Berdepan dengan serangan penyakit berjangkit HFMD yang semakin hari meningkat kesnya buat mak ayah semakin takut untuk melakukan pelbagai aktiviti hujung minggu.
Pun begitu masih ada mak ayah yang kurang rasa kesedaran diri dengan terus membawa anak-anak ke mana sahaja walaupun diminta dikuarantinkan anak-anak yang dijangkiti.
Mereka dengan bebasnya membawa anak-anak ke pasaraya besar tanpa perlu memikirkan penyakit ini menjangkiti anak-anak yang lain. Mengapa?
Kurang rasa kesedaran dirikah atau masih belum cukup ilmu? Dengarkan pesanan daripada Dr Farhanah Ibrahim, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic, Klinik Ibu dan Anak ini.
PESANAN PENTING, MOHON BACA!
Ads
Weekend baru-baru ni, saya ke supermarket, nak beli barang dapur sikit.
Saya pegi seorang, anak-anak duduk dengan babanya sebab masih dalam fasa kuarantin akibat #HFMD.
Masa nak bayar kat cashier, saya ternampak sorang kanak-kanak dalam troli. Keliling mulutnya penuh rashes. Tangan pun ada. Memang nampak typical HFMD. Kaki je tak sempat nak telek betul-betul.
Saya pun tegur “puan, anak puan nampak ada tanda dan gejala HFMD ni. Sepatutnya kena kuarantin, pantau di rumah saja. HFMD ni tengah mewabak sekarang.
Ads
Kalau puan tak kuarantin dan bawa anak ke tempat-tempat awam macam pasaraya besar ni, lagi cepat virus menular. Lagi ramai anak-anak akan kena. Bayangkan kalau terjangkit kat baby kecik yang baru usia 2,3,4 bulan. Kesian depa puan”
Begitulah teguran saya tapi sayangnya hanya DALAM HATI. Tak sempat nak luahkan sebab cashier dah mintak duit.
Sebenarnya sistem kuarantin ni islam sendiri pun dah anjurkan sejak zaman berzaman. Ingat tak pesan nabi?
Ads
“Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu masuk kawasan itu.
Tapi jika wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu tinggalkan kawasan itu.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi minta tolong viralkan semula pesanan di link ni ya. Especially yang point no.6 tu.
Please share supaya anak-anak anda dan orang lain tak turut dijangkiti. Terima kasih!
Kredit: Dr Farhanah Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua pasangan yang sudah berkahwin tentu sahaja mengimpikan ada zuriat sendiri. Namun tidak semua pasangan direzekikan mudah mendapat cahaya mata.
Ada ramai yang diuji belum dikurniakan kehadiaran anak meskipun sudah mendirikan rumah tangga sekian lama bahkan ada yang sudah mencecah belasan dan puluhan tahun.
Penyanyi, Indah Ruhaila, 35, yang sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya Ahmad Shariff Ahmad Taufiq, 41, tidak menafikan apabila bersendirian dia kerap terfikir mengenai kehadiran zuriat dalam hidup mereka.
Ini berikutan apabila terlalu kerap menerima soalan tersebut daripada orang sekeliling.
Mengakui dia dan suami sememangnya teringin sangat menimang cahaya mata sejak berkahwin pada 24 Disember 2017, namun akur rezeki mereka belum kesampaian.
Bila Sendirian Mula Terfikir
“Sebenarnya saya nak sangat anak, cuma belum ada rezeki Allah beri kepada saya dan suami selepas lima tahun berkahwin.
“Hal pasal zuriat ini, bila orang tanya macam senang saja. Tapi bila saya duduk sendirian, saya terfikir memang susah sebenarnya.
Saya terfikir kalau tiada anak, siapa jaga saya bila tua nanti? Tapi saya tak nak fikir yang tak baik sebab Allah lebih tahu masa tepat untuk beri cahaya mata kepada saya,” katanya.
Menurut Indah, ramai saja di luar sana berdepan perkara sama. Ada yang melakukan kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF) tetapi masih belum memperoleh cahaya mata.
“Saya enggan menekan diri. Kalau orang tanya, saya akan cakap tak nak tekan diri sendiri, suami pun tak tertekan. Tak apa sudah sampai masa nanti akan dapat.
“Masih awal lagi untuk saya buat rawatan sebab baru lima tahun kan. Saya masih lagi mencuba cara semula jadi. Saya pun bukannya tua sangat,” katanya.
Pa&Ma mendoakan agar Indah dan suami dikurniakan zuriat sendiri satu hari nanti. Insya Allah.
Kasih sayang seorang ibu sepanjang jalan. Papatah tersebut menggambarkan betapa jiwa penyayang seorang ibu seakan tidak berbatas (tak terkira) kepada anak-anaknya.
Ibu pastinya selalu menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang, dengan hati yang tulus. Malah seorang ibu itu tahu dan memahami perasaan anak-anaknya. Biarpun hanya melihat riak wajah dan gerak geri anak-anaknya.
Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu. Kuatnya nalurinya telah menyelamatkan nyawa anaknya. Demikian kisah yang diceritakan oleh Doktor Rashdan Mohamed menerusi facebook miliknya.
Ikuti perkongsianya.
Dan sebaik-baik naluri itu, naluri wanita. Dan sebaik-baik naluri wanita itu naluri ibu
Suatu ketika (lama) dahulu
“AsSalam Dr R, ada patient kat red zone”, beritahu pegawai bertugas. “OK, saya datang stat!”, pantas aku bergegas ke kecemasan. Red-zone (zon merah) adalah ruang di mana pesakit yang kritikal dirawat di jabatan kecemasan, keutamaan (priority) kami dan sentiasa didahulukan (berbanding pesakit lain yang lebih stabil).
(Maaf, jika sedikit lama menunggu rawatan di zon kuning dan zon hijau bagi pesakit-pesakit yang lebih stabil kerana kebiasaannya doktor bertugas tertumpu merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit di zon merah)
“Alhamdulillah, hantar pesakit segera ke ICU untuk rawatan lanjut”, ujarku setelah bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa si anak kecil, yg dgn izin Allah, berjaya di selamatkan, distabilkan dan sekarang ini perlu disegerakan ke ICU untuk rawatan selanjutnya.
“Fuh, 2 jam, tak perasan pun masa berlalu, mujur dah solat”, monologku dalam hati
Alang-alang di kecemasan.
“ED team, ada kes nak refer (rujuk) Paeds tak? Saya nak tengok stat (segera) ni. Yang belum refer pun boleh refer terus”, pelawaku separa memberi “pengumuman”
Mungkin di tempat lain petugas ED akan terkesima, jarang doktor jabatan lain “volunteer” untuk lihat pesakit, terkadang pesakit yg dirujuk pun mereka “diceramah” oleh si doktor yang menerima rujukan tersebut. Very territorial. Very difficult. Tapi tidak di sini. Semua orang kenal. Kalau Dr R dah turun ED baik refer kes paediatric (kanak-kanak) siap-siap. Maka gegap gempitalah ED refer case. Satu per satu dilihat, dirawat dan disantuni. Settle semua sekaligus. Tatkala kaki baru hendak melangkah keluar.
DISANGKA SAKIT MATA,
“Dr R, maaf, ada satu lagi nak discuss”, teriak MA bertugas (yes, MA pun boleh refer terus, kita permudahkan) “Boss, sorry, patient ni takde kat ED. Kat Ophthalmology (mata) sekarang. Private, surat dari “Consultant Paediatrician” refer, fever dan conjunctivitis (sakit mata, mata merah). Jadi, kita channel lah ke Ophthal. Mak dia nampak bimbang, jadi kita pun ambil lah FBC (full blood count) tadi, sebab fever,” beritahu pegawai tersebut sambil hulur keputusan darah
Allahu Akbar. Sel darah putih, rendah. Sel darah platelet, rendah. Kepekatan darah, tinggi (……… diagnosis?)
“Baby OK tak?”, “Vitals?..” Semua diam. “OK, panggil patient datang sekarang ke ED dari ophthalmology”, keputusan darah ini pun dah sejam lebih yang lepas, aku perlu lihat segera. Bergegaslah pegawai ED ke jabatan ophthalmology mencari pesakit ini dan segera dibawa ke ED semula
NADI LEMAH – RED ZONE
Baby, lingkungan usia 8 bulan. Comel, diperiksa.. Mata nya bukan merah. Bukan conjuctivitis. Sebaliknya beliau menangis “air mata darah”. Ya air mata darah sebenar. Bukan relativiti. Not literally. Ini pendarahan. Sebab bacaan plateletnya rendah (platelet penting utk pembekuan darah, jika rendah, berlaku pendarahan spontan) Baby ini lemah. Pucat. Nadi nya lemah. Tekanan darahnya lemah
Lantas dia segera dihantar ke zon merah. Jarum dimasukkan. Segera oksigen diberi. Bantuan pernafasan tersedia untuk dimasukkan. Aliran air dimulakan. Tanda vitals diambil segera.
“Patient in compensated shock. Run NS bolus. 20mls per kg, stat!” arahku pantas
RUPANYA DENGGI BERDARAH!
Alhamdulillah, tindakan segera dan cekap petugas-petugas di ED (sekali lagi dengan izin Allah) menyelamatkan nyawa si baby. Kalaulah lambat 15 minit lagi, mungkin… mungkin tidak berjaya diselamatkan
“Maaf puan, adik sebenarnya dapat denggi. Dan ini denggi berdarah! Beliau sedikit stabil sekarang. Tetapi perlu pemantauan rapi di ICU, kita doa yang baik-baik ya, sama-sama”, terang ku sambil memberitahu ujian darah awal yang diambil menyebabkan kami syak denggi dan terbukti melalui ujian susulan Dengue serology. Dan hakikatnya mata merah itu sebenarnya pendarahan spontan
Pegawai di kecemasan, bila melihat rujukan dari pakar pediatrik sebuah institusi swasta dengan rujukan conjunctivitis, menyangkakan kes sakit mata biasa dan sewajarnya menerima rawatan di unit mata. Namun mereka telah terlatih untuk sentiasa berhati-hati
NALURI IBU SELAMATKAN NYAWA ANAK
Dan ibu ini, nalurinya kata bukan sakit mata biasa. Ibu bukan perawat kesihatan. Tetapi dia ada naluri. Nalurinya kata “tidak sedap hati, masakan ini sakit mata biasa, ada sesuatu… ada sesuatu yang lain. Tidak bisa dizahirkan, tetapi pastinya bukan sakit mata biasa…”.
Sebab itu beliau lantas ke kecemasan. Bimbang. Dan memohon ujian lanjut. Naluri ibu ini yang disantuni pegawai, dan ujian darah diambil. Bayangkan, jika tidak diambil ujian darahnya. Dan dianggap kes yang biasa, di hantar pulang dgn ubat titis mata. Bayangkan… Kita terlepas…. Nauzubillahiminzalik
Sesungguhnya. Sebaik-baik naluri itu, naluri wanita. Dan sebaik-baik naluri wanita itu adalah naluri ibu (…. dan isteri).
Mohon HCWs (perawat kesihatan) untuk ambil berat sebarang kebimbangan keluarga dan tidak terus memperlekehkannya. Do not brushed off parental concern
+++++++++++++
Astaghfirullahalazim Sahabat semua, hari Jumaat penuh barakoh ini, mohon titipkan doa untuk anak rakan baik saya Anak ini baru berusia 15 tahun, sudah hafaz 20 juzuk AlQuran Anak yang baik, sewaktu kecilnya itu di hadapan mata saya Kedua-dua ibu bapanya doktor, dan sama-sama bertugas sebagai HO/PPS bersama saya dahulu Anak ini baru sahaja disahkan kanser tulang Dan naluri ibunya juga yang berjaya “mengesan” masalah ini awal Moga dikurniakan kesembuhan & kemudahan, InSyaAllah
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...