
Keselamatan anak-anak di rumah menjadi keutamaan ibu bapa. Apatah lagi jika anda mempunyai anak kecil terutama yang sudah boleh merangkak atau berjalan pasti membuatkan ibu bapa pening nak melayan.
Jenis yang sudah ‘dapat kaki’ ni memang tak reti duduk diam. Ke sana ke mari tanpa henti dan mencapai barangan sehingga boleh mengundang bahaya pada mereka.
Jadi sebagai ibu bapa kena sentiasa ‘alaert’ supaya tidak berlaku sebarang kemalangan kepada anak-anak di dalam rumah.
Pastinya ruang dapur menjadi kawasan larangan buat si kecil yang suka menjelajah kan. Tapi bagaimana caranya nak pasti mereka tidak boleh bermain di kwasan dapur.
Saudara M Fakhrullah Hassan menerusi page Tukang Apa Hari Ini berkongsi tip membuat pagar bagi memastikan anak-anak tidak boleh dekat dengan kawasan dapur.

“Alhamdulillah” Nad Zainal Sah Jadi Isteri Ungku Ismail! Terima Mas Kahwin RM1,000

Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023.
Pereka fesyen duo Seth & Luna tampil membuka cerita sekaligus mengesahkan Nad dan Ungku sudah sah menjadi pasangan suami isteri.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram, Seth & Luna yang sudah berkawan selama tujuh tahun berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar (pernikahan).
“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Nad memuat naik foto berpelukan dengan Ungku berserta mas kahwin iaitu RM1,000.
Dengan kapsyen ringkas, pelakon berumur 32 tahun ini meluahkan rasa syukur.
Terdahulu, Nad dan bekas suami iaitu Muhammad Faliq Amirudin mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.
Sumber: Instagram
“Kasihan Jurusolek Kena Ambil Masa Lama.” Pernah Hilang Keyakinan Dek Kulit Berjerawat, Kini Wajah Aina Abdul Muncul Di Billboard!

Penyanyi terkenal Aina Abdul mendedahkan pernah melalui zaman sukar apabila berdepan masalah kulit wajah sejak zaman sekolah menengah lagi.
Malah disebabkan masalah jerawat ini juga menyebabkan proses untuk menyolek wajahnya perlu ambil masa lama.
Menurut pemilik nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, dia mengalami masalah kulit wajah berjerawat sehingga menyebabkan dirinya hilang keyakinan.
“Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain.
“Jadi, saya ok saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah. Dalam masa sama saya mendapatkan khidmat nasihat doktor.
“Disebabkan masalah kulit memang susah nak mekap. Apatah lagi boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap.
“Kadang kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama. Jadi, apabila saya berjaya atasi masalah ini, saya nak didik pengguna atau mereka yang ada masalah sama macam saya untuk percaya yang setiap perkara itu perlu melalui proses,” katanya pada Harian Metro.
Dan kini siapa pun tidak menduga, penyanyi yang baru saja menang vokal terbaik di AJL 36 lalu teruja apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan (bilboard) di beberapa lokasi di Malaysia.
Menurut Aina dia sangat teruja kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana dirima memang pengguna produk Truskin.
“Bagi saya produk ini bukan saja berkuaiti, malah pihak mereka juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masakah kulit muka zaman remaja mendapat peluang untuk muncul di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya juga semakin dapat diatasi dengan pengunaan produk ini dan apa yang penting saya kembali dapat semula keyakinan diri.
“Sementelah komitmen saya juga yang perlu bertemu ramai orang dan membuât persembahan atas pentas,” kata pelantun lagu sumpah dan Sepi ini di Media Hiburan.
Aina sebelum ini telah dilantik menjadi sebagai wajah kempen produk Truskin dan telah menggunakan produk ini selama 2 tahun.
Sumber: ainaabdul & Media Hiburan
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
“Harap Jadi Kenangan Manis Untuk Anak.” Derita Kanser Otak Tahap 4, Impian Danial Rasa Jadi Anggota Bomba Tercapai

Saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Biar diuji dengan dugaan berat itu, ibu bapa ini sedaya upaya memenuhi permintaan anak kecilnya.
Adik Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi, 7 tahun telah diberi kejutan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang yang menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memakaikannya pakaian seragam bomba serta bergambar dengan anggota bomba yang lain.
Adik Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba telah dibawa menaiki jentera jabatan bomba yang dipandu sendiri oleh Pengarah Bomba Pahang, Nor Hisham Mohammad.
Menurut Ahmad Suhairi yang juga bapa kepada adik Danial, sebelum anaknya berada dalam keadaan tidak berdaya, dia ada menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba kepada Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) dan tidak menyangka impian itu direalisasikan.
Ahmad Suhairi Ali, 33, berkata walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.
“Menurut doktor yang merawatnya, tiada ubat boleh merawat atau memulihkannya lagi, jadi kami reda dan akan buat sehabis baik untuk menggembirakannya.
“Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, 7, dikesan menghidap penyakit kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,” katanya.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif.
Kini dia hanya terlantar di rumah sejak Mei lalu dan hanya bergantung kepada ubat- ubatan hospital sahaja. Malah, segala urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapa untuk menguruskan selain perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Sumber: Bernama
video: Fazli Ahmad