Bagi ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah yang mahu memudahkan kerja dapur, pasti banyak bahan mentah yang telah dipersiapkan lebih awal. Mengisar cili, bawang merah dan bawang putih juga kisaran bahan-bahan lain pastinya amat membantu kerja-kerja memasak anda.
Semua bahan ini mungkin sudah disiapkan awal hujung minggu. Namun yang membuatkan kita malas untuk meletakkan kesemua bahan ini dalam bekas plastik adalah disebabkan bau yang ditinggalkannya.
Bau bekas plastik ini seakan berbau hapak dan kurang enak walaupun telah dicuci berkali-kali. Lebih-lebih lagi apabila makanan jenis berminyak dan bertambah sukar untuk dicucu. Bagaimana mengatasinya masalah bau ini?
Roti
Kepingan roti putih ini sangat banyak kegunaannya pada kita. Selain meletakkan di dalam kereta yang baru di beli, roti putih ini juga boleh anda letakkan di dalam bekas plastik yang sudahpun dicuci. Carik-carikkan roti di dalamnya dan tutup kemas. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya.
Ads
Garam
Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan rasa dan bau yang terperangkap di dalam bekas plastik. Ambil satu sudu makan garam dan masukkan ke dalam bekas plastik berkenaan. Tutup dan goncang supaya seluruh kawasannya terkena garam. Biarkan seketika. Ia bukan hanya menghilangkan kesan makanan yang terperangkap bahkan juga menghilangkan baunya.
Lemon
Ads
Rendaman lemon dengan air panas juga dikatakan baik untuk menghilangkan masalah bau ini. Biarkan seketika asid masam lemon meresapkan baunya dan lihatlah hasilnya.
Kopi
Ads
Selain garam dan roti, kopi juga merupakan salah satu cara bijak menghilangkan bau. Kopi membantu menyerapkan bau yang tertinggal. Masukkan satu sudu kecil serbuk kopi ke dalam bekas yang berbau dan tutup. Biarkan beberapa hari, kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Kertas Surat Khabar
Pilihan terakhir adalah menggunakan kertas surat khabar. Ramas beberapa helaian surat khabar kemudian celupkan dengan sedikit air. Letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutuplah kemas. Biarkan selama beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung di dalam kertas surat khabar mampu menyerap bau dari bekas plastik ini. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun tidak dapat melihat setiap huruf dan baris setiap ayat namun insan istimewa ini dikurniakan mata hati yang terang yang memudahkannya untuk menguasai al-Quran.
Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan tidak menghalang anak bongsu kepada pasangan pendidik untuk bergelar hafiz apabila berjaya menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam tempoh kurang daripada empat tahun.
Boleh membaca & Menulis Bahasa Arab
Adam Hussaini Mohd Rosli, 17, yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu bukan sahaja berjaya menghafaz al-Quran, malah mampu membaca dan menulis bahasa Arab dengan baik.
Dia yang menuntut di Maahad Tahfiz dan Pengajian Islam Darul Hijrah Baling, Kedah muncul antara 21 pelajar terbaik program Syahadah dan menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta sijil kecemerlangan sempena majlis Konvokesyen Himpunan Huffaz Permata al-Quran peringkat Nusantara di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, hari ini.
15 jam baca & pelajari al-Quran
Bercita-cita untuk menjadi seorang ustaz dan pendidik bagi mencurahkan ilmu terutamanya kepada golongan kurang upaya (OKU), Adam Hussaini berkata, dia menghabiskan masa kira-kira 15 jam sehari untuk mempelajari bahasa Arab dan membaca al-Quran menggunakan braille.
“Dorongan dan galakan diberikan ibu, Hasnah Hashim, 54, dan bapa yang juga bekas pesara guru, Mohamad Rosli Hassan, 62, serta sisihkan sikap jemu untuk belajar menjadi kunci kejayaan.
“Selain itu, kesungguhan belajar menggunakan braille sejak sekolah rendah lagi membuatkan saya dapat menguasainya dengan mudah al-Quran dan seterusnya menghafalnya,” katanya.
Majlis perasmian dan penyampaian anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satipul Bahari Mamat.
Yang turut hadir adalah Presiden Permata Al-Quran, Manolito Mohd Dahlan dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah.
Calon pensendirian SPM
Adam Hussaini yang juga bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan khas Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, berkata dia kini sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November depan.
“Saya mengambil peperiksaan SPM kategori calon persendirian dan mengulangkaji pelajaran dengan bimbingan ibu yang bertugas sebagai guru di Sekolah Model Khas, Baling, Kedah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebanyakan daripada kita hanya memberikan perhatian kepada tarikh luput pada barang-barang tertentu sahaja seperti makanan kerana ia mudah rosak. Kita tak pernah terlepas pandang untuk menyemak tarikh luput susu atau roti. Bahkan, setiap kali membeli barangan tersebut, kita akan menyemak tarikh terlebih dahulu. Sedangkan untuk barangan lain, kita sering terlupa, atau mungkin kita tak tahu, bahawa peralatan rumah lain juga mempunyai tarikh luput.
Berikut beberapa barangan dan peralatan lain di dalam rumah yang mempunyai tarikh luput.
1. Bantal (2-3 tahun)
Mungkin ramai yang tak tahu, atau tidak kisah, selagi bantal tersebut boleh dipakai, kita akan pakai. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ‘bantal busuk’ sejak kecil. Sebenarnya bantal mempunyai jangka hayat selama 2 hingga 3 tahun. Bantal akan menjadi rumah kepada hama, yang akan memberikan banyak masalah kepada kesihatan kita. Bantal lama juga akan menyebabkan kesakitan pada leher kerana kehilangan bentuk asalnya disebabkan penggunaan melebihi jangka masanya.
2. Tuala (1-3 tahun)
Pernah tengok orang memakai tuala sehingga nipis dan gelap warnanya? Ia bukanlah disebabkan kualiti tuala itu tidak bagus, tetapi kerana penggunaan sesebuah tuala untuk jangka masa yang terlalu lama. Jika anak-anak anda tinggal di asrama, cuba periksa tuala anak anda. Sama ada ianya masih elok atau tidak. Disebabkan tuala sentiasa basah, ia adalah tempat yang paling baik untuk pertumbuhan bakteria, dan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit.
Walaupun kerap dibasuh, tuala akan tetap tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sentiasa tukar kepada tuala yang baru, setiap 1-2 tahun.
3. Berus gigi (3 bulan)
Ya, kebanyakan di antara kita hanya akan menukar kepada berus gigi yang baru hanya apabila bulu-bulunya sudah tercabut atau rosak. Doktor gigi mengesyorkan agar kita menukar berus gigi setiap 2 atau 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi.
4. Span mandian / Loofah (2-3 minggu)
Span mandian atau loofah akan mula membiakkan bakterian dan kuman hanya dalam beberapa minggu. Disebabkan ia sentiasa dalam keadaan basah, ini akan mempercepatkan lagi proses pembiakan tersebut. Loofah yang diperbuat daripada plastik dan berjaring seperti gambar di atas adalah lebih selamat dan tahan lebih lama, kira-kira 8 minggu kerana ia mempunyai ruang antaranya yang lebih besar berbanding span mandian biasa.
Untuk memastikan span anda tahan lebih lama, sentiasa bilas dan keringkan span dan loofah anda selepas setiap kali digunakan. Gantikannya selepas beberapa minggu.
5. Produk pencuci / pembersih
Pernah tak anda mengalami situasi ini, anda baru berpindah ke rumah baru, dan terdapat produk pembersih atau pencuci seperti pencuci lantai atau sabun basuh baju. Berasa rugi untuk buang barang-barang ini anda pun gunakannya untuk mencuci lantai dan baju anda. Pernah?
Ini adalah kerana kita mengganggap produk-produk ini tidak mempunyai tarikh luput, dan berasa rugi jika membuangnya. Menurut Good Housekeeping, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh tertentu dan bekas plastik produk itu juga akan memberi kesan kepada formula produk itu. Kami sertakan tarikh luput bagi produk-produk pembersih yang mungkin ada di rumah anda.
Sabun basuh baju : 6 hingga 12 bulan
Pelembut pakaian : 1 tahun
Pembersih lantai / sinki : 2 tahun
Pembasmi kuman (Dettol) : 3 bulan
Sabun basuh pinggan : 12 hingga 18 bulan
6. Minyak wangi (1-3 tahun)
Minyak wangi dan eau de parfum boleh tahan selama 3 tahun jika tidak dibuka dan digunakan, dan tahan untuk 2 tahun jika digunakan. Manakala eau de toilette pula boleh bertahan selama 4 tahun jika tidak dibuka, dan 2 tahun jika dibuka. Jadi sebelum anda membeli minyak, jangan hanya pilih bau yang anda suka sahaja, anda juga perlu periksa tarikh luput.
7. Puting bayi (2-5 minggu)
Bagi yang mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memantau puting yang diberikan kepada si kecil. Puting yang diperbuat daripada getah perlu digantikan, tak kiralah berapa lama ia telah digunakan dan keadaan puting itu. Ia amat mudah rosak dan boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria.
8. Kerusi kereta kanak-kanak (6-10 tahun)
Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada bahan yang mengembang dan mengecut berdasarkan jangka umur dan suhu, dan suhu dalam kereta yang berubah terlalu kerap, kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 hingga 10 tahun SELEPAS dari tarikh pembuatan. Tarikh luput biasanya dipaparkan pada bahagian bawah atau tepi produk tersebut.
Juga, kerosakan terdahulu, atau jika anda terbabit dalam kemalangan juga boleh memberikan kesan kepada keselamatan kerusi ini. Jadi, jangan sesekali anda cuba untuk membeli kerusi kereta bayi terpakai, kerana tidak tahu tahap keselamatannya. Lebih baik membelanjakan lebih wang daripada mengambil risiko yang sangat bahaya.
9. Baju dalam wanita (1-2 tahun)
Ya, baju dalam wanita juga mempunyai tarikh luput. Sebaik sahaja baju dalam anda hilang bentuk, keanjalan, menjadi besar atau kecil, dan juga menjadi tidak selesa, tiba masanya untuk anda membuangnya dan membeli yang baru tanpa rasa kesal. Ia tidak baik untuk kesihatan payu dara anda, dan juga keselesaan yang kurang dalam seharian anda.
10. Kasut sukan (1 tahun)
Jika anda seorang atlit, atau suka bersenam, anda mungkin tahu bahawa kasut sukan mempunyai tarikh luput. Setelah kasut sukan anda digunakan untuk larian sebanyak 400 hingga 500 kilometer, ia kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan ini akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda. Namun, jika anda jarang menggunakannya, tukar kepada kasut baru jika anda berasa tidak selesa dan rasa sakit-sakit.
11. Wayar sambung (1-2 tahun)
Setiap wayar sambung mempunyai kapasiti yang tertentu. Jika anda melebihi kapasitinya, ia akan merosakkan wayar sambung tersebut dan boleh menyebabkan masalah besar seperti litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko yang besar hanya kerana anda tidak mahu menukarnya.
12. Krim pelindung matahari (3 tahun)
Biasanya, krim pelindung matahari mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, walaupun tidak dipaparkan pada produk tersebut, menurut pakar-pakar. Setelah melepasi jangka hayat ini, keberkesannya akan menjadi kurang. Jadi, sebelum membeli, anda perlulah menyemak tarikh luputnya terlebih dahulu, dan jika ia tidak mempunyai tarikh luput, semak tarikh produk itu dihasilkan, dan buang selepas 3 tahun tidak digunakan.
Jadi selepas ini, diharapkan kita semua lebih peka dan teliti ketika membeli barangan-barangan ini dan juga barangan lain, supaya mendapat faedah dan manfaat yang lebih. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
.
Sumber rujukan :
1. Buzzfeed
2. Dadgab
3. Linkis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kek coklat sudah tentunya menjadi kegemaran anak-anak. Kebiasaan kek ini banyak dijual dipasaran. Sebenarnya nak buat kek coklat memang mudah jika resipinya menggunakan bahan-bahan yang mudah dan kos yang murah.
Begitu juga dengan perkongsian ini. Bahan dan sukatan yang disediakan memamg senang nak buat. Jika newbie yang buat memang confirm jadi. Jangan risau tak ada skill buat kek tapi ikut je resipi ni. Jom buat!
________________________________
Salam semua, first time buat kek coklat kukus ni. Resepi simple simple untuk newbie dessert ni musim musim kena kuarantin kan.
Menu dessert ape lagi yang mudah untuk dicuba? Mohon share sama sama mana tahu kot saya ada bahan dalam dapur tu boleh la try lagi.
By the way resepi kek ni simple dan sedap, insyaAllah!
Okay, so ini bahan bahan mudah untuk buat Kek Kukus coklat :
*Sukatan menggunakan cawan teh / kopi jer*
1 Cawan minyak masak
1 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Serbuk Koko (kalau tak de boleh pakai Milo)
1 Cawan Gula Ising (Saya xde ni, jadi saya pakai 1/2 cawan gula biasa).
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu biasa esen vanilla
1 sudu biasa baking powder
1 sudu biasa soda bikarbonat (saya tak pakai ni pun ok juga kejadian kan kan )
2 biji telur ayam
Cara cara buat adunan:
1. Kacau sebati campuran minyak masak, serbuk koko dan tepung gandum.
2. Kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain dan kacau sampai sebati.
3. Sediakan periuk kukus, dan bekas tipuware yang transparent tu dengan penutup. (kena tutup tau supaya wap air kukus tak jatuh kedalam bancuhan kek).
4. Tuang adunan kek tu 1/2 dari size bekas tipuware uolss okay.
5. Kukus selama 45min Kalau dapur kukus elektrik / dapur api gas. (Saya pakai dapur elektrik periuk kukus).
Untuk sos coklat :
1. 2 sudu biasa mentega
2. 1 sudu serbuk coklat
3. 1 cawan susu pekat
Masak atas api sederhana sampai semua bahan cair dan sebati, tuang atas kek yang siap panas panas.
Fuhhh!! Feeling dia macam makan kek Lava Coklat Secret Recipe tu. Maklumlah rindu secret recipe masa tengah buat kek ni. Berangan kan FREE!
Selamat mencuba semua. Dah berjaya buat share kat komen ye.
Kredit: Aznida Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...