan tips untuk menggoreng telur mata kerbau yang mudah didapati di hujung jari.
PALING UTAMA KUANTITI MINYAK MASAK KENA BANYAK
Namun kali ini pula, penulis ingin berkongsi cara bagaimana untuk menghasilkan telur mata kerbau seperti yang dikongsikan oleh saudara Wan Luqman di bawah. Pasti anda akan berpuas hati!
CARA GORENG TELUR MATA KERBAU YANG BERKUALITI
Telur mata kerbau ni kalau nak hasil yang puas hati, pastikan:
1. Panaskan kuali sekejap dahulu baru letak minyak. Ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali.
2. Minyak kena banyak.
3. Pastikan telur “fresh” yang bukan dah hampir nak sampai tempoh tamatnya kalau tak, kuning tu akan pecah.
4. Sebaiknya saiz C dan D.
5. Pastikan minyak banyak.
6. Jangan biarkan minyak terlalu panas sampai kuali berasap baru nak masukkan telur, nanti meletup.
7. Sama juga pastikan tiada sebarang air semasa proses meletakkan telur ke dalam kuali, nanti meletup dan merosakkan tekstur telur mata tersebut.
8. Nak pecah direct atau dalam cawan atau mangkuk kecil dahulu pun boleh.
9. Kalau suka kuningnya berwarna oren, boleh guna telur omega atau telur itik. Tapi kebanyakan telur itik bersaiz besar.
Sekian tips dari anak murid kepada mahaguru sifu telur mata kerbau. Ada orang, ada tips dan petua mereka tersendiri. Terpulang atas skill masing masing. Janji jangan pecahkan telur kuning itu.
Sumber: Facebook Wan LuQman
Belanja Tak Perlu Bawa Duit, Hanya Tap, Check & Go, Mudah Sangat Bila Guna Kad Debit!

Belanja Tak Perlu Bawa Duit, Hanya Tap, Check & Go, Mudah Sangat Bila Guna Kad Debit!
Seiring peredaran dan kemajuan teknologi, kehidupan kita kini dilihat semakin maju dan canggih. Umpamanya lihat sahaja untuk melakukan proses pembelian barangan atau pembayaran perkhidmatan, tanpa ada duit tunai di tangan sekali pun kita masih boleh lunaskan bayaran tersebut bila adanya kad debit bersama kita.
Senang cakap, adanya kemudahan menggunakan kad untuk transaksi di zaman ini adalah cukup selamat dan semudah ABC untuk dipraktikkan!
Apa Kelebihan Kad Debit Ni?
Kad Debit ini bukan sekadar kad biasa-biasa malah mempunyai faedah besar yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Ianya menjadikan transaksi boleh dilakukan dengan cepat, selamat dan mudah. Rugi pula sekiranya ada antara kita yang tidak menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak bank.
Transaksi Dengan Kad Debit
- Akses Mudah
Tanpa perlu lagi kita ke mesin ATM beratur panjang untuk mengeluarkan wang, hal ini memang cukup melecehkan. Lagi-lagi jika kita tiba-tiba ingin membeli namun tiada pula wang tunai di tangan, menjadi masalah besar pula terpaksa mencari mesin ATM.
Namun masalah ini tidak akan berlaku jika menggunakan kad debit, ini kerana kad debit tersebut dapat akses terus ke akaun bank dan pembayaran boleh dilakukan serta merta.
2. Pembayaran Lebih Cepat
Pembayaran lebih cepat di sini bermaksud masa untuk menunggu proses pembayaran di kaunter lebih pendek dan pengalaman pembelian yang lebih lancar. Dalam erti kata lain, bila kita bawa kad debit ketika membayar di kaunter kita tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mengira wang yang perlu dibayar kepada juruwang. ‘Tap’ sahaja kad dan selesai urusan pembayaran, mudah bukan?
3. Pin Keselamatan
Bukan itu sahaja, dengan penggunaan kad debit ini ianya lebih selamat untuk di bawa ke mana-mana. Ini kerana setiap transaksi yang melebihi RM250 ke atas memerlukan PIN, sekali gus dapat membantu mengurangkan kerugian anda sekiranya kad debit hilang atau dicuri.
4. Kurang Risiko
Bila ke mana-mana tidak lagi perlu risau kehilangan wang yang berkepuk-kepuk di dalam dompet. Bawa sahaja sekeping kad debit, jiwa pun tenang. Nak berbelanja gunakan sahaja kad tersebut, dan secara automatik penggunaan wang akan ditolak terus daripada akaun simpanan yang ada. Jadi nampak bergaya bukan?
Bahkan kita juga boleh terus semak sendiri sama ada wang tersebut telah ditolak ataupun belum daripada akaun kita. Memang tidak akan ada unsur penipuan berlaku!
5. Belanja Dengan Apa Yang Kita Ada
Diakui juga dengan menggunakan kad debit, secara tidak langsung kita juga lebih disiplin dalam berbelanja mengikut sumber kewangan yang kita ada memandangkan penggunaan kad debit ditolak terus dari akaun bank yang kita ada. Jadi tidak akan berlaku berbelanja melebihi kemampuan.
6. Kos Lebih Rendah
Memang Terbaik! Guna kad debit tiada lagi caj denda, bayaran lewat dan sebagainya terjadi lagi dalam sejarah akaun kita sebelum ini seperti mana sebelum ini ketika kita membuat pembayaran lewat untuk sebarang bil. Ini kerana dengan kad debit apa yang kita belanjakan itulah kos yang ditolak daripada akaun.
7. Tanpa Had Minima
Anda pasti senang hati kerana kad debit ini boleh digunakan tanpa had perbelanjaan minimum, dari semahal-mahal harga hinggalah ke semurah-murah harga semuanya boleh menggunakan kad debit. Memang cukup mudah untuk berbelanja! Bukan itu sahaja malah kita juga mesti menyemak setiap transaksi yang telah dilakukan. Ini penting bagi memastikan jumlah bil yang dibayar bertepatan dengan perbelanjaan yang digunakan. Sekali gus kita dapat pastikan peniaga tidak memasukkan sebarang caj yang tidak dibenarkan apabila membayar menggunakan kad debit/kredit.
Jom Guna Kad Debit
Jika ingin disenaraikan memang terlalu banyak kebaikan menggunakan kad debit, jadi selepas ini bolehlah disyorkan kepada sesiapa yang masih belum ada kad debit untuk memilikinya. Untuk maklumat lanjut, klik saja pautan di bawah ini.
Website: https://www.paywithdebit.com.my/
FB: https://www.facebook.com/PayWithDebit
IG: https://www.instagram.com/paywithdebit/
Twitter: https://twitter.com/PayWithDebit