Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pastinya pusat beli-belah akan menjadi tumpuan keluarga untuk membeli barangan keperluan raya seperti baju raya, kelengkapan rumah dan sebagainya.
Satu hal yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa adalah membawa anak-anak ketika jualan murah di mana-mana pusat membeli belah.
Dengan keadaan orang yang ramai dan berasak-asak risiko anak terlepas dari genggaman mungkin berlaku. Untuk mengelak kejadian ini dari berlaku, ibu bapa kena praktikkan cara selamat bawa anak di pusat membeli belah:
Usia 0 – 1 tahun
Masih awal untuk mendidik, mengajar atau menunjukkan cara yang betul tentang bahaya yang ada di pusat membeli belah. Paling praktikal ialah dengan kawalan sepenuhnya oleh ibu bapa sepanjang berada di luar.
Ibu bapa perlu peka tentang kebarangkalian risiko dan bahaya yang ada supaya langkah pencegahan dilakukan terlebih dahulu.
Peranan menjaga anak diagihkan antara ibu dan bapa. Contoh jika ibu sibuk memilih barangan keperluannya, maka bapa boleh mengambil alih peranan menjaga anak. Begitulah sebaliknya.
Memastikan keperluan bayi disediakan seperti susu suam dan jika bayi masih menyusu badan, maka pastikan bayi sudah diberikan susu (sebelum bertolak ataupun di tempat yang disediakan) sebelum meneruskan niat untuk membeli belah.
Ads
Justeru, untuk mengelakkan emosi ibu bapa terganggu, terlebih dahulu sempurnakanlah keperluan anak-anak terutama bayi. Membawa peralatan yang sesuai seperti stroller atau beg sandang bayi yang sesuai, iaitu tidak terlalu besar atau kecil dan mudah dibawa.
Usia 2 – 4 tahun
Bermula usia seawal 2-4 tahun, ibu bapa sudah boleh bercakap dengan anak-anak berkenaan bahaya sekeliling. Cara penyampaian perlulah bersahaja dan boleh difahami oleh anak-anak.
Paling elok jika menggunakan medium komunikasi yang lain seperti buku, rancangan televisyen atau gambar rajah bergambar untuk memudahkan pemahaman. Seperti juga bayi, anak-anak dalam lingkungan 2 – 4 tahun juga perlu diperhatikan sepenuhnya oleh ibu bapa.
Giliran memilih pakaian atau barangan keperluan perlu dilakukan oleh ibu dan bapa supaya sentiasa ada orang dewasa yang mengawal anak-anak.
Ads
Jika anak-anak merupakan seorang yang hiperaktif atau tidak duduk diam, maka sebaiknya bawa bersama beg sandang anak-anak yang mempunyai tali supaya sentiasa dekat dan terkawal pergerakannya.
Alat ini telah digunakan secara meluas di kebayakan negara luar sebagai satu langkah pencegahan anak-anak berkeliaran ke tempat lain tanpa kawalan ibu bapa. Pimpin tangan anak-anak kuat-kuat bagi mengelakkan mereka hilang atau sesat dalam limpahan orang ramai.
Usia 5 – 6 tahun
Pada peringkat usia ini, anak-anak boleh dilatih untuk bertanggungjawab dengan membawa beg milik sendiri yang mengandungi barang keperluan ketika keluar bersama keluarga.
Kanak-kanak tidak perlu meminta ibu bapa jika dahaga dan lapar kerana mereka boleh mendapatkannya dari beg yang dibawanya sendiri. Pun begitu, ibu bapa perlu menyediakan keperluan itu sebelum bersedia untuk keluar bersiar-siar.
Ads
Bagi anak-anak dalam lingkungan usia ini, kebanyakan mereka telah mula faham akan arahan dan keselamatan. Maka sebaiknya, sebelum keluar rumah, perlu diberi peringatan kepada anak-anak supaya berkelakuan baik dan sentiasa berada bersama ibu dan ayah.
Jadikan peringatan itu sebagai kebiasaan sebelum keluar ke mana-mana terutama tempat yang ramai orang. Anak-anak juga perlu diberitahu akan cara terbaik jika dalam situasi tersesat atau hilang daripada kawalan ibu bapa.
Mereka perlu diberitahu untuk pergi ke mana-mana kaunter di pusat membeli belah itu untuk memberitahu bahawa mereka hilang daripada ibu bapa.Pastikan anak-anak mengetahui nama penuh ibu bapa dan namanya sendiri jika merujuk ke kaunter di pusat membeli belah.
Lebih elok sekiranya anak-anak diberitahu tempat untuk meminta tolong di bahagian keselamatan yang tersedia (namun agak sukar untuk melakukan perkara ini melainkan pusat membeli belah itu sememangnya sering dikunjungi bersama anak-anak) .
Memberikan kad nama berserta nombor telefon kepada anak-anak sekiranya berlaku kes kehilangan atau sesat. Langkah ini juga telah digunakan secara meluasnya di Negara-negara luar.
Selain nama dan nombor telefon ibu bapa, tag nama juga boleh disediakan kepada anak-anak bagi memudahkan urusan bantuan dan pertolongan yang lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam sesebuah rumah tangga harus saling memberi dan menerima Tidak boleh sekadar satu pihak sahaja. Begitu juga dalam bab menjaga anak-anak. Janganlah sekadar meletakkan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Umi Nur Norza wajar menjadi pedoman buat semua pasangan suami isteri.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak kelahiran Nur Fatima Aisyah ramai pengikut Nur Fazura dan Fattah Amin mengikut perkembangan puteri sulung mereka.
Fatima yang kini berusia empat bulan, semakin aktif meneroka dipersekitarannya. Terbaru, Fattah Amin memuat naik gelagat Fatima ketika Fazura menyanyikan lagu buat anaknya.
Warganet juga turut memuju suara Fazura, malah lebih menarik perhatian apabila melihat wajah ceria Fatima.
Menyediakan menu karipap untuk dimakan bersama keluarga sama ada sebagai hidangan sarapan atau minum petang, elok dicuba sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Hajarr II ini. Rasanya sedap dan paling istimewa sanggat rangup!
Hari ni nak share cara buat karipap yang ranggup bila digoreng, tipnya guna air sejuk dalam peti dan minyak masak yang panas.
Nak bagi step “Lukis” jugak lah…baru cepat faham kan..tengok gambar bawah ye (malu pulak rasa tak comey lukis )
Step 1 :
Step 2 :
Step 3
Step 4 :
Bahan untuk intinya;
2 ketul keledek- dipotong dadu
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu rempah kari
1 1/2 sudu kecil garam
4-5 sudu gula.
Air
Cara menyediakannya;
1. Tumbuk lumat bawang.
2. Tumiskan menggunakan minyak yang sedikit.
3. Kacau dan masukkan rempah kari.
4. Tumis hingga garing.
5. Masukkan keledek dan 1/2 gelas air.
6. Bila ubi separuh masak masukkan garam dan gula.
7. Kacau hingga ubinya empuk kuahnya kering/lembab
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.