Buat anda yang telah pun menanam pokok cili, mesti pernah mengalami pokok yang ditanam diserang serangga perosak yang mengakibatkan daun pokok bertompok-tompok putih dan sekali gus menyebabkan daun berkerinting dan menjadikan pokok tidak subur.
Bena putih ini sangat gemar berada di bawah daun pokok cili. Jika tidak dikawal dari awal akan menyebabkan pokok cili yang ditanam mati akhirnya.
Sebenarnya banyak petua dan kaedah untuk membasmi bena putih tersebut, dan salah satu yang boleh digunakan adalah dengan kaedah yang dikongsikan oleh Sabariah ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan tanpa menggunakan modal malah apa yang lebih penting, ia cukup berkesan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Pokok cili kecil lagi tapi daunnya dah kena serang. Siap ada bena putih lagi banyak duduk kat belakang daun.
Hari tu sab ada terbaca ada orang share cara nak elakkan daun pokok cili kena bena putih, elak daun kerinting dan bergulung-gulung.
Banyak versi sebenarnya. Tapi sab guna cara ni sebab barang mudah nak dapat. Murah pulak tu..ehehe. Sab dah try Alhamdulillah menjadi.
Korang nak tahu caranya boleh tengok kat gambar.
1. Sebelum masak nasi kita basuh beras dulu. Air basuhan itu jangan buang. Boleh buat baja.
2. Simpan air basuhan beras yang pertama dan yang kedua.
3. Simpan dalam botol. Boleh biarkan sehari dua.
4. Lepas dah dibiarkan dalam sehari dua, tuang air basuhan beras ke dalam botol spray.
5. So, bolehlah kat tanaman. Kat depan dan belakang daun. Spray jugak kat batang pokok cili dan tanah.
6. Inilah hasilnya dari pokok cili kecil sampailah besar saya spray dengan air basuhan beras. Daun cili cantik dan serangan serangga pun kurang. Kena buat selalu baru menjadi.
Sumber : Sabariah Sisa