Pastinya kala ini, ramai yang menghitung hari untuk pulang ke kampung. Maklumlah sudah dua tahun kita tidak meraikan Adilifitri bersama keluarga di kampung.
Dijangka tahun pada tahun ini, akan berlaku kesesakan luar biasa! Bayangkan jika keadaan lebuh raya jem ‘melekat’ sudah tentu perjalanan yang singkat menjadi bertambah lambat.
Cakna mengenai hal ini, baru-baru ini PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan memuat naik di twitter rasminya jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik (TTA) Kampung dan Pulang ke Bandar sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rawat dan rehat (R&R), sekali gus mengurangkan kesesakan.
Katanya lagi, pihaknya menjangka dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau menasihati supaya pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” katanya.
Bagi perjalanan dari Lembah Klang untuk balik kampung beraya pada 29 April hingga 2 Mei ini menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.
Sementara itu, bagi yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari.
Ads
Jadual perjalanan pulang ke bandar bagi kembali ke Lembah Klang pada 5 hingga 9 Mei daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
Berdasarkan kajian, Zakaria memaklumkan bahawa perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA.
“Pelanggan lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.
“Bagi tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga tujuh jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9 pagi.” katanya dalam kenyataan hari ini.
PLUS juga menasihati pelanggan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya selamat sampai ke destinasi.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Ads
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rahmad Mega tak sabar timang cucu, anak kedua naik pelamin. Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak memaklumkan tidak sabar untuk memiliki cucu hasil perkahwinan anak keduanya, Farisha Eriena yang berlangsung baru-baru ini.
Rahmad Mega Tak Sabar Timang Cucu, Anak Kedua Naik Pelamin
Memetik Harian Metro penyanyi yang berusia 54 tahun ini begitu teruja kerana ada di kalangan rakan-rakan sebaya dengannya sudah mempunyai beberapa orang cucu.
“Ada kawan yang dah ada tiga, empat cucu, sedangkan saya seorang cucu pun belum ada. Jadi saya dan isteri memang menantikan detik-detik itu. Kalau dapat secepat mungkin lagi bagus.
“Farisha adalah anak kedua saya, tapi ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga saya. Anak yang sulung lelaki kini dah berusia 30 tahun. Anak ketiga juga lelaki, berumur 24 tahun.
“Mereka pun belum ada tanda-tanda nak kahwin. Saya tak halang mereka kalau nak kahwin nanti kerana nampak mereka ada sikap bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini dan isterinya, Norpaizah mengadakan majlis kenduri kahwin dan resepsi anak mereka, Farisha Eriena bersama pasangan, Shaiful Anwar Solehan di Setia Tropika Welcome Centre, Johor Bahru yang dihadiri kira-kira 1500 tetamu.
Majlis itu juga dihadiri rakan-rakan artis antaranya komposer LY dan isterinya Baiduri, Nizam Laksamana dan isteri, Ayai Illusi dan Bandi Amuk.
Pemergian arwah Abam Bocey telah membuatkan ahli keluarga serta rakan-rakan rapat arwah terkesan dan masih bersedih dengan berita tersebut. Allahyarham Abam dikatakan meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Gombak awal pagi tadi.
Sementara itu kakaknya, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan,41 memaklumkan, Abam hanya berehat di rumah selepas demam dan sakit kepala sejak tiga hari kebelakangan ini.
“Saya ada minta dia ke klinik tapi dia kata tak payah.
“Setahu saya Abam tak ada sakit apa-apa cuma mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang waktu rehat,” katanya.
Menurutnya, adiknya itu sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar.
“Dia seorang yang baik dan tak pernah berkira dengan adik-beradik.
“Kesian mak kerana dia sangat rapat dengan Abam. Anaknya juga masih kecil. Pandang saja mukanya buat saya jadi sebak,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi arwah di rumahnya di Gombak adalah Along Cham, Mawi, Man Raja Lawak, Shuib dan Achey.
Sementara itu, UstazEbit Lew turut memuat naik video ketika menemu bual Aarwah Abam sebelum ini. Dalam video berkenaan, arwah bercerita bagaimana dia tidak lokek membantu adik-beradiknya
Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya.
Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah. . Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya – Ustaz Ebit Lew
Allahuakbar, Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Kerusi Bayi
Sayu hati apabila mendapat berita mengenai kanak-kanak maut di Johor akibat terjatuh dari kerusi bayi di restoran.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari kerusi bayi (baby chair) di sebuah restoran dekat Taman Sutera di sini, petang semalam.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dalam kejadian jam 3 petang itu, kanak-kanak itu dikatakan sedang makan bersama keluarganya di restoran sebelum terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak di lantai.
siasatan awal mendapati, ketika makan, kanak-kanak itu menolak meja menggunakan kakinya menyebabkan kerusi bayi yang didudukinya terjatuh.
“Ketika sedang makan, kanak-kanak berkenaan bertindak luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya hingga menyebabkan kerusi bayi terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai.
“Dia kemudian menangis dengan kuat sebelum pengsan, Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,”
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.