Terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu yang menjadi kegilaan ramai. Apam adalah antara kuih klasik yang digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia.
Apam juga mempunyai tekstur yang lembut dan gebu serta rasanya yang tidak terlalu manis juga sangat menjadi kegemaran orang-orang tua serta kanak-kanak.
Tetapi, resipi apam yang dikongsikan oleh nnn kali ini sedikit berbeza dan ekstra lembut. Apam solo atau apam begawan solo ini juga mempunyai inti kelapa manis yang membuatkan ianya lebih sedap.
Jadi, bagi penggemar kuih apam, memang disarankan untuk cuba. Kuih ini juga sangat sesuai untuk anak kecil.
Apam Solo Inti Kelapa Manis
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula, yis, minyak masak dan air.
– Gaulkan sehingga sebati. Buat dua adunan asing dan letak perwarna makanan pilihan anda. Kemudian, perap adunan 1/2 jam.
– Sediakan inti kelapa manis dan letakkan adunan tadi bersama inti dalam cetak apam.
– Kukus apam selama 20 minit dan siap.
Sumber: @melissa_mohdasari