Tiba-tiba perwatakan anak berubah? Bila dilihat semula, anak seperti meniru watak kartun yang ditontonnya. Sejauh manakah kartun yang anak tengok memberi kesan terhadap perwatakan serta emosi anak-anak?
Menurut perkongsian dari Developmental Psychologist, Pn Pija Ramli menonton kartun pada dasarnya adalah untuk mendapatkan input sensori anak tetapi jangan sampai salah pilih kartun.
Matlamat anak tengok cerita kartun adalah untuk mendapatkan input sensori seperti penglihatan, pendengaran, gambar dan grafik yang cantik serta bunyi-bunyian yang pelbagai dan seronok.
Satu lagi anak tengok kartun biasanya sebab suka dengan emosi dalam kartun tersebut. Ada lari-lari dan rasa teruja selain mempelajari perkara baru seperti kosa kata baru dan sebagainya.
Pun begitu ada kartun-kartun yang kurang sesuai untuk anak. Antaranya adalah Huggy Wuggy, Shinchan dan Pingu.
Kartun Shinchan ini sebenarnya memberi pengaruh yang tidak baik dimana memperlihatkan tingkah laku seksual yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Selain itu siri kartun Pingu juga dirasakan kurang sesuai untuk kanak-kanak kerana siri kartun ini tidak bercakap dan ini kurang bagus terutamanya pada kanak-kanak peringkat awal untuk mengembangkan komunikasi mereka.
Huggy Wuggy pula dilihat sebagai siri kartun yang menyeramkan dan keadaan ini boleh mengganggu emosi dan perkembangan kanak-kanak untuk membesar.
Ads
Ciri-ciri kartun yang menyebabkan tidak sesuai untuk kanak-kanak
1. Tingkah laku agresif
Tak semestinya memukul sahaja tetapi mengejek, membuli dan memulau dan ini banyak berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Ada adegan sebegini tidak bagus untuk anak.
2. Penggunaan bahasa negatif/kesat
Tidak hanya kata-kata kurang sesuai bahkan kartun yang tidak bercakap juga perlu dielakkan. Kartun biasanya dilihat oleh kanak-kanak Bawah 2-3 tahun dan para peringkat ini kanak-kanak perlu berkomunikasi untuk mengembangkan kemahiran percakapan mereka.
Bila mendengar bahasa pelik dan tidak bermakna ini tidak membantu kosa kata anak-anak malah mengelirukan anak-anak.
Ads
Impak emosi negatif pada anak
“Tengok saja bukan nak tiru”. Itu mungkin kata-kata sesetengah ibu bapa tetapi ini anda perlu tahu kesannya kepada anak selepas menonton.
1. Kurang empati dan simpati
Pendedahan berterusan boleh mengurangkan sensitiviti anak. Anak jadi kurang kasihan pada orang sekeliling.
2. Takut atau bimbang keterlaluan
Boleh jadi gangguan kepada tidur anak dan terbawa-bawa dalam mimpi.
3. Kawalan kendiri yang lemah
Anak tak dapat bezakan baik dan buruk, samada bahaya atau tidak dan ini salah satu tingkah laku impulsif kesan daripada kawalan diri yang lemah.
Ads
Bagi mengurangkan anak menonton, gunakan konsep cegah dan bimbing anak baik sebelum atau ketika menonton. Jika boleh tonton sekali bersama anak supaya dapat menapis adegan yang kurang sesuai.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ada di kalangan ibu yang hanya ada seorang anak tetapi tidak boleh lakukan apa-apa dirumah melainkan melayan anak yang sentiasa minta didukung dan dilayan. Ada yang tidak dapat masak atau kemas rumah mahupun jawab mesej di telefon. Ibu-ibu ini sentiasa stres. Anak tidak mahu pada ayah atau orang lain.
Apa yang boleh ibu ini lakukan dan apa yang boleh dilakukan oleh orang lain dalam rumah untuk membantu ibu ini?
Yang perlu ditanya adalah punca masalah ini . Punca utama adalah keadaan emosi anak yang terlalu risau dan hanya rasa selamat bila didukung ibunya. Soalan kedua yang nak ditanya, bagaimana boleh jadi begini?
Ia berlaku mungkin atas beberapa sebab:
1. Pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung mempengaruhi emosi anak
2. Pengalaman anak itu sendiri, mungkin kena tinggal oleh ibu semasa selepas dilahirkan, mungkin dimasukkan dalam inkubator atau dipisahkan dari ibu pada umur yang muda.
3. Penyakit dan perasaan sakit/gatal yang dialami anak ini yang menyababkan dia perlukan belaiaan yang berterusan.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu dan orang yang ada dalam rumah?
Ibu yang sentiasa dalam keadaan stres akan mula rasa benci atau hilang kesabaran terhadap anak ini. Walaupun mungkin ibu boleh tahan dirinya dari memukul anak, mungkin sekali sekala akan marah juga dengan nada yang kuat. Mungkin ibu boleh tahan dari keluarkan suara keras tetapi ibu tak mungkin dapat kawal perasaan negatif terhadap anak. Anak dapat rasa perasaan negatif ini dan akan bertindak dengan menjadi lebih melekat pada ibu dan lebih demanding. Ini adalah kerana anak tidak tahu bagaimana dia perlu lakukan untuk dapatkan kasih sayang yang dia mahukan .
Jalan keluar adalah untuk hilangkan perasaan negatif terhadap nya;
Letakkan anak dan berikan dia aktiviti dan buatlah kerja yang nak dilakukan walaupun anak ini menangis. Kenalah belajar untuk tahan anak menangis . Beritahu anak dengan tenang bahawa anda perlu lakukan kerja dan anda lakukan nya untuk anak itu.
Contohnya, beritahu anak bahawa anda memasak untuknya atau untuk keluarga. Banyak senyum dan buat suara ceria dan selalu beritahu anak bahawa anda sayangkan dia. Cara ini sesuai digunakan pada anak yang lebih dari setahun.
Pada mulanya anak akan resist dan seolah teknik ini tidak berjaya tetapi lama kelamaan anak akan terima bahawa ibunya tegas dan dia tidak akan dapat selain dari apa yang ibunya boleh berikan dari segi perhatian . Jika ada suami atau orang lain yang boleh layan anak berikan kepada orang berkenaan dan orang itu juga hendaklah sabar melayan anak yang sedang menangis atau tantrum. Banyak peluk dan berikan kata-kata positif yang anak itu disayangi. Kawal perasaan negatif dengan zikir dan astaghfar.
Ini hanya satu teknik dan adakalanya anak mempunyai masalah kesihatan seperti masaalah saraf -otak contohnya Autisme, anak kurang zat makanan, atau anak ada penyakit seperti Ekzema dimana keadaan ini perlu dirawat.
Banyak lagi boleh dilakukan dan ibu serta keluarga yang terjejas perlu dapatkan bantuan profesional. Perlu juga diketengahkan bahawa ada kemungkinan bahawa emosi dan perangai anak berpunca dari masalah emosi orang dewasa.
Ayda Jebat mengakui proses berpantang adalah satu fasa yang cukup mencabar buat ibu-ibu yang baru melahirkan. Lebih-lebih lagi terpaksa menguruskan si kecil. Namun itu menjadi kelebihan buat penyanyi kecil molek ini.
Berpantang memberi kesan terhadap penurunan berat badannya.
“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, Ana Nayla yang sihat dan membesar di hadapan mata.
“Saya dapat bermain dengan dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?
“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih kut… Saya sendiri terkejut sebab saya tidak diet pun tapi berat turun.
“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak! Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram!” ujarnya lagi.
Tambah isteri kesayangan Nabil Mahir ini lagi, dia tidak kisah mengenai situasi tersebut, asalkan dapat menghabiskan masa bersama dengan anaknya yang kini sudah memasuki usia 2 bulan.
“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya,” ujar Ayda yang mengakui Nabil juga banyak membantunya dalam soal menjaga anak.
“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.
“Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat… Tapi saya pula yang kurus!.” jelas Ayda lagi.
Ayda Dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil perkongsian hidup,pasangan ini menimang cahaya mata sulung iaitu Ana Nayla pada 21 September lalu.
Rider Grab Usung Anak Berpanas & Berhujan Demi Cari Rezeki, Buat Ramai Yang Sebak!
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan mengenai kesusahan yang dilalui oleh seorang ayah ini apabila terpaksa membawa bersama anak kecil setiap kali keluar bekerja.
Memandangkan desakan hidup yang terpaksa ditanggung dengan pelbagai kos yang semakin tinggi, dia dan isteri harus bekerja kedua-duanya untuk menampung makan minum keluarga tercinta.
Lantaran itu kisahnya yang menggendong anak dalam cuaca panas tular setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @abamskhai telah menarik perhatian netizen.
Menurut Khairul Fazki, 42, dia yang sedang dalam perjalanan terlihat seorang penunggang motosikal sedang menggendong anaknya yang baru berusia setahun keluar untuk mencari rezeki.
Prihatin dengan nasib rider tersebut, dia menghampiri lelaki tersebut sebelum bertanyakan keadaan yang dialaminya kerana terpaksa membawa anak kecil dalam keadaan cuaca yang panas terik.
“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.
“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas matahari.
“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TikTok untuk tunjuk kehebatan seorang bapa.
“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” katanya.
Dalam pada itu, rider tersebut memaklumkan dia mempunyai tiga orang cahaya mata dan menetap di Jinjang, Kuala Lumpur. Dimaklumkan juga sudah sebulan dia bekerja sebagai rider dengan membawa anak kecil selepas isterinya mula bekerja.
“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” jelas Amirul dengan tenang.
Tambahnya lagi, anaknya akan diberi nasi ketika bekerja dan hanya meminum susu apabila pulang ke rumah.
“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen dan mengambil salah yang menarik perhatian, @azueizz berkata, “bukan suka-suka dia nak bawa anak. Kemungkinan dia takda duit untuk upah pengasuh sebab bayaran pengasuh pun mahal. Semoga murah rezeki beliau,”tulisnya.
Rata-rata waranet berasa simpati dan mendoakan agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki keluarga tersebut.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...