Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal.
Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicuci. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Ads
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Ads
Lemon
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Ads
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahagia itu kita yang tentukan. Itu antara nasihat yang biasa kita dengar berkenaan mencari erti bahagia. Namun, realitinya bukan semudah yang diucapkan. Bahagia bagi wanita bergelar isteri dan ibu bila berada dipersimpangan delima, seakan sukar untuk membuat pilihan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Peguam Syarie Fahmi Ramli ini. Katanya, demi anak banyak ibu bertahan dalam derita.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi, lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami.
Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Siapa pernah makan ketupat sotong? Rupanya masih ramai yang tak tahu dan tak pernah cuba ketupat sotong. Tambahan pula orang yang bukan dari semenanjung.
Ketupat sotong ini adalah makanan dari negeri Pantai Timur. Tak pelik lah kalau orang dari negeri Pantai Timur sudah biasa makan ketupat sotong ini.
Tapi ada beza tau ketupat sotong Kelantan dan Terengganu. Versi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis sebab guna nisan kerek / gula melaka. Berbeza dengan Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.
Terpulang pada masing-masing lah nak cuba yang mana. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh MyResepi.
CARA BUAT KETUPAT SOTONG MANIS BERLEMAK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
1 kotak santan dan sedikit garam secukup rasa
Sotong segar
2 keping nisan kerek atau gula melaka
1 biji bawang merah
Sedikit halia
Daun pandan
Sedikit halba
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Mula-mula basuh beras pulut kemudian rendam dengan sedikit santan dan garam. Biar ia kembang dalam sejam.
Basuh sotong hingga bersih. Kemudian toskan.
Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh dalam sotong, terpulang mahu letak kepala sotong atau tidak kemudian cucuk dengan pencungkil gigi untuk elak beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
Kemudian masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nisan kerek / gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
Buka api. Biarkan hingga sotong masak dahulu kemudian masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh hidang.
pulut_canteq Seindah Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!
Pulut kuning merupakan sajian istimewa bagi kita orang Melayu. Bukan sahaja dihidang untuk meraikan anak-anak yang khatam al-Quran, malah turut dijadikan hidangan istimewa untuk merai sambutan ulang tahun mahu pun merai mempelai.
Bahkan boleh dikatakan menjamu hidangan pulut kuning ini ibarat simbolik menzahirkan rasa kesyukuran apabila dikurniakan rezeki dan nikmati untuk dikongsi bersama orang lain.
Lantaran itu, tidak hairanlah kini pulut kuning bukan sahaja dihidang begitu sahaja bersama rendang, kari, mahupun serunding ataupun sambal tetapi turut dihias cantik berseni yang nyata memukau pandangan.
Ini sebagaimana sering dikongsikan oleh Puan Mahiran Binti Samsuddin di akaun Instagram pulut_canteq. Difahamkan keunikan hasil air tangan dan kepakaran yang dimiliki olehnya membuatkan pulut_cantiq kian mendapat tempat di hati wargamaya.
Apa tidaknya lihat sahaja satu persatu posting yang dikongsikan, semua pulut kuning terhias cantik dengan bunga-bunga hiasan yang dihasilkan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Bahkan uniknya lagi, langsung tidak menggunakan fresh flower atau artificial flower.
Bukan Satu, Tapi 6 Jenis Pulut Jadi Pilihan
Meskipun baru sahaja memulakan perniagaan sekitar Januari 2021, pun begitu siapa san kini telah menerima banyak tempahan bukan sahaja sekitar Lembah Klang malah menjangkau hingga ke serata tempat.
Memberi lebih variasi kepada pelanggan, pulut-canteq turut menawarkan pelbagai pilihan pulut yang tidak hanya menjadikan pulut kuning bersama rendang atau kari pilihan utama, malah pelanggan juga ditawarkan dengan Pulut Pandan bersama sambil bilis, Pulut Tetal bersama Serawa Durian, Wajik Pandan dan Wajik Gula Merah.
Apa yang pasti setiap satunya mempunyai rasa yang cukup enak dan digemari ramai.
Tawar Pelbagai Pilihan
Tidak hanya menawarkan tempahan pulut kuning, malah turut menunaikan permintaan pelanggan mencari perkhidmatan ukiran sayur, buah untuk meja beradab.
Malah bakat seni yang dimiliki turut dimanfaatkan dengan menerima tempahan gubahan buah-buah untuk hantaran mahupun untuk dijadikan hadiah istimewa kepada insan tersayang.
Harga Berbaloi
Menariknya juga bila membuat tempahan pulut kuning bersama pulut_canteq, pelanggan boleh membuat pilihan sama ada berkenan bentuk kek atau berhias dengan tawaran harga serendah RM70 . Manakala untuk Pek Personal atau Door Gift pula bermula dengan harga RM5.
Berkongsi berkenaan perancangan masa depan pula, pulut_canteq berharap suatu masa nanti akan dapat menghasilkan pek pulut kuning dan rendang yang ‘di retort’ agar dapat tahan lama dan sekali gus membolehkan setiap antara pelanggan setianya dapat menikmati pulut kuning pada bila-bila masa. Bahkan boleh dipasarkan kepada market yang lebih luas dan tanpa membataskan lokasi penghantaran.
Promosi Buat Anda!
Jadi buat anda yang bukan sahaja teringin untuk merasai sendiri keenakan pulut kuning dengan membuat tempahan di pulut_canteq, anda juga berpeluang menyertai Kelas PJJ Dan Hands On dengan harga yang rendah. Belajar hingga pandai kerana pelajar dapat berkomunikasi langsung dalam group whatsapp walaupun selepas habis kelas.
Yuran penyertaan :
Kelas PJJ – RM50 seumur hidup
Kelas Hands On – RM300 sahaja
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...