Elak Bawa Anak Ke Pasaraya, Pesanan Penting Doktor Ni Mak Ayah Kena Baca!

Share

Berdepan dengan serangan penyakit berjangkit HFMD yang semakin hari meningkat kesnya buat mak ayah semakin takut untuk melakukan pelbagai aktiviti hujung minggu.

Pun begitu masih ada mak ayah yang kurang rasa kesedaran diri dengan terus membawa anak-anak ke mana sahaja walaupun diminta dikuarantinkan anak-anak yang dijangkiti.

Mereka dengan bebasnya membawa anak-anak ke pasaraya besar tanpa perlu memikirkan penyakit ini menjangkiti anak-anak yang lain. Mengapa?

Kurang rasa kesedaran dirikah atau masih belum cukup ilmu? Dengarkan pesanan daripada Dr Farhanah Ibrahim, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic, Klinik Ibu dan Anak ini.

 


PESANAN PENTING, MOHON BACA!

Weekend baru-baru ni, saya ke supermarket, nak beli barang dapur sikit.

Saya pegi seorang, anak-anak duduk dengan babanya sebab masih dalam fasa kuarantin akibat #HFMD.

Masa nak bayar kat cashier, saya ternampak sorang kanak-kanak dalam troli. Keliling mulutnya penuh rashes. Tangan pun ada. Memang nampak typical HFMD. Kaki je tak sempat nak telek betul-betul.

Saya pun tegur “puan, anak puan nampak ada tanda dan gejala HFMD ni. Sepatutnya kena kuarantin, pantau di rumah saja. HFMD ni tengah mewabak sekarang.

Kalau puan tak kuarantin dan bawa anak ke tempat-tempat awam macam pasaraya besar ni, lagi cepat virus menular. Lagi ramai anak-anak akan kena. Bayangkan kalau terjangkit kat baby kecik yang baru usia 2,3,4 bulan. Kesian depa puan”

Begitulah teguran saya tapi sayangnya hanya DALAM HATI. Tak sempat nak luahkan sebab cashier dah mintak duit.

Sebenarnya sistem kuarantin ni islam sendiri pun dah anjurkan sejak zaman berzaman. Ingat tak pesan nabi?

“Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu masuk kawasan itu.

Tapi jika wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu tinggalkan kawasan itu.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi minta tolong viralkan semula pesanan di link ni ya. Especially yang point no.6 tu.
Please share supaya anak-anak anda dan orang lain tak turut dijangkiti. Terima kasih!

Kredit: Dr Farhanah Ibrahim