Kematian mengejut selepas bersalin pernah menggemparkan kita satu ketika dulu. Tak diketahui punca dan sakit yang dialami, wanita selepas berpantang harus menjaga diri dari terus melakukan aktiviti seperti sediakala. Beri ruang untuk tubuh berehat seketika
sepanjang tempoh ini.
Sebagai wanita, amalan berpantang perlu menjadi tunjang utama yang perlu dipatuhi oleh semua wanita. Jangan sekali-kali pandang mudah akan soal ini. Pesan orang-orang tua supaya berpantang dengan betul jangan disangkal. Ramai wanita muda selalu mempersoalkan kenapa dan mengapa sesuatu perkara itu tidak boleh dilakukan ketika berpantang.
Jangan banyak soal dan ikutlah sahaja teknik berpantang yang betul. Bukalah minda anda dan ketahui bahawa setiap yang diajarkan oleh nenek-nenek kita ada banyak sebab dan alasannya. Bukan sekadar suka-suka dibuatuntuk semua wanita.
Ada wanita yang mengalami bentan di sebabkan banyak perkara. Ada kalanya pemakanan yang salah juga menjadi salah satu punca. Bentan bermaksud sakit semula selepas hampir sembuh. Apabila ini berlaku, ramai wanita panik dan tidak tahu cara terbaik untuk
memulihkannya.
Azyan Health & Beauty, berkongsi petua bagi merawat masalah bentan ini di facebooknya. Sangat mudah dibuat sendiri dan mujarab untuk sembuh semula. Kena cuba.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih panas (yang dimasak lembik)
Bawang putih
Caranya:
1. Caranya amatlah mudah iaitu dengan membakar bawang putih di atas api kecil.
2. Jangan sampai bawang putih hangus, sebaliknya biarkan panas dan sedikit garing.
Ads
3. Apabila bawang putih masak, kepalkan bawang putih ini ke dalam nasi panas yang lembik.
4. Kepalkan menjadi seperti bebola nasi dan makan seperti biasa.
Ads
5. Sebelum makan, bacalah bismillah dan berselawat sebanyak tiga kali. Amalkan pemakanan ini dan insyaallah badan akan pulih seperti sediakala dengan izin Allah.
Jika badan terasa seram sejuk atau hendak demam, cepat-cepat amalkan pemakanan ini. Usaha sesungguhnya lebih baik daripada membiarkan tubuh jadi melarat. Wanita kena sentiasa berjaga-jaga!
Sumber: Azyan Health & Beauty
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Perginya pelakon veteren Abu Bakar Omar pada tanggal 16 April yang lalu ke negeri abadi, merupakan berita mendukacitakan buat semua. Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini begitu disanjungi bakatnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Turut berkongsi rasa kesedihan dengan pemergian insan tercinta, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang juga merupakan anak sulung arwah telah menitipkan apa terbuku di hati. Luahan rasa betapa rasa cemburu di hati turut membuatkan warganet berasa pilu dan sama-sama mendoakan agar arwah berbahagia di sana.
Bapak..
Aku rasa akulah orang yang paling kenal bapak ..
Rupanya aku salah…banyak rahsia bapak yang hanya timbul selepas bapak kembali ke dakapan rahmat Allah…
Aku kenal bapak aku dari sisi bukan seorang bapak..sama seperti kalian kenal…
Anak wayang yang mengisi ceritera nusa dan bangsa..dipuji, dicerca, dimarah, disayangi kesan watak yang diberikan…antagonis watak yang terlalu sinonim zaman mudanya..
Anak pasar borong yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan rasa…hingga beliau digelar Bakaq Bolong..mengambil tanggungjawab menjaga keluarga seawal usia darjah tiga..membantu tok wan di pasar borong…
Namun hakikat bapak jauh dari itu…
Allah kurniakan pengakhiran hayatnya dengan segala keindahan…
Allah jemput di penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan…Jumaat pertama Ramdhan..dalam fasa Rahmat Allah..
Bapak dimandi dan dikafankan oleh kami semua anak2nya…malah lebih dari itu..anak2 yang menumpang kasih beliau sebagai bapa…
Sangat mudah diuruskan…jenazah yang sangat lembut…tenang bapak persis tidur…tiada kotoran yang keluar dari badan bapak tika istinjak dan dimandikan..
Bapak seolah tahu masanya telah tiba…
Diminta cucu sulong untuk rapikan dirinya beberapa hari sebelum itu..
Di pesan kepada adikku mencari pasangan..buat peneman bonda…itulah pesannya berulang kali hingga hari terakhir..
Bapak tunggu sehingga semua kami adik beradik sampai…barulah bapak meninggalkan kami dalam keadaan sangat tenang..persis tidur gayanya…
Jenazah diuruskan dengan teratur dan lancar sekali….ribuan doa pengampunan dan kebaikan dibacakan untuk bapak dari khalayak yang tidak pernah bapak kenali mereka..tak kurang juga ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kematian yang dicemburi…
Sungguh bapak…
Aku cemburu…lihat bapak disayangi orang luar…
Luar biasa sayangnya itu bapak…
Ramai yang menghubungiku secara peribadi menceritakan baiknya bapak dalam membantu mereka…yang aku tak pernah tahu pun..dari masjid hingga marhaen biasa menceritakan kepadaku apa yang dikau bantu mereka…
Aku cemburu bapak…
Seorang ibu kematian dua orang anak yang tak pernah dikau kenali…dengan hati yang sangat tulus tanpa sebarang kepentingan sekadar memaklumkan kepadaku bahawa beliau membaca setiap hari hampir ratusan kali Surah Al Fatihah dan Al Ikhlas didoakan khusus untuk anak2nya…dan bermula dari saat kematianmu…secara khusus ibu ini memasukkan sekali namamu bapak…akan dilakukan sepanjang hayatnya…itulah bicara janjinya dengan ku…
Aku cemburu bapak…
Ratusan yang hadir solat jenazahmu…sebahagian besarnya bukan dari orang yang kami kenali..bukan juga teman2 lakonanmu…tapi jelata yang sangat menyayangimu…
Aku cemburu bapak…
Tanah kubur kelompok keluarga kita yang lazimnya sangat berselut umpama sawah bergenang air dalamnya…tapi Allah takdirkan untuk persemadianmu itu tanahnya merah lembut tanpa setitis air.. yang sangat sempurna liangnya..
Aku cemburu bapak…
Usai ziarah pusaramu pada hari berikutnya…aku terserempak dengan satu keluarga yang teresak nangisnya..bertanyakan di mana kuburmu…tanpa kenali siapa aku…mereka menceritakan betapa bapak telah sangat membantu hidup mereka…hinggakan mereka mangaku bahawa bapak adalah ayah angkat mereka…sungguh aku tidak pernah kenal mereka…
Aku cemburu bapak…
Aku cemburu..
Aku masih menyelongkar rahsia hidupmu…
Rahsia hidup yang dikau sembunyikan dari kami…
Hingga mulianya dikau dipenghujung hari…
Bapak…
Damailah di sisi Ilahi..
Kami menjadi saksi…
Dikau bapa yang sangat disayangi…
Mohon sudi doakan Ayahanda kami..
Almarhum Tuan Haji Abu Bakar Omar..
Kajol Dan Rani Rupanya Dua Pupu, Patutlah Akrab Macam Adik Beradik.
Bagi yang menggemari filem Bollywood tentu mengenali beberapa pelakon wanita yang terkenal di India yang memiliki kecantikannya tersendiri.
Antaranya adalah aktres jelita Kajol dan Rani Mukerji yang begitu dikenali menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai.
Aktres ini menjadi sebutan ramai apabila filem itu mencipta fenomena di India, bahkan di Malaysia.
Namun siapa sangka, keakraban mereka itu rupanya mereka mempunyai pertalian saudara.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KAJOL LEBIH TUA DARI RANI
Kajol dan Rani adalah dua pupu. Bapa Kajol dengan bapa Rani ni merupakan sepupu. Jarak usia Kajol dan Rani adalah empat tahun.
Kajol lebih tua empat tahun dari Rani. Kajol lahir tahun 1974 dan Rani tahun 1978. Mereka berdua berlakon bersama dalam filem Kuch Kuch Hota Hai (1998).
Kajol memulakan debutnya dengan filem Bekhudi pada tahun 1992, sementara, Rani memasuki industri filem dengan Raja Ki Aayegi Baraat tahun 1997.
Meninjau di ruangan komen, para peminat memuji kecantikkan pelakon bollywood ini. Antara komen adalah seperti berikut.
“Dua-dua cantik dan berbakat. Tapi favourite saya Rani.”
“Dua-dua cantik tapi bila dah tua nampak Kajol lebih awet muda.”
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.