Elak kena gigit dengan pacat, lelaki ini kongsi tip, sembur kasut, baju, seluar dengan Baygon. Bagi anda yang gemar masuk hutan sama ada untuk camping, hiking dan sebagainya, serangan pacat tentunya sangat menakutkan.

Elak Kena Gigit Dengan Pacat, Lelaki Ini Kongsi Tip, Sembur Kasut, Baju, Seluar Dengan Baygon

Memang menggelikan bila pacat menghisap darah tanpa disedari. Tahu-tahu saja , pacat sudah gemuk, kenyang menghisap darah. Sebenarnya ada tip yang boleh diaplikasikan bagi mengelakkan pacat hinggap pada tubuh anda.

Berikut perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol

Simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau haiwan berbisa, malah kadang ia mampu untuk mencegah ular dari masuk ikut bawah pintu.

Masa aku kursus asas PGA selama 4 bulan kat Hulu Kinta dulu, inilah benda yang selamatkan aku dari dihampiri pacat. Memang berkesan. Pacat sangat aktif terutama musim hujan sebab lapar agaknya, pacat suka masuk celah-celah bahagian but kasut hutan yang kami pakai masa dalam latihan.

Elak Kena Gigit Dengan Pacat, Lelaki Ini Kongsi Tip, Sembur Kasut, Baju, Seluar Dengan Baygon
Kredit foto:Suhaidi Erwan 

Jurulatih kami pernah buat eksperimen ke atas pacat bukit yang ada di dalam hutan. Satu kasut dia sembur Baygone dan satu lagi dia sembur Ridsect, Fumakila dan lain-lain semburan yang ada di pasaran ketika itu.

Kasut yang disembur Baygone, pacat terus menjauhkan diri tapi kasut yang disembur dengan Ridsect dan Fumakila, pacat ada atas kasut. Pacat serangga yang sensitif. Bila ada haiwan atau kita lalu dekat dengannya, ia akan bau darah dan terus datang atau tegak pada daun-daun, menunggu untuk cangkuk mulutnya pada baju kita.

Ads

Elak Kena Gigit Dengan Pacat, Lelaki Ini Kongsi Tip, Sembur Kasut, Baju, Seluar Dengan Baygon

Memang tak perasan. Tiba-tiba ada sahaja dua hingga tiga ekor gemuk-gemuk selepas hisap darah sudah ada dalam seluar atau melekat pada badan. Memang menggelikan.

Sejak dari itu, setiap kali nak masuk hutan, bukan kasut sahaja disembur dengan Baygone, dengan baju dan seluar sekali disembur macam pakai minyak wangi. Itulah rahsianya kenapa kawan-kawan lain selalu kena pacat tapi saya jarang sekali kena hisap darah dengan pacat.

Srlepas ini kalau anak nak pergi camping sekolah ke apa, jangan lupa bekalkan Baygone ini satu. Sembur keliling khemah buat pendinding pun bagus. Begitulah rahsia alam yang saya amalkan.

Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol

Ads

Kredit foto: Suhaidi Erwan 

Baca artikel lain juga: Bulu Mata Lebat Macam Pakistan, Boleh Cuba Petua Ini

Air Rebusan Kurma Merah, Bagus Untuk Kulit Tambah Susu Badan, Wanita Kongsi Petua Dari Kawan Cina

Susu Buang Angin, Petua Atasi Perut Sebu, Meragam, Bagus Untuk Pelawasan

Ads

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI