Elak Anak Rabun, Dr Ni Sarankan Buat Senaman Mata. Begini Nak Buatnya!

Share

Anak zaman sekarang ini boleh dikatakan kebanyakannya memang  akan ‘melekat’ dengan gadjet.

Siang malam, ditangan mereka memegang telefon. Sama ada untuk bermain game, menonton atau merekod video.

Ada sahaja masa mereka untuk menatap skrin gadjet tanpa rasa jemu.

Bahkan jika tidak dikawal,  mereka boleh sahaja dari celik mata hingga malam hari bermain dengan gadjet.

Hendak disekat memang payah keyika itu dan lama kelamaan bimbang juga kalau rutin tersebut mempunyai kesan pada tahap penglihatan mereka.

Ini sebagaimana perkongsian daripada doktor berkenaan kesan dek kerana terlalu lama menatap skrin.

Turut dikongsikan juga, beberapa cara untuk ibu ayah boleh praktikkan bagi menjaga kesihatan mata dan sekali gus mengelakkan masalah rabun.

Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.


Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.

Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.

Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin. Tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.

Menurut American Academy of Pediatrics,

1. Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.

2. Cuma 1 jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun.

Tapi tak semua mak ayah ikut pun nasihat ni.

Bila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, jadi sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh.

Sebab tu kita boleh amalkan senaman mata ni.

1) Rule 20-20-20.

Lepas 20 minit anak tengok gajet, suruh dia pandang tempat yang 20 kaki (6.1 meter) jauh selama 20 saat.

Senang je kan?

2) Fokus jauh dan dekat.

Letak ibu jari jauh 20 cm dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat. Lepas tu pandang tempat yang 20 kaki jauh selama 20 saat. Ulang beberapa kali.

sumber : Redza Zainol