Elak Kerap Tayang Bahagia Rumahtangga, Simpan Sikit Supaya Hindari Masalah ‘Ain’.

Share

Kebahagiaan sebuah keluarga pastinya impian semua pasangan. Malah, kemesraan pasangan itu, kadang kala menjadi cemburu buat orang lain.

Sebagaimana perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang menyentuh mengenai bahaya jika melampau berkongsi segala kisah hidup tatapan semua orang.

“Simpan sikit utk diri sendiri, bukan semua benda baik utk ditayangkan…”

Sekrg ni zaman social media, everything kita nk tunjuk, tayang, upload, update dan akan ada org yg akan view apa yg kita letak dlm personal social media kita…

Walaupun nawaitu kita sekadar “utk disimpan sebagai kenangan” atau “saja suka2 je letak”…

Sebenarnya, tak semua benda baik utk ditayangkan…sbgai cth perkara yg kurang baik utk ditayangkan ialah kebahagiaan, kemesraan kita suami isteri, keromantikan pasangan kita, apa yg kita buat as a husband n wife, apa yg kita celebratekan, yg kita surprisedkan, ke mana kita pergi melancong dan apa yg kita mkn…

Sebab apa kurang baik?

Sebab gambar yg di uploadedkan itu, terutamanya gambar yg ada kita dan pasangan didlmnya akan terdedah kpd penyakit ain…

Apa itu penyakit ain?

Penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri hati atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang…ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang berniat jahat atau dari orang yang dengki atau dari orang yang tak suka kita…

Bahaya tak penyakit ain ni…?

Bahaya…ianya boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya, iaitu siapa? Kita yg ada dlm gmbar yg dipandang org tersebut…apa kemudaratannya? hubungan suami isteri menjadi renggang, suami berubah sikap secara tiba2, asyik bergaduh, hilang perasaan terhadap pasangan dan lebih buruk lagi, bercerai…

Nak jugak upload xde masalah, itu hak awk, cuma nasihat saya, jgn publickan post anda, just select org2 yg tertentu utk view seperti awk dan pasangan atau only me, iaitu awk shja yg boleh tgok jika ianya utk disimpan sebagai kenangan…

Ingat, bukan semua benda baik utk ditayangkan…pkir panjang sebelum nk tayang…