
Hidup ini umpama roda, ada kalanya berada di atas hidup senang dan berjaya. Ada kalanya pula berada di bawah, diuji dengan kesusahan.
Kebiasaannya bila melalui saat getir dalam kehidupan, fikiran dan perasaan menjadi kusut dan berkecelaru. Malah ada juga yang berubah menjadi baran.
Lantaran itu, PU Amin berkongsi amalan yang boleh dilakukan. Jom semak.
Perkongsian dari hati buat semua . Moga dapat diamalkan bersama. Kongsikan pada semua, agar manfaat pahala akan berpanjangan.
Mungkin akan membantu mereka yang sedang di uji. Kita bantu bersama. Inshaallah.
Amal Ayat 44 surah ghafir
Amal Ayat 250 surah al baqarah
sumber : PU Amin
“Confirm Ni. Bab Bawang Memang Sama.” Atikah Suhaime Disyaki Hamil

Pelakon popular, Datin Atikah Suhaime, 33, kini menjadi tumpuan peminat setelah mendedahkan melalui TikTok bahawa dia mengalami alahan .
Situasi itu yang membuatkan dirinya terpaksa berehat sementara daripada menghasilkan video mukbang yang sering dinantikan oleh pengikutnya.
Lama tak post mukbang. Terimalah focaccia bread mushroom portobello sandwich ni. Thank you temankan late lunch.
Dalam hantaran tersebut, Atikah berkongsi tentang perubahan selera makannya yang semakin teruk kebelakangan ini, mencetuskan spekulasi bahawa dia mungkin sedang hamil.
“Kebelakangan ini, rasa mual memang susah nak hilang. Saya minta maaf kalau ramai yang tertunggu-tunggu video mukbang baru.
Menurutnya, dia tidak lagi boleh menikmati makanan yang mengandungi bawang merah dan bawang putih kerana hanya bau kedua-dua bahan tersebut sudah cukup membuatkan dia berasa mual.
“Tak boleh bau bawang putih langsung. Kalau bau je, mesti muntah.”
Atikah, yang juga dikenali dengan bakatnya dalam bidang masakan, turut berkongsi video sedang menyediakan hidangan Itali, Portobello Mushroom Focaccia Sandwich, dan menyatakan bahawa hanya makanan tersebut yang dapat diterima oleh tekaknya dalam tempoh ini.
Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai kehamilannya, peminat terus menyokong dan mendoakan yang terbaik buat pelakon asal Singapura itu.
Antara komen netizen adalah seperti berikut:
“Confirm ni. Mcm sy. Bab Bawang tu mmg sama. Alhamdulillah. Tc tau. Eat & rest well”
“Kalau betul pregnant..mesti comel baby..mcm cina-cina.”
“Rasanya kak Tika pregnant ni, kalau betul syukur alhamdullillah.smoga dpermudahkan ye.”
Watch on TikTok
Sumber:Tiktok atikahsuhaimeeee
Lawak Betul Bila Dadda Jinggo Ajar Cucu Cakap Perak, Berkerut Dahi Bunga Elhaq Jadinya!

Keseronokan mendapat cucu sulung sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maklumlah sudah sekian lama tidak mempunyai orang baru dalam keluarga, malah dengan kelahiran cucu tersebut turut mengubah status diri menjadi seorang datuk dan nenek.
Begitulah yang juga dirasai saat ini dan dapat dilihat jelas kegembiraan tersebut apabila meninjau di instagram Jinggo. Di dalam video tersebut Jinggo asyik melayan dan bersembang dengan cucunya Bunga Elhaq meskipun masih bayi lagi.
Apa yang menariknya lagi dan kelihatan lucu di mata wargamaya, bilamana Jinggo mengajar cucunya itu bercakap loghat Perak dan melihat respon Bunga Elhaq yang berkerut dahi seakan cuba memahami membuatkan Jinggo turut tertawa melihat reaksi cucunya itu.
Jelas terlihat betapa bahagianya atok dan cucunya, apatah lagi melihat Bunga yang comel dan montel membuatkan Jinggo berasa geram dengan cucu sulungnya itu.
Tidak dengan satu video ini sahaja malah ada lagi video lain turut dikongsikan Dadda Jinggo bersama cucu kesayangannya itu bagi mengajar tentang loghat Perak yang mencuri tumpuan wargamaya.
Meninjau di ruangan komen tidak dinafikan ramai yang turut geram dengan Bunga Elhaq. Malah membaca apa yang ditulis oleh wargamaya juga mencuri tumpuan bila mana ada antaranya menulis dalam loghat Perak. Tidak kurang juga kerana asyik menonton keletah atok melayan cucu, netizen juga baru perasan bahawa kaca mata yang dipakai Jinggo sebelah bentuk empat segi dan sebelah lagi bulat.
“Alaaaaaa gerammm….knp comel sgt nii bungaaaa❤️❤️❤️❤️sy doakan bunga menjadi anak yg bijak & bertuah..aminn”
Pe ke heinye dadda menyerongin ler Kite yek hehehe😄😄😄😄
Aje yg harhu dadda nye pon… 😂. Bunga munkalo x nyerongen pon udah comey beno.. Tenang rhase jiwa acik nengoknya… Very so sweet la u Bunga .. 🥰🥳
MasyAllah auntie Dr sarawak pun turut belajo sekaki ❤️❤️❤️😂😂😂
Ya Allah baghu peghasan spek nyer sebelah 4 segi sebelah bulat😂😂😂😂
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Masih Tiada Tempat Berlindung Akibat Banjir, Segera Bawa Keluarga Ke Premis Yang Disenaraikan Ni!

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, didoakan buat semua keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir dipermudahkan urusan mereka.
Tidak dapat dibayangkan kesukaran yang mereka lalui kini hingga ada yang masih terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing malam tadi bersama anak-anak kecil dan sebagainya apabila laluan untuk pulang ke rumah mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Memetik berita yang dikongsikan di Selangor Kini, difahamkan jalan-jalan utama di Setia Alam yang menghubungkan Meru dan Bandar Bukit Raja di Klang dinaiki air antara dua hingga tiga meter sejak lewat malam tadi menyebabkan ramai pengguna jalan raya yang terkandas tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini sejak Jumaat lalu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dan memberi keselesaan kepada golongan berkenaan.
Bantuan bukan hanya tertumpu kepada sumbangan keperluan asas tetapi turut meliputi penyediaan tempat berteduh dan pemindahan sementara.
Berikut bantuan tempat perteduhan dan penempatan sementara yang ditawarkan:
-Masjid Negeri Shah Alam menyediakan ruang untuk menempatkan mereka yang terkandas. Makanan dan minuman turut disediakan
-Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menawarkan Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam sebagai tempat perteduhan. Kafe juga dibuka. Hubungi 03 5519 7667
-Surau Al-Munawwarah di Seksyen 13, Shah Alam membuka penempatan untuk mangsa banjir berteduh. Makanan turut disediakan oleh kejiranan perumahan berhampiran
-Gudwara Shah Alam menawarkan kemudahan penginapan di tingkat satu premisnya yang beralamat 10, Jalan 18/49, 40200, Shah Alam. Hubungi 012 379 0124 (Belbir Singh)
-Thompson Hospital Kota Damansara menawarkan wadnya yang tidak digunakan untuk individu memerlukan penempatan sementara. Hubungi 03 6287 1111
-Pusat Sehenti Bencana DUN Lembah Jaya dibuka sebagai persediaan menghadapi banjir. Premis itu terletak di Dewan MPAJ Lembah Jaya. Hubungi 017 879 2399 (Iman)
Sumber : Selangor Kini