Elak Covid-19, Ini Rutin Yang Perlu Dibuat Sebelum Pergi & Selepas Pulang Dari Sekolah

Share

Walaupun sekolah sudah dibuka, kita pun perlu meneruskan hidup seperti biasa tetapi ibu bapa jangan lupa untuk pastikan anak-anak untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.

Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga perlu tahu tanggungjawab sendiri selepas anak-anak pulang ke sekolah. Jom semak apa yang perlu dibuat dari ke sekolah hingga balik. Semoga kita semua terhindar dari wabak ini, insyaAllah.

Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!

Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.

Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.

Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:

  • Sediakan beberapa keping pelitup muka ekstra setiap hari. Pastikan juga anda menyediakan beg penyimpanan (resealable bag) untuk anak menyimpan pelitup muka apabila tidak memakainya seperti ketika waktu rehat.
  • Sekiranya perlu, anda boleh melabelkan pelitup muka anak dengan jelas supaya tidak tertukar dengan rakan-rakannya yang lain.
  • Ajari anak untuk memakai dan menanggalkan pelitup muka dengan betul
    Ingatkan kepada anak untuk sentiasa mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas menyentuh pelitup muka mereka.
  • Didik anak untuk tidak berkongsi atau menukar pelitup muka mereka dengan rakan kelas yang lain

Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).

Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.

Amalkan penjarakan selamat di sekolah

Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.

Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.

Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?

Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.

Bekalan semasa rehat

Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.

Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.

Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!

Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih

Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.

Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.

Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer.

Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?

Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.

Duduk rumah jika tidak sihat

Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:

-Demam
-Hidung tersumbat atau hidung berair
-Batuk
-Sakit tekak
-Sesak nafas
-Keletihan
-Sakit kepala
-Sakit otot
-Loya atau muntah
-Cirit-birit
-Kurang selera makan
-Kehilangan rasa atau bau
-Sakit perut
-Mata merah

Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.

Rutin pulang ke rumah

Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.

Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.

Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman.

Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?

Sumber : Hello Doktor

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/