Anak ada masalah cacing! Macam mana tu? Selalu kerap kita dengar anak ada masalah cacing tetapi apakah petandanya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur. Apa nak buat? Ini tip untuk mak ayah.
Anak selalu garu bahagian belakang, macam cacing je. Bila anak makin membesar, dah mula pandai kutip sesuatu nak masukkan ke dalam mulut. Bila anak mula makan, dah pandai makan macam-macam hidangan.
Bila anak kerap ambil makan minum dari luar, dengan penjagaan kebersihan yang kita tak pasti.
Untuk anak yang kerap kecacingan, atau nak elak anak dari kecacingan, korang boleh selalu bagi anak 8 makanan ni. Semuanya makanan segar dan senang nak dapat.
Kecacingan boleh berlaku, kadang tanpa kita sedar pun kan. Tiba-tiba je anak asyik garu bahagian dubur.
Antara simptom kecacingan;
– Gatal bahagian dubur
– Anak kerap tak sihat
– Kerap muntah cirit
– Asyik kembung perut
– Tak lalu makan
– Susut berat badan
– Keluar cacing bersama najis
Korang boleh bawa anak jumpa doktor, dalam masa yang sama, perbanyakkan bagi anak makanan macam ni ok.
Dan, tak perlu takut bawak anak grounding ye. Grounding penting untuk kuatkan imun anak. Banyakkan makanan macam ni untuk anak, cacing pun fikir panjang nak dekat dengan anak kita.
Ads
1. Betik dan bijinya. Ada kandungan papain dan carpain, bersifat antiparasit. Cara mudah untuk anak makan, kisar betik dengan bijinya sekali, tambah air dan madu. Boleh minum terus, atau jadikan aiskrim.
2. Bawang putih. Ada allicin, ini ejen penting untuk bunuh parasit. Banyakkan bawang putih dalam makanan anak, buat sup paling senang.
3. Biji labu. Ada cucurbitacin dalam ni, bantu lemahkan beberapa jenis parasit. Untuk anak yang dah pandai mengunyah lebih sesuai. Bagi je diorang makan terus, atau masuk dalam yogurt pun sedap, tambah madu sikit.
Ads
4. Delima. Ada kandungan punicine, sangat beracun untuk parasit. Bagi anak makan sekali dengan bijinya. Sesuai untuk anak yang dah pandai mengunyah. Kalau baby, boleh picitkan jus je terus masuk mulut anak.
5. Kelapa, isinya, airnya, minyaknya. Semua untuk parasit. Bagi anak minyak kelapa setiap hari, bagi anak air kelapa dan isinya setiap minggu, insyaAllah anak bebas parasit sampai besar.
Ads
6. Carrot. Tinggi vitamin A, immune booster untuk anak. Masak sup boleh letak ni sekali.
7. Kunyit. Bersifat antiparasit, mampu lemahkan parasit, dan musnahkan telur parasit. Masukkan kunyit segar atau kunyit serbuk asli dalam makanan anak. Elak serbuk kunyit yang ada campuran.
8. Bunga cengkih. Herba yang bersifat antiseptik, antiparasit, antibakteria. Boleh flush kan parasit dari tubuh anak. Senang kalau anak suka sup, masukkan je setiap kali masak.
Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.
Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?
Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.
Antara khasiat beras rebus ialah :
1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.
2. Mempunyai kalori yang rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
3. Kaya dengan vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
4. Mineral yang tinggi
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrien yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.
Bawang putih yang menjadi antara bahan wajib dalam masakan untuk memberi aroma dan rasa pada masakan, diakui juga semamangnya bermanfaat dalam penjagaan kesihatan. Ini kerana antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi tubuh. Dikatakan juga, sebaiknya dimakan mentah untuk kesan yang optimum.
Pun begitu, jika tidak ‘lalu’ dengan rasa dan baunya untuk dimakan mentah, boleh juga mencuba petua yang dikongsikan oleh Myra Chaqkey yang amalkan makan bawang putih yang dimasak semasa menanak nasi.
Ujarnya, “Musim-musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.
Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih. Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik)”
Bawang putih Antibiotik Semulajadi
Berkongsi pengalaman bagaimana mula mengamalkan petua makan bawang putih ini, menurutnya dia pernah mengalami batuk yang teruk semasa mengandung dan setelah amalkan pelbagai cara,nyata berkesan dengan bawang putih.
“Pengalaman saya sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk. Macam-macam ubat, macam-macam petua saya cuba.
“Saya ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah batuk saya beransur pulih. Tapi hampa jangan makan banyak sangat, nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1hari.
“Anak- Anak saya ambil 1 ulas gaul dalam nasi. Rasa macam ubi rebus”
Semoga Memberi manfaat untuk semua.
Perasan atau tidak, kucing peliharaan kita akan sering makan rumput dan itu sebenarnya memang sifat semulajadi kucing. Dikatakan kucing mencari rumput untuk membuang hairball dalam perutnya. Kalau tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya.
Pun begitu, mungkin juga ada yang tidak tahu ada jenis rumput ini boleh kita gunakan untuk merawat kucing yang sakit, tidak ada selera makan dan menunjukkan tanda-tanda terkena virus parvo.
Petua ini dikongsikan oleh The Mira’s Cat House ini dan bolehlah dicuba disamping jangan lupa untuk membawa kucing peliharaan ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
Menariknya tentang rawatan ini, cara untuk menyediakan ubatannya mudah sahaja dan disini ditunjukkan cara-cara penyediaannya. Jom semak.
Petua bagi kucing yang terkena virus Parvo.
Saya bagi info semua pencinta kucing..kalau ada kucing yang terkena virus (virus parvo)..sejenis penyakit kucing lemah tak mahu makan, berak berdarah, demam bersin-bersin.
1. Ambil rumput segar seperti dalam gambar ni, bersihkan terlebih dahulu.
2. Rebus rumput ini sampai mendidih ( sukatan 2 cawan air menjadi 1 cawan)
3. Sejuk kan airnya,bagi minum kat kucing yang kena virus.
4. Cara nak bagi minum ubat..pakai picagari. Air ni juga boleh di jadi kan antibiotic anak kucing.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...