
Baru-baru ini tular apabila ada seorang warga emas yang melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium pakaian dalam wanita di ampaian sambil beronani.
Isu tular itu mendapat perhatian ramai yang rata- rata mengecam tindakan lelaki berkenaan.
Tidak ketinggalan, seorang influencer terkenal, Aisyah Hijanah tampil membincangkan mengenai isu tersebut dan menceritakan pengalamannya ketika menyidai baju di sekolah berasrama.
“Saya nak kongsi lah, ketika saya di asrama dulu, kami ni orang perempuan tak boleh sidai pakaian dalam tempat terbuka iaitu tempat orang senang nampak.
“Kami kena sidai di tempat yang tersorok contohnya kami ada bilik khas untuk menyidai pakaian dalam,” katanya.
Tambah Aisyah lagi, tidak semua lelaki berfikiran waras dan meminta agar jika mahu jemur pakaian dalam di luar seelok-eloknya letak di bahagian dalam ampaian.
“Kita fikir nak gantung bagi kering, tapi tak semua orang fikir macam ni. Ada orang fikir untuk puaskan nafsu juga.
“Jadi selepas ni perempuan kena sidai pakaian dalam ni dekat tempat yang tertutup atau pun jika mahu sidai di luar letakkannya di bahagian dalam ampaian
supaya tidak jelas kelihatan,” nasihatnya.
Sumber : Aisyah Hijanah
Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM5,000 Lagi. Begini Cara Mudah Untuk Memohon!

Bebanan dan kesusahan hidup yang ditanggung akibat setahun berperang dengan pandemik Covid-19, kini semakin ramai terjejas teruk dari segi sumber pendapatan. Ada yang terpaksa mengikat perut dek kerana hendak makan pun terasa susah. Lantaran itu, ada keluarga yang terpaksa meminjam wang pada keluarga terdekat untuk membeli barang dapur, ada juga yang meminjam beras dari jiran bahkan ramai juga telah diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar duit bulanan. Semua ini cukup memeritkan untuk ditanggung.
Pun begitu, bila ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yassin baru-baru ini, dapatlah menarik nafas lega. Antaranya bantuan yang boleh dimanfaatkan adalah bilamana KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
Katanya, pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran di portal i-Citra bermula 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada Ogos 2021.
Program itu bagi meringankan beban seramai 12.6 juta yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
APAKAH I-CITRA KWSP?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
SYARAT KELAYAKAN
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
JUMLAH / AMAUN PENGELUARAN YANG BOLEH DIKELUARKAN
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Berikut syarat terperinci:
-Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
-Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
-Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
-Bayaran minimum adalah RM50
-Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
-Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP
Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
Selain itu, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi terus dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada yang terkesan akibat Covid-19 ini dan ini ringkasannya untuk memudahkan anda.
1. BPR sehingga RM500 pada bulan Julai. Bayaran dimulakan secara berperingkat mulai 29 Jun. BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.
2. GKP 3.0 : RM500 pada bulan Julai 2021
3. GKP 4.0 : RM500 pada September 2021 dan RM500 pada November 2021
4. Program i-Citra dibuka pada 15 Julai 2021 nanti
5. Moratorium 6 bulan, boleh mohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Rezeki Dah Sepasang…Cantik Allah Atur.” Suami Kongsi Berita Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki. Tahniah!

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sini pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.84 kilogram itu secara pembedahan. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak syarikatnya, penyanyi nombor satu negara ini dan bayi berada dalam keadaan baik.
Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.
Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.
“Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Dato K dan isteri dalam pada itu turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.
Sumber: ctdk
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wajib Kurus Sebelum Hamil, Ini Cara Ibu Anak 3 Ni Lakukan!

Kurus setiap kali hamil memang payah namun inilah yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Norafiza Mahmud atau Cik Oya, berkongsi jawapannya.
Soalan : cik oya mesti kurus setiap kali sebelum hamil ke?
Ini soalan yang di banjiri inbox saya gara -gara saya kongsikan artikal saya kurus setiap kali sebelum hamil.
Pertama,
Kurus sebelum hamil kembali adalah syarat yang saya letakkan pada diri sendiri. Syarat ini juga saya minta suami penuhi. Bantu saya untuk lengkapkan syarat ini sebelum saya hamil.
Kedua,
Saya minta suami bantu saya untuk memberi peluang pada diri saya sendiri untuk cantik setiap kali selepas hamil dan sebelum hamil kembali.
Ketiga,
Ini salah satu helah kepada suami, konon syarat ini dapat membantu cik oya untuk melengah-lengahkan proses hamil anak yang ke-2, ke-3, ke-4, ke-5.
Ha ha
Konon jarak anak-anak 3 tahun sekali. Sekali kurang 2 tahun hamil lagi. Aduh.
Naya betul.
Tak boleh la tenguk aku kurus sikit. 5 bulan kedepan membulat lagi. Alhamdulillah rezeki.
Ini Contoh menu tengah hari cik oya tanpa nasi.
Berapa lama boleh bertahan?
Kurang 3jam kau orang akan lapar. Sediakan kudap-kudap seperti,
Epal
Lobak merah
Badam
Timun jepun
Keledek
Makan kudap kudap sebelum kau orang rasa lapar. Jangan sesekali meninggalkan isyarat lapar kepada otak. Kesannya, kau orang akan makan sehingga kenyang.
Kredit: Norafiza Mahmud