Penat. Itulah satu perkataan paling sesuai menggambarkan kehidupan wanita bergelar ibu. Jika anak seorang pun sudah terlalu penat, bagaimana ibu beranak lima menghadapi situasi ini.
Sama sahaja, samada isteri bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa, kepenatan ini tidak dapat lari daripada kehidupan wanita bergelar ibu.
Bagi yang bekerja, siangnya terpaksa melunaskan tuntutan dan tanggungjawab dengan syarikat, begitu juga dengan surirumah yang bekerja tanpa henti, dari pagi ke malam lagi. Semakin bertambah penat.
Jadi tak hairanlah ada wanita yang secara tiba-tiba terlanggar benteng ketika memandu, tertidur ketika memandu malah ada juga yang terlelap sebaik melabuhkan punggung di kerusi.
Tulisan ringkas tapi penuh motivasi daripada suami yang menggelarkan dirinya Encik Matt ini, suami-suami patut baca. Malah wajib bantu isteri uruskan kerja di rumah. Sambil menyusu, suami wajib tunggu!
“Wife saya banyak kali dapat microsleep. Atas katil sedang menyusu anak tiba-tiba dub! Tumbang. Terjaga cari anak balik. Allahu.. sebab itulah suami ni ada ruang jadilah ‘co-pilot’ ketika isteri menyusu agar mereka rasa lebih tenang dan bahagia.
Microsleep ketika menyusu ni bukan sahaja disebabkan penat, boleh jadi ibu-ibu juga kekurangan iron(HB low) atau kekurangan nutrients.
Sebab itu sesetengah doktor menggalakkan ibu-ibu tidak berpuasa jika letih. Selain itu hormon prolaktin juga sangat mempengaruhi ibu mengantuk.
Saya rasa mak-mak diluar sana ramai juga yang dapat microsleep ni. So kepada para suami. Berilah peluang kat isteri kita deep sleep dan hadiah yang istimewa buat mereka setelah berjaya menyusukan anak selama 2 tahun.
Apa isteri patut buat ketika anak sudah terlelap? Ambil peluang untuk tidur bersama ketika anak tidur. Bukan pergi kemas rumah atau buat perkara lain sehingga bertambah penat. Buat isteri, tolong dapatkan ‘deep sleep’, 1 jam paling kurang!
Buat suami pula, pada masa ini, suami perlu faham untuk siapkan perkara lain terutama masak dan kemas rumah!
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Menurut Pakar psikologi dan kaunseling, micro sleep bukan penyakit. Ia seperti tidur dan menyebabkan seseorang tidak boleh kawal fikiran dan deria dalam masa singkat. Individu yang tidak cukup tidur akibat tekanan dan bebanan tugas mudah terdedah kepada gejala ini.
Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana atau ketika lakukan sesuatu kerja, namun micro sleep lebih bahaya kepada yang memandu atau tunggang motosikal.
Walaupun minuman berkafein seperti kopi dapat membantu, namun tidur tetap penting untuk memastikan diri kekal cergas dan bertenaga.
Kredit: Muhammad Ahmad