Lagi beberapa hari sahaja lagi nak raya, anak-anak perantauan semestinya dah rancang hari tertentu untuk balik ke kampung.
Selalunya bab mengemas ni, memang tugas mak-mak lah! Sebab mak-mak yang tahu nak bawa itu ini kan? Tapi… Jangan lepas tangan je. Kena juga bantu supaya tidak tertinggal barang untuk dibawa balik. Nak tahu barang penting apa untuk dibawa? Jom semak checklist ini!
INI CHECKLIST BARANG PENTING UNTUK PACKING SEBELUM BALIK KAMPUNG
1. TOTO, BANTAL & SELIMUT
Bagi anda yang ingin pulang ke kampung, jangan lupa untuk bawa sekali toto, bantal dan selimut. Nampak macam tak perlu dan tak penting kan? Sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi jika ahli keluarga ramai. Nak sambut raya mesti dalam keadaan selesa so tak salah untuk bersedia lebih awal. Barulah tak pening kepala.
2. BAJU RAYA, TUDUNG RAYA & KASUT RAYA
Yang ini paling penting! Tujuan balik kampung nak sambut raya tetapi kalau baju raya tertinggal, spoil mood betul tak? Pastikan segala kelengkapan pakaian raya diletakkan dalam satu beg asing.
Barulah mudah dicari bila nak digunakan. Lebih mudah jika sebelum pulang ke kampung, anda gosok dulu kelengkapan raya. Pagi raya nanti tak perlu berebut seterika. Betul tak?
3. UBAT-UBATAN
Selain digunakan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, boleh juga digunakan pada hari raya pertama. Maklumlah, hari raya pertama pasti semua kedai runcit atau farmasi berdekatan akan tutup.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik beli ubat lebih awal untuk kegunaan pada bila-bila masa. Jika anda mempunyai masalah penyakit kronik, jangan tertinggal ubat-ubatan di rumah ya. Pastikan bawa bersama ketika pulang ke kampung. Barulah raya lebih gembira.
4. EXTENSION PLUG
Memandangkan raya tahun ini agak berbeza kerana tidak lagi ‘bertemu’ melalui video call, jadi extension plug sangat diperlukan. Seharian bergambar bersama seisi keluarga mestilah bateri telefon akan berkurangan dan cepat habis.
Bayangkan pula, kalau semua sanak saudara anda mahu mengguna plug tetapi dah penuh. Inilah masa paling tepat dan sesuai untuk menggunakan extension plug. Tapi jangan guna terlalu banyak extension plug, boleh menyebabkan litar pintas. Bahaya!
5. BARANG MANDIAN & TUALA
Lebih mudah dan senang jika barang mandian dan tuala bawa sendiri dan jangan guna orang lain punya. Takut-takut dekat rumah opah tak cukup barang, jadi tak salah untuk bawa kepunyaan sendiri.
6. ALAT SOLEK
Akhir sekali untuk kaum wanita, alat solek jangan lupa bawa. Di pagi hari raya mestilah nak bersolek dan menambah seri wajah kan? Rugilah kalau kusam dan tidak bermaya kerana Hari Raya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali dan tahun ini perlu diraikan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang.
Jadi, itu sahaja checklist penting untuk anda sebelum pulang ke kampung. Pastikan memandu dengan selamat dan mengikut had kelajuan yang ditetapkan. Pandu cermat, jiwa selamat! Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan.
Sumber : Sirap Limau