Belum pun reda kebimbangan kita sebagai ibu ayah dengan penyakit HFMD, kini Influenza pula menjadi satu ketakutan apatah lagi penyakit ini begitu mudah dijangkiti daripada seseorang kepada seseorang yang lain.
Hal ini menyebabkan jumlah kes meningkat dari sehari ke sehari bagaikan mencanak jumlahnya. Penyakit ini bukan sahaja menyerang kanak-kanak malah orang dewasa juga tidak terkecuali!
Lantaran itu, kita perlu usaha dan ikhtiar untuk lindungi diri dan keluarga daripada bahaya penyakit ini sebagaimana pesanan Dr Erna Nadia di dalam postingnya di facebook, menasihati orang ramai agar lebih mengutamakan penjagaan kesihatan.
Dan paling utama nasihatnya jika anda atau anak anda ada yang sedang demam, batuk atau selsema, berehatlah di rumah sahaja.
Oleh itu, ketahui lanjut lagi berkenaan Influenza A yang semakin ‘mengganas’ menyerang kini.
INFLUENZA A
Nak kongsi sikit tentang influenza A yang tengah sakan sekarang ni
Ok, apa benda influenza A ni?
Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.
Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A.
Ianya bukan sahaja boleh mengjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.
Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari.
Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.
Saya senaraikan tanda tanda dan rawatan di dalam gambar di bawah ok.
( Tulis dalam gambar macam lebih mudah diingati, kan?)
Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ah keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema yada yada yada, berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.
Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.
Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.
Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta. Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.
Adakah supplemen yang boleh merawat influenza?
Tidak ada.
Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja. Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.
Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.
Ingat satu sahaja,sakit itu penghapus dosa
Beli Cool Fever Di Sini
Beli Digital Thermometers Di SINI
Nota kaki : Jaga diri & kesihatan. Nak tahu tentang kesihatan, tanya ahli kesihatan yang beretika bukan yang jual produk buatan sendiri
Dr.Erna Nadia
Jika anak anak tidak sihat atau anda sendiri tidak sihat, please jangan keluar jalan merata rata, jangan sebarkan virus dan hentikan penyakit ‘ishh takde apeee’ ‘ishh demam biasa ni’ ish itu ish ini, ishq kia hua?(tiber)
Sumber : Dr Erna Nadia
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club